in ,

Telemovie MISS SAKURA Satukan Ben Amir Dengan Pelakon Indonesia

“Miss Sakura” Satukan Ben Amir Dengan Pelakon Indonesia di TV2

Gandingan aktor negara serumpun dari Indonesia dan negara kita Malaysia melatari telemovie terbaharu bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Miss Sakura” yang mengisi slot drama popular di TV2, Citra pada 3 Ogos ini, pukul 9.30 malam.

Ia menampilkan pelakon semakin meningkat naik Ben Amir, dan Disha Devina, aktres dari Inodonesia dengan dibantu pelakon lain antaranya Meor Mohd, Nurliana Yahya dan Kay Maria.

poster Miss Sakura

Menerusi telemovie arahan Feroz Abdul Kader, plot kisah yang ditonjolkan mengisahkan cinta pandang pertama yang membawa ke jinjang pelamin walaupun menghadapi halangan serta keyakinan antara satu sama lain.

Kisahnya berkembang dengan watak utama iaitu Hadi seorang jurugambar tanpa sengaja telah terambil gambar seorang gadis berkimono semasa bercuti di Jepun. Sekembali ke Malaysia, Hadi telah jatuh cinta dengan gadis tersebut walaupun tidak mengenalinya. Dia memanggil gadis itu sebagai Sakura.

Sementara itu emak Hadi sibuk mencarikan jadoh untuk Hadi. Nadira ataupun yang Hadi anggap sebagai Sakura sebenarnya tinggal di Kuala Lumpur dan telah berhenti kerja kerana bergaduh dengan kawan pejabatnya.

Nadira kemudiannya bekerja di syarikat milik ayahnya dan dia dihantar ke Jepun. Atas desakan emaknya Hadi telah berkenalan dengan Nadia. Hadi ke Jepun lagi dan kali ini dia ternampak Sakura lalu mengekorinya sehingga ke tempat perkuburan.

Setelah pulang ke Malaysia Hadi bersetuju untuk mengahwini Nadia kerana menganggap Sakura adalah hantu. Suatu hari Hadi terserempak dengan Nadira di pasar raya membuatkan Hadi kaