in ,

Momen Geng Pagi Hot Bersama Tun Dr. Siti Hasmah

Geng Pagi Hot (GPH) yang diwakili Shuk, Shuib dan Fizie telah berkesempatan untuk menemu bual isteri kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Keberadaan GPH adalah bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa yang bertemakan ‘​Each for Equal​’ bagi mendapatkan pandangan daripada tokoh negara ini. Tun Dr. Siti Hasmah merupakan salah seorang wanita Melayu yang pertama, memperoleh kursus perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura. Pada 22 Ogos 2019, Tun Dr Siti Hasmah telah dianugerahkan gelaran ‘Ibu Negara’ oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan.

Momen Geng Pagi Hot Bersama Tun Dr. Siti Hasmah

Pemilihan beliau bertepatan dengan peranannya sebagai wanita yang berjaya memberikan kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki dalam usaha membangunkan negara.

“Banyak perubahan telah berlaku pada masa kini, zaman dulu ada berlaku ​gender discrimination​, di mana lelaki lebih kehadapan berbanding wanita,” jelas Tun Dr. Siti Hasmah.

“Cuma satu yang ingin saya lihat, diharap wanita-wanita semua mempunyai pendidikan dan kelayakan dalam sesuatu bidang supaya boleh membangunkan lagi wanita ke hadapan. Tetapi kini saya kagum dengan pencapaian mereka, kerana ramai doktor wanita di zaman sekarang, syukur alhamdulillah,”

– Tun Dr. Siti Hasmah
Momen Geng Pagi Hot Bersama Tun Dr. Siti Hasmah

Diminta komen mengenai lagu terbaharu nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta berjudul 7 Nasihat, Tun Dr. Siti Hasmah memberitahu:

Lagu tersebut penuh dengan nasihat dan tepat. Jika tidak dihayati bait-bait lirik lagu tersebut, kita akan terlepas 7 nasihat atau pesanan yang diberikan. Wanita-wanita sekarang lebih berdikari dan tahu apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.

Itu terpulang kepada individu dan saya cukup bangga melihat wanita sekarang makin meningkat dari pelbagai segi.

Tetapi kita perlulah berhati-hati, apabila kita mencapai tahap yang lebih tinggi kita perlu menjaga diri. Semua wanita mesti mengejar pembangunan diri sendiri untuk masyarakat, negara dan keluarga.

Apabila mencapai ditahap yang tinggi, jangan lupa suami, keluarga dan rakyat (dalam negara kita, ​multiracial country​).

Siapa kata wanita lemah? ​Challenge kaum lelaki. Yang mengatakan wanita lemah adalah pada waktu mengandung dan melahirkan zuriat mereka, di situlah ditunjukkan kekuatan wanita itu,”

– Tun Dr. Siti Hasmah
Momen Geng Pagi Hot Bersama Tun Dr. Siti Hasmah

Asyik bersembang mengenai peranan wanita, GPH sempat bertanyakan mengenai kejutan yang diberikan oleh Tun Dr. Mahathir, apabila beliau mengumumkan untuk melepaskan jawatannya sekali lagi pada 24 Februari yang lalu, Tun Dr. Siti Hasmah menjelaskan dengan ringkas bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai hal ini.

“Itulah suami saya, Mahathir Mohamad tidak akan berkongsi dengan isterinya tentang perkara-perkara seperti ini, begitu juga pada tahun 2002. Beliau tidak mahu merisaukan saya”, tambahnya lagi.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai temu bual bersama Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, nantikan di Hot FM, Jumaat ini.

Anda boleh juga tonton video penuh temu bual eksklusif ini di platform digital YouTube Hot TV dan Facebook Hot FM serta layari laman web dan laman media sosial rasmi Hot FM:

What do you think?

49 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Bunkface

Kontroversi Lirik Lagu Lagu Akhir Zaman, Sam Bunkface Tampil Buat Penjelasan

Akim, Black, Tomok & Hazama Bergabung di Konsert 4G Di Istana Budaya