in , ,

Molek FM Terima Anugerah Perniagaan Keusahawanan Kelantan (KBEA) 2022

Dalam pada negara berdepan gelombang pandemik COVID-19, pelbagai kesan dapat dilihat lebih-lebih lagi kehidupan seharian rakyat di negara ini termasuk memberi kesan kepada ekonomi dan perniagaan tempatan.

Ramai yang diuji dengan musibah termasuk terpaksa berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan perniagaan selama hampir 2 tahun. Namun, stesen baharu Media Prima Audio (MPA) iaitu Molek FM yang dilancarkan pada Januari lalu terus berkembang dan mengukuhkan kedudukan untuk terus bergerak ke hadapan seiring dengan kehendak pasaran semasa termasuk pendengar lebih-lebih lagi di negeri pantai timur. 

Hasil daripada usaha dan kerjasama barisan kakitangan dan penyampai Molek FM yang sentiasa memberikan yang terbaik kepada pendengarnya, akhirnya membuahkan hasil selepas Molek FM telah dianugerahkan anugerah “Excellence In Media Communication” bagi kategori radio menerusi Anugerah Perniagaan Keusahawanan Kelantan 2022 yang telah berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 31 Mei 2022 lalu.

Molek FM Terima Anugerah Perniagaan Keusahawanan Kelantan (KBEA) 2022

Pengurus Kandungan Molek FM, Muhammad Shahrir Bin Ainudin yang mewakili Molek FM telah menerima anugerah tersebut berkata “Molek FM mula bersiaran pada pertengahan Januari 2022, dan setakat ini Alhamdulillah, untuk sebuah stesen radio yang baru sahaja beroperasi  selama 4 bulan ini, sambutan daripada pendengar Pantai Timur amat positif dan sangat memberansangkan. Saya mewakili pihak pengurusan Molek FM dan barisan penyampai Molek FM iaitu Mek Zura, Fizie, Kamilia, DJ Nazz, Mat Dan dan Kai Hassan sangat bersyukur di atas penganugerahan ini dan ia merupakan satu pencapaian yang positif buat Molek FM dan kami akan memberikan lebih banyak kandungan dan pengisian menarik di masa akan datang.”

Molek FM Terima Anugerah Perniagaan Keusahawanan Kelantan (KBEA) 2022

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Gu Kito (pendengar kami) yang sentiasa berada di belakang dan teruskan menyokong Molek FM. Diharap Molek FM akan terus menjadi peneman setia kepada pendengar setiap masa dan di mana saja anda berada. Gu Pantai Timur.

Molek FM pula boleh didengari menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu. 

Molek FM Terima Anugerah Perniagaan Keusahawanan Kelantan (KBEA) 2022

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Molek FM secara live streaming di www.molekfm.audio dan YouTube Molek TV. Untuk mengetahui pelbagai info lanjut mengenai Molek FM, boleh terus ikuti laman sosial Molek FM di Facebook Molekfm, Instagram @molekfm TikTok @molekfm dan Twitter @MolekFM serta Whatsapp di 019-336 5656. Dengarkan juga Molek FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ZAMAERA TRENDING

Promosi 6.6 Shopee, Siri vivo T1 Dijual Serendah RM584! Miliki Sekarang!

IRMA VEP

Must Watch! HBO Limited Series Irma Vep Debuts June 7 On HBO & HBO GO