in , ,

Ini Senarai Modus Operandi Wajib Tonton Drama SCAMMER 2 Di Astro Ria 

Drama gandingan hebat pelakon Beto Kusyairy, Zahiril Adzim dan Farah Nabilah akan muncul menemui para peminat drama Scammer 2 mulai 18 April ini.

Drama Scammer 2 arahan Norhanisham ‘Labu’ Muhamad dengan 24 episod ini akan memberikan debaran demi debaran buat para penonton. Serius, tak tipu!

Ini sebab kenapa penonton perlu menonton drama Scammer 2 yang akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, 11 malam di Astro Ria ini.

Modus operandi WAJIB tonton Drama SCAMMER 2

MODUS OPERANDI 1- INTENS DAN BEREMOSI DENGAN VISUAL YANG CANTIK 

Jalan cerita yang lebih intens dan beremosi dengan dibaluti dengan sinematografi yang sangat cantik. Perasaan penonton akan dibawa selari dengan cantiknya visual dan kuatnya jalan cerita yang dibawakan dalam Scammer 2. Serius cantik!

MODUS OPERANDI 2: PELAKON-PELAKON TAHAP A LAKONAN DAN KOMITMEN

Gabungan pelakon-pelakon hebat lagi ber-method iaitu Beto Kusyairy dan Zahiril Adzim yang membawakan pelbagai karakter dalam drama ini. Beto membawakan watak Taqriz, anak yang mahu membalas dendam terhadap kematian ayahnya. Manakala Zahiril membawakan watak  Rudi, seorang penunggang agama.

Kekuatan lakonan ini ditambah lagi dengan lakonan Farah Nabilah  yang merupakan pelakon wanita kegemaran ramai dengan membawakan watak sebagai Liya. Lebih menarik lagi, drama ini disuntikkan elemen ‘X-factor’ apabila menampilkan Azwan Ali memainkan watak antagonis. Sangat menarik!

Modus operandi WAJIB tonton Drama SCAMMER 2

MODUS OPERANDI 3: TETAP ‘TALK OF THE TOWN’

Drama Scammer 1 telah menjadi ‘talk of the town’ ketika ditayangkan kerana konsep, jalan cerita dan  kualiti produksinya. Nah…. Untuk Scammer 2, ia adalah versi ‘upgrade’ dari drama Scammer terdahulu. Bayangkan!

Modus operandi WAJIB tonton Drama SCAMMER 2

MODUS OPERANDI 4: ISU-ISU BERKAITAN DEKAT DENGAN SITUASI PENONTON

Membawakan penonton mengenali modus operandi scammer dengan lebih dekat kerana isu yang dibawakan lebih mengena dan berkaitan dengan audiens semasa.  

Setiap plot cerita yang diberikan membuatkan penonton boleh berasa dekat atau terkait. Malahan tema yang dibawakan dalam siri produksi Radius One ini seperti pembalasan dendam, hubungan kekeluargaan, persahabatan dan pengkhianatan lebih dekat dan berapi dengan pembaharuan dari Scammer 1. Namun sisi unik penceritaan  Scammer 1 tetap dikekalkan indah dalam drama Scammer 2. 

MODUS OPERANDI 5: SIAPA PENUNGGANG AGAMA?

Isu penunggang agama memanipulasikan anak tahfiz menjadi viral beberapa tahun kebelakangan ini dan masih berterusan menjadi percakapan ramai. Isu ini merupakan elemen penting dalam penceritaan Scammer 2.  Penonton bakal bercampur emosi menonton Zahiril Adzim membawatan watak ustaz Rudi!

Modus operandi WAJIB tonton Drama SCAMMER 2

SINOPSIS SCAMMER 2

Taqriz (Beto Kusyairy) mahu menuntut bela atas kematian ayahnya, Cikgu Shah, yang menjadi mangsa fitnah dalam urusan penjualan tanah di kampung mereka. Arwah Cikgu Shah dituduh menipu orang kampung dan mengaut semua duit jualan tanah. Rudi (Zahiril Adzim), kawan sekampung Taqriz tawarkan diri untuk membantunya tetapi Taqriz tidak percayakan sesiapa. Sasaran Taqriz ialah Muna (Iman Corinne) pemilik syarikat hartanah dan Hanif (Azwan Ali), peguam yang dipercayai telah menipu pemilik tanah dan jadikan arwah ayah Taqriz sebagai kambing hitam. Untuk menyelinap masuk dalam syarikat Muna, Taqriz mempergunakan Liya (Farah Nabila), seorang bekas ‘scammer’  yang diburu polis untuk menyamar sebagai pekerja baru syarikat Muna untuk mengumpul bukti kes penipuan tanah itu. Manakala Taqriz pula menyamar sebagai pembantu peguam dan bekerja dengan Hanif untuk mencari bukti penglibatan Hanif dalam kes yang menyebabkan kematian ayahnya. Satu demi satu pembongkaran didedahkan sehingga Taqriz sedar ada ramai lagi yang terlibat dalam penipuan tanah itu, termasuklah orang yang dekat dengan dirinya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KITKAT

Jom Sertai KITKAT Berkongsi Rezeki Sempena Bulan Ramadan & Syawal Ini

Tertib Publishing Mahu Jadi Peneraju Terbitan Buku Islamik Berbahasa Inggeris