in , ,

monoloQue Kembali ke Pangkal Jalan Dengan Single LAGU CINTA

Setelah bereksperimentasi dengan bunyi, ruang, dan alat muzik baru dan lama, dari serata dunia, monoloQue telah membuat keputusan untuk kembali ke pangkal jalan, yakni memberi tumpuan kepada lagu dan irama.

‘Lagu Cinta’ – ringkas, mudah, dan bermakna adalah lagu terbaharu daripada monoloQue, yang memberikan sedikit sebanyak gambaran kepada arah tuju album ketiga yang bakal tiba. Lagu mengenai perlunya cinta dalam kehidupan. Ketika waktu susah dan perih, cinta adalah penguat. Ketika waktu senang dan tenang, cinta adalah penyeri. 

Situasi ini diceritakan bukan sahaja menerusi lirik, tetapi turut digambarkan menerusi gubahan lagu. ‘Jika diperhalusi, chorus dan verse Lagu Cinta dimainkan dalam irama minor bagi menggambarkan kegelapan, kesedihan, kesusahan. 

Tetapi waktu bahagian bridge, lagu bertukar kepada major, sesuatu yang bertentangan,’ kata LoQue. Secara tidak langsung Lagu Cinta memberitahu pendengar yang hidup perlukan keseimbangan. Dalam kesulitan, pasti ada kesenangan. 

Selain itu, Lagu Cinta mempunyai maksud “simbolik”, kemungkinan terhadap tragedi 2 dekad yang lepas, di mana arwah adik LoQue yang telah meninggal dunia di dalam kemalangan jalan raya. Kematian tersebut menyebabkan LoQue sedar bahawa kematian itu adalah sebahagian daripada kehidupan yang pasti dan tidak dapat dielakkan. 

Monoloque Kembali Ke Pangkal Jalan Dengan Single Terbaharu Lagu Cinta

Tetapi, pada masa yang sama, kematian adalah sesuatu yang mistik dan misteri. Walaupun tiada bukti saintifik, LoQue percaya bahawa setiap bait kata dan bunyian akan sampai kepada adiknya yang sudah pergi. ‘Saya harap lagu ini dapat merentas dimensi’ kata LoQue, dengan harapan yang lagu ini akan sampai ke tempat adiknya sedang bersemadi.

Tidak seperti lagu-lagu monoloQue dari album keduanya, Jangan Puja Sampai Kecewai, yang dilihat agak berat dan secara jujurnya, sukar diterima oleh masyarakat sejagat, Lagu Cinta lebih mesra rakyat. Seperti yang dikatakan tapi, LoQue ingin kembali kepada asas penciptaan lagu, meraikan “irama” atau “melodi”

Cover Art Lagu Cinta Final (3000X3000)

Gubahan dan lirik Lagu Cinta merupakan hasil ciptaan LoQue yang dirakamkan di Makmal Kampung Batu dan di Kilang Menjahit Bunyi ( studio-studio milik loQue ). Dikawal selia oleh jurutera rakaman Ammar “Lautan”, Parameswara, Lut, dan LoQue sendiri. 

Turut terlibat adalah juruteknik Eri Ambia, Pengiran PG,  Mujahid, dan juga Lut. Disempurnakan menerusi berpuluh-puluh adunan oleh LoQue sendiri dan kemudian disempurnakan (mastering) oleh  Felix Voon. 

Lagu Cinta akan ke udara, ke dalam talian, di segenap landasan digital pada 16 Disember 2022. 

Ikuti @monoloquerasmi di Instagram, Twitter, dan Facebook untuk melihat perkembangan dan kisah terkini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amir Jahari &Amp; Lydbie

Amir Jahari & Lydbie Bergabung Dalam Single Terbaharu PERNAHKAH

Amir Alif

Amir Alif Lancar Album Pertama Selepas  5 Tahun di Dalam Industri Muzik