in

Mmmmm Kekal Juara Dalam Kumpulan B Bintang Mencari Bintang

elesainya konsert saingan 3 Kumpulan B dalam Bintang Mencari Bintang musim ke-2 (BMB2) pada hari Ahad yang lepas (11 Mei 2014), anak didik kepada Afdlin Shauki, MMMMM berjaya mempertahankan kedudukan mereka sebagai juara bertahan dan mendahului pesaing-pesaing yang lain iaitu KEPOH , SUMBU, EHAH, GBOB dan 2AZ.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 dari Plaza Alam Sentral Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 – 10.30 malam, malam Ahad yang lalu anak didik dari kumpulan B mempersembahkan sebuah sketsa komedi bebas selama 3 minit dan sebuah lagu selama 2 minit bersama artis pilihan masing-masing.

Tirai pembukaan saingan BMB2 pada malam ini dimulakan dengan sesi memberi penghormatan kepada Allahyarham Datuk Aziz Sattar, seorang seniman yang merupakan salah seorang pelopor dalam bidang komedi tanah air. Antara artis-artis yang menjadi pilihan Kumpulan B untuk beraksi di pentas BMB2 dalam saingan ketiga ialah GBOB bersama Mak Jah, SUMBU bersama Kaza , KEPOH bersama Acong Sweet Child, EHAH bersama Joey Daud, MMMMM bersama Riezman Khuzaimi dan 2AZ bersama Sofi Jikan.

MMMMM, anak didik kepada Afdlin Shauki tampil sebagai peserta pertama yang membawa persembahan tentang pengembaraan mesin merentas masa dari tahun 2040 ke 2014. Walaupun MMMMM berhadapan dengan masalah artis undangan yang terpaksa menarik diri kerana komitmen kerja yang lain, namun gandingan mantap bersama-sama Riezman Khuzaimi berjaya meraih markah tinggi dan sokongan hebat daripada barisan juri dan orang ramai.

[pullquote]Seterusnya, EHAH (Harun Salim Bachik) mengambil alih bersama-sama dengan artis jemputan mereka, Joey Daud yang melakonkan sketsa komedi kes penculikan tetapi silap mangsa. Anak didik Adlin Aman Ramlie, KEPOH pula bergandingan dengan Acong Sweet Child telah menyuntik elemen Hari Ibu menerusi sketsa kisah hidup ayah tunggal dengan anak kembarnya.[/pullquote]

Pentas BMB2 terus digamitkan lagi dengan persembahan daripada GBOB (Faizal Ismail) yang menyampaika momen-momen manis percintaan alam remaja bersama-sama Mak Jah. Gandingan luar biasa ini berjaya menonjolkan kekuatan GBOB sebagai seorang peserta solo. Selepas itu, 2AZ (Saiful Apek) tampil dengan sketsa 2 orang gangster yang bertemu dengan seorang penyanyi rock, Sofi Jikan. Namun, persembahan mereka yang agak longgar menerima kritikan pedas daripada juri apabila Sofi Jikan dan Saiful Apek lebih menonjol dalam persembahan mereka.

Peserta terakhir iaitu Anak didik Ebby Yus, SUMBU memilih topik penghibur jalanan dalam persembahan mereka yang bergandingan bersama-sama Kaza. Cara penyampaian mereka yang matang menerima pujian daripada juri tetapi mereka juga disarankan agar memperkembangkan lagi genre persembahan dan tidak hanya tertumpu kepada isu-isu kerakyatan.

Sebelum keputusan diumumkan, para penonton dihiburkan dengan persembahan lagu ‘Angin Kencang’ oleh Noh Salleh yang juga tampil sebagai juri jemputan pada minggu tersebut.

Menurut Penerbit Eksekutif Bintang Mencari Bintang 2, Muhamad Sufian Isa:

“Memasuki episod yang ke-11, kesemua anak didik telah mempamerkan gaya persembahan yang lebih matang dan berkeyakinan tinggi walaupun digandingkan nama-nama besar dalam industri hiburan menerusi cabaran malam ini. Persembahan yang berkesan mestilah mempunyai keunikan dan berupaya menarik penonton bersama-sama ke alam persembahan mereka. Keputusan malam ini juga dilihat sebagai amaran akhir bagi anak didik yang kurang menyerlah untuk memperbaiki kelemahan dan merebut tiket ke pusingan separuh akhir di saingan ke-4 yang juga merupakan malam penentuan bagi Kumpulan B.”

Seramai 23 anak didik yang terdiri daripada 1 peserta solo dan 11 peserta kumpulan dipilih untuk menggamatkan saingan BMB2 kali ini. Setiap Sifu akan mempunyai dua anak didik yang bertanding iaitu satu dari Kumpulan A dan satu lagi dari Kumpulan B. Bagi saingan peringkat pertama, anak didik akan berentap mengikut kumpulan selama empat minggu dan anak didik yang mendapat markah terendah akan disingkirkan. Kemudian bagi peringkat kedua, anak didik dari Kumpulan A dan B yang belum tersingkir akan bertemu untuk bersaing di peringkat separuh akhir. Sebelum tiba minggu terakhir, hanya lima kumpulan, layak berentap di peringkat akhir BMB2 untuk merangkul gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM200,000 berserta trofi.

