in ,

Mula Berpakaian Ketat, Zulin Aziz Disindir Suruh Tanggal Tudung

Tampil langsing dan berat badan menyusut, ramai yang terkejut dengan penampilan terbaru Zulin Aziz. Bagaimanapun, ada segelintir pihak tidak berpuas hati dengan kejayaannya itu sehingga menuduhnya sedut lemak dan gunakan bahan terlarang untuk kurus.

Bagaimanapun, Zulin berkata dia sudah terbiasa dengan kejian dan penghinaan netizen. Ujarnya, dia tidak memuaskan hati semua orang kerana apa sahaja dilakukannya pasti akan ada sahaja tak kena di mata netizen.

Mula Berpakaian Ketat, Zulin Aziz Disindir Suruh Tanggal Tudung

“Saya sudah terbiasa, lantaklah apa orang nak cakap. Saya tak boleh memuaskan hati semua orang. Cukup saya dan teman sekeliling tahu apa sebenarnya yang dilalui. Orang mengata saya, bila lagi nak kurangkan lemak?,”

“Ada yang menuduh cakap saya sedut lemak. Yang cakap saya ambil dadah pun ada. Ikutkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan lagi, boleh tengok video keadaan saya masih tembam lagi. Ia adalah proses.

“Ketika awal, saya tak tunjuk gambar badan. Sampailah saya turun banyak kilogram, baru saya berani tunjuk sisi penuh badan. Tak apalah, ada sahaja yang tak kena pada mata netizen,”

– Zulin Aziz

Zulin berkata ada diantara mereka menyindirnya dengan menyuruh menanggalkan tudung kerana sudah mula berpakaian ketat sejak berbadan langsing. Zulin mengakui adakalanya dia terleka dan teguran netizen membuatkan dia cepat sedar.

“Dalam hal ini, saya akui ada kalanya terleka dan tak perasan. Ia khilaf sendiri. Teguran orang buat saya tersentak dan lekas sedar. Saya tak marah, sebaliknya menghargai teguran membina.

“Tak saya nafikan memang ada yang sarkastik dan seolah-olah meminta saya buka tudung. Insya-Allah, saya minta dijauhi perkara itu,” katanya.

– Zulin Aziz
Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hatta Dolmat Lancar Koleksi TASSEL EID’ADHA2020

Shukri Yahaya Mahu Cuti Seminggu Sambut Anak Lelaki