in , ,

Mr Bie Bekerjasama Dalam Menjayakan Misi Bantuan Bersama Ustaz Ebit Lew

Mr Bie atau nama sebenar beliau Hasbi Haji Muh Ali yang merupakan penyanyi nasyid berasal dari Tawau, Sabah.

Pada tahun 2020, nama beliau semakin melonjak naik apabila beliau mengeluarkan single Aisyah Istri Rasulullah  yang diolah lirik dari lagu Aisyah yang dinyanyikan oleh Projector Band. Beliau mengembangkan bakat melalui Platform Youtube, iaitu menghasilkan parodi yang menjurus kepada lirik yang diubah berbentuk nasihat dan teguran. Hampir kesemua lirik lagu yang diubah adalah mengikut kesesuaian dan berkonsepkan ketuhanan. 

Mr bie

Selain menyanyi, beliau juga aktif dalam misi kebajikan masyarakat. Segala kegiatan kebajikan masyarakat beliau boleh dilihat dari akaun Youtube & Instagram beliau. Baru-baru ini, seorang pendakwah bebas yang terkenal dengan sifat dermawannya, Ustaz Ebit Lew melawat ke Tawau, Sabah untuk menjalankan misi bantuan kebajikan masyarakat. 

“Saya berharap dengan bantuan yang diberikan dapat membantu sedikit sebanyak kepada keluarga yang dalam kesusahan.

Bantuan ini mungkin tidak seberapa tetapi berharap dapat meringankan beban yang dipikul,”

– Mr bie

Ustaz Ebit Lew berbesar hati untuk berkolaborasi bersama Mr Bie dalam menjalankan misi bantuan kebajikan masyarakat. Mr Bie diamanahkan untuk mengagihkan 100 tangki air dan bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syukur, Roy Sembuh Covid-19, Rasa Hampir Putus Nyawa, Ini Nasihat Agar Tidak Dijangkiti

Longhouse Films Memeterai Kerjasama dengan Hairul Azreen & Adrian Teh