Sepanjang 16 episod, BMB2 menampilkan Adibah Noor dan Achey sebagai pengacara program. Selain itu, BMB2 turut menampilkan nama besar di dalam industri tanah air, ikon yang cukup berpengalaman dan sememangnya ‘otai’ di dalam bidang hiburan iaitu Fauziah Ahmad Daud (Ogy) untuk mengisi kerusi juri pada setiap minggu. Manakala, dua lagi juri tetap bagi musim ini iaitu A.R Badul akan menjadi juri untuk konsert Kumpulan A dan Ahmad Idham juri untuk konsert Kumpulan B.

Untuk musim kedua ini, format permarkahan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan WeChat serta 20% daripada juri awam yang terdiri dari kalangan pelajar seni persembahan, wartawan, golongan semi-profesional dalam industri sketsa komedi dan nyanyian. Juara BMB2 akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000 berserta trofi.

Buat penonton dan peminat setia BMB2 bolehlah menghantar undian melalui dua cara iaitu melalui SMS dengan menaip BMB Nama Kumpulan dan hantar ke 33399 atau undian secara pukal, BMB5 Nama Kumpulan dan hantar ke 33399 atau melalui undian di akaun WeChat_BMB2014. Undian SMS akan bermula jam 12 tengah malam setiap hari Ahad selama seminggu dan akan ditutup selepas tamat persembahan konsert.

Di samping itu, penonton turut boleh menilai persembahan anak didik BMB2 semasa persembahan konsert berlangsung menerusi ‘Skala Bintang’ yang boleh didapati di www.tv3.com.my/bintang. Kemudian gerakkan skala bintang untuk mengundi persembahan anak didik. Keputusan penilaian ‘Skala Bintang’ akan muncul di kaca televisyen semasa konsert BMB2 bersiaran secara langsung.

Sementara itu, penonton berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat kesemua anak didik BMB2 menerusi KOMIK BMB yang akan disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Ahad jam 5.30 petang. Program yang dihoskan oleh bekas anak didik BMB musim pertama iaitu kumpulan Titan ini juga akan membawa penonton melihat gelagat anak didik serta perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas latihan dan juga perkara-perkara yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas BMB2.

Ikuti konsert mingguan BMB2 yang diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Muhamad Sufian Isa yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada setiap hari Ahad bermula jam 9.00 – 10.30 malam. Acara kemuncak BMB2 dijangkakan berlangsung pada 22 Jun 2014.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang BMB2, penonton boleh melayari sesawang rasmi BMB2 di www.tv3.com.my/bintang dan laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#BMB2014) untuk menghangatkan lagi bahang BMB2! Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

BMB2 menampilkan D’HERBS sebagai penaja utama, WeChat sebagai penaja media sosial rasmi, Hot FM sebagai radio rasmi dan Hotel De Art sebagai penginapan rasmi peserta.

Berikut ialah carta kedudukan markah anak didik BMB2:

Sifu & Anak Didik Konsert 1 Konsert 2 Konsert 3 Konsert 4 Markah Terkumpul
Kumpulan A

OOOOO (Afdlin Shauki)

TAKTIH (Harun Salim Bachik)

TOKAN (Faizal Ismail)

JEBAT (Adlin Aman Ramlie)

PK (Ebby Yus)

LAMPU (Saiful Apek)

 

47.1

56.2

54.7

41.6

57.5

61.9

 

49.8

42.4

54.8

68.3

38.5

47.1

 

66.3

30.4

71.7

42.9

53.3

48.3

 

163.2

129

181.2

152.8

149.3

157.3

Sifu & Anak Didik Konsert 1 Konsert 2 Konsert 3 Konsert 4 Markah Terkumpul
Kumpulan B

MMMMM (Afdlin Shauki)

EHAH (Harun Salim Bachik)

GBOB (Faizal Ismail)

KEPOH (Adlin Aman Ramlie)

SUMBU (Ebby Yus)

2AZ (Saiful Apek)

 

63.6

49.8

66.0

52.3

71.3

60.9

 

78.2

62.3

43.6

62

49.1

36.9

 

62.1

61.8

50.8

61.0

55.2

41

 

203.9

173.9

160.4

175.3

175.6

138.8

Persembahan Mmmmm Bersama Riezman Khuzaimi

Persembahan Mmmmm

Persembahan Mmmmm (2)

Persembahan Ehah Bersama Joey Daud

Persembahan Kepoh Bersama Ahchong Sweet Child

Persembahan Gbob Bersama Mak Jah

Persembahan 2Az (1)

Persembahan 2Az Bersama Sofi Jikan

Persembahan Sumbu Bersama Kaza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

School Break Special Tayang Empat Filem Animasi Terbaik

Liyana Jasmay Selamat Melahirkan Anak Perempuan