in , ,

Morning Morning Suria Meriahkan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim

Bersempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim yang diraikan pada 6 Jun setiap tahun, penyampai Morning Morning Suria, Ajak dan Shuib telah mengunjungi Stesen Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Subang, pada 6 Jun 2023 (Selasa) lalu.

Kunjungan Suria FM kali ini selaku rakan strategik bertujuan mendekati dan sekaligus memberikan pendedahan mengenai peranan Maritim Malaysia dalam melaksanakan salah satu fungsi tugas teras agensi selaku koordinator mencari dan menyelamat maritim kebangsaan. 

Morning Morning Suria Meriahkan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim

Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan antaranya sesi rakaman Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) dalam menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut, sesi temubual bersama beberapa anggota terlibat seperti pegawai Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB), Juruterbang Maritim Malaysia dan Perenang Penyelamat, juga aksi gimik proses mencari dan menyelamat (CARILAMAT) yang dilakukan oleh barisan penyampai di kawasan perairan Selangor dengan menaiki helikopter khas Maritim Malaysia. 

Morning Morning Suria Meriahkan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim

Menurut penyampai Morning Morning Suria, Ajak “Saya dan Shuib sangat teruja dapat merasai pengalaman menjadi sebahagian daripada angkatan Maritim Malaysia dan tidak dinafikan kami sangat gemuruh sewaktu melakukan gimik proses mencari dan menyelamat (CARILAMAT) yang memerlukan saya untuk “winching” ke laut dari atas helikopter. Terima kasih kepada semua kakitangan Maritim Malaysia yang terlibat dalam menjayakan gimik tersebut dengan kawalan keselamatan yang rapi dan ketat. Dengan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kesedaran Keselamatan Maritim buat Maritim Malaysia, We Take It Seriously”.

Morning Morning Suria Meriahkan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim

“Satu pengalaman yang tak dapat saya gambarkan kerana saya tidak pernah menaiki helikopter, dan ini merupakan pengalaman pertama dan ia sangat mengu. Bagi saya, ini satu pengalaman manis Suria berikan kepada saya yang tidak dapat dilupakan. Kita seharusnya berbangga dengan maritim Malaysia kerana tanpa mereka siapa yang mahu menjaga persisiran pantai dan menyelamat di Malaysia, Terima kasih Maritim Malaysia, Selamat Hari Kesedaran Keselamatan Maritim!“ ujar Shuib selaku penyampai Morning Morning Suria. 

Jangan lupa saksikan video penuh Morning Morning Suria bersama APMM di semua platform digital Suria Malaysia! 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Katakan Pada Dia Diadaptasi Daripada Novel Selendang Anum

Konsert David Foster & Friends Bakal Gamatkan Kuala Lumpur Ogos Ini