in , ,

Movie Night Out Menonton Filem MALEFICENT Bersama Budieyators

Maleficent diterjemah dalam sejarah barunya yang mana hampir semua karakter yang dibangunkan tidak sama seperti karya asal yang diterbitkan lebih lima dekad lalu. Yang pasti, aktres terkenal Hollywood Angelina Jolie diangkat sebagai teraju utama bagi memancing kaki wayang ke panggung.

[pullquote]Melakonkan watak Maleficent seorang pari-pari antagonis, filem arahan Robert Stromberg ini bagaimanapun menjadikan Jolie sebagai subjek utama bagi filem ini. Persoalan apakah punca Maleficent sanggup menjatuhkan sumpah kepada anak raja hingga tidur berbelas-belas tahun sebagaimana diceritakan pada animasinya dulu kini dirungkai menerusi filem ini.[/pullquote]

Sinopsis filem ini jauh lebih teliti dan mendalam. Kononnya pari-pari yang mempunyai kuasa ajaib, Maleficent tinggal di kawasan The Moors dan kemudian jatuh cinta kepada seorang lelaki, Stefan.  Namun entah apa puncanya, hubungan mereka terputus apabila Stefan pergi meninggalkannya sebelum kembali membawa hasrat untuk membunuh Maleficent yang menentang rajanya sendiri.  Kerana pernah mencintai Maleficent, Stefan tidak sanggup membunuh sebaliknya hanya mengerat sayap magis Maleficent untuk ditunjukkan kepada Raja sebagai bukti yang Maleficent sudah mati.

Tahun berganti dan masa berlalu, Stefan pula diangkat menjadi Raja dan Maleficent mendapat perkhabaran yang Stefan sedang meraikan kehadiran puteri kesayangan–nya, Aurora.

Kerana dendam terhadap Stefan, Maleficent muncul dan menyumpah Aurora agar tidur buat selama-lamanya apabila tiba hari jadinya yang ke- 16. Namun katanya Aurora boleh pulih kembali apabila dicium oleh manusia yang ikhlas mengasihinya.

Hakikatnya, Maleficent versi 2014 diubah apabila watak jahat Maleficent adalah satu-satunya penawar untuk menyedarkan Aurora kembali sedangkan jika dibaca pada karya asalnya, putera raja akan menjadi hero menyelamatkan Aurora yang disumpah tidur selama-lamanya itu. Maleficent lebih digambarkan sebagai karakter yang penyayang dan berjiwa keibuan dalam filem ini.

Malah Aurora begitu menyayangi Maleficent sedangkan dia adalah punca yang menjatuhkan sumpah kepadanya.

Kesimpulan paling jelas menerusi filem ini, efek khas yang mewarnakan hampir keseluruhan filem ini begitu kemas dan sempurna. Ia membantu menghidupkan Maleficent dalam sentuhan magis tersendiri. Angelina Jolie muncul dalam hampir setiap babak dan lakonannya masih hebat walaupun ada beberapa babak ia kelihatan janggal. Jolie tampak jelita dan mampu mengikat tumpuan penonton untuk mengikuti perancangannya dalam filem ini.

MALEFICENT Poster

Movie Night Out Menonton Filem MALEFICENT Bersama Budieyators

Budiey.com ingin seramai 20 orang Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di sesi Movie Day Out ini. Siapa cepat dia dapat. Seorang pemenang dapat 2 tiket. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

11 Jun 2014 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

6.45 malam

Tayangan Filem:

7.10 malam

Tempat:

TGV Suria KLCC

Caranya mudah sahaja, hanya hantarkan butir diri anda ke emel Budiey seperti di bawah ini:

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Movie Day Out MALEFICENT Bersama Budieyators 

Tarikh tutup peraduan:

10 Jun 2014 (jam 3 petang)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email atau Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Budieyatoes & pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Maleficent

Maleficent

Maleficent

Maleficent

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti Popular Meriahkan Pelancaran Vanquish

Tiada Penyingkiran di Separuh Akhir Bintang Mencari Bintang