in

Mini Karnival MONSTA GALAXY 2017 di Alamanda, Putrajaya

Animonsta Studios SDN. BHD. atau Monsta iaitu syarikat studio animasi Malaysia yang dikenali dengan siri animasi BoBoiBoy Galaxy akan mengadakan sebuah karnival mini berjudul ‘Monsta Galaxy 2017’ bermula 26 Ogos hingga 3 September 2017 ini, dari jam 10 pagi hingga 10 malam, di ruang legar utama pusat membeli-belah Alamanda, Putrajaya.

Mini Karnival MONSTA GALAXY 2017 di Alamanda, Putrajaya

Mini Karnival MONSTA GALAXY 2017 di Alamanda, Putrajaya

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung, di antaranya Perlawanan BoBoiBoy Galaxy Card™, Pertandingan Cosplay BoBoiBoy, serta pertandingan mewarna dan sand art.

Selain daripada penampilan istimewa Pikachu – karakter popular dari siri Pokémon, para peminat juga boleh bertemu dan bergambar bersama-sama dengan BoBoiBoy dan kawan-kawan.

Pengunjung berpeluang menyaksikan koleksi kereta mainan TOMICA versi BoBoiBoy Galaxy hasil kolaborasi dengan syarikat mainan Takara Tomy yang buat pertama kalinya akan dipamerkan kepada umum.

Para media yang hadir akan turut menerima hadiah misteri dari Monsta.

Mini Karnival MONSTA GALAXY 2017 di Alamanda, Putrajaya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kenali Golongan Manakah Jadi Haters Fattah Amin

Samsung Gives Hope with Every Ringgit Spent