in , ,

Mulai 2021, Pengguna Pengangkutan Awam Boleh Bayar Tanpa Tunai Guna Apps ‘myrapidTap’

Bermula awal tahun depan, jika anda ingin jalan-jalan di Kuala Lumpur atau sekitar Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam — anda boleh menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai menerusi aplikasi “myrapidTap”.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) membangunkan aplikasi tersebut sebagai mod pembayaran alternatif untuk penggunaan perkhidmatan awam kendalian Prasarana, bermula dengan bas perantara Jom Naik MRT.

Aplikasi myrapidTap adalah antara inisiatif berterusan pihak Prasarana dan anak-anak syarikatnya untuk memudahkan orang awam menggunakan pengangkutan awam (syarikat itu) melalui kemajuan teknologi khususnya menggalakkan sistem pembayaran tanpa tunai.

Aplikasi itu diusahakan dengan kolaborasi syarikat teknologi, Community Marketplace Technology Sdn Bhd (CM.tech).

Selain untuk memudahkan pengguna membuat pembayaran tiket, myrapidTap turut membantu pengguna merancang perjalanan mereka agar lebih lancar dan selesa.

Selain aplikasi myrapidTap, para pengguna juga boleh menggunakan pas perjalanan tanpa had My30, pas perjalanan My City, kad Touch ‘n’ Go dan token perjalanan untuk menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL — yang meliputi LRT, MRT, monorel, Bas Rapid Transit dan bas henti-henti di Lembah Klang dan Selangor.

Pengguna boleh memuat naik aplikasi myrapidTap itu di Google Play dan Apple Store menerusi telefon pintar masing-masing.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pengecas MagSafe Duo Secara Serentak Bakal Hadir di Malaysia dengan Harga RM589

Makin Murah Rezeki, Azzam Bakal Muncul Dalam Telefilem MATILANAK PONTIANAK