in ,

Muntah Tidak Henti Diserang Penyakit Gastrik, Ezad Lazim Fobia Masuk Hospital

Isteri Ezad Lazim, Zeana Ramli terpaksa minta bantuan polis dan pembantu perubatan mengusung suaminya ke Hospital Putrajaya berikutan muntah tidak berhenti dan mendapat serangan panik.

Isteri Ezad Lazim, Zeana Ramli terpaksa meminta bantuan polis dan pembantu perubatan ke rumah untuk mengusung suaminya ke Hospital Putrajaya berikutan khuatir melihat keadaannya muntah tidak berhenti dan mendapat serangan panik.

Namun, tidak sampai 24 jam dimasukkan ke hospital selepas diserang penyakit gastrik kronik, penyanyi Demi Cinta dan Jarak Waktu itu berkeras mahu pulang ke rumahnya di Sepang, Selangor.

Zeana berkata, dia terpaksa berunding dengan doktor bagi memenuhi permintaan suaminya yang tidak mahu terus tinggal di hospital.

“Ezad memang fobia masuk hospital, sejak dahulu lagi. Bayangkan, saya terpaksa meminta bantuan polis dan pembantu perubatan datang ke rumah untuk membawanya ke hospital, jam 11 malam pada Ahad lalu.

“Saya sangat bimbang melihat keadaan suami muntah tidak berhenti selepas makan durian dengan perut kosong. Lebih teruk, suami juga mendapat serangan panik.

“Bagaimanapun, doktor terpaksa melepaskan suami pulang ke rumah. Namun, jika sebarang kejadian berlaku ia di bawah tanggungan sendiri. Saya juga khuatir apabila dibiarkan lama di hospital dengan jumlah kes COVID-19 yang masih tinggi,”

Hingga kini, Zeana memaklumkan keadaan suaminya masih lemah, tetapi dalam keadaan terkawal.

“Saya nak lihat perkembangan keadaan kesihatannya beberapa hari ini. Setakat ini, suami lebih banyak tidur dan berehat sahaja. Saya ikut saranan doktor untuk mengurangkan kesakitan.

“Ikutkan serangan gastrik kronik itu sudah beberapa kali terjadi kepadanya sejak 2016. Malah, suami ada penyakit kencing manis,” katanya.

Zeana berkata, suami sepatutnya mendapatkan suntikan vaksin dos kedua di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Isnin lalu.

“Namun, keadaan kesihatannya tidak mengizinkan, jadi pengambilan suntikan vaksin terpaksa ditunda pada tarikh lain,” katanya.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Caprice Mahu Kotakan Janji, Bakal Buat Pendedahan Pada Malam Ini

Huawei Malaysia Lancar Produk Terbaru 27 Julai ini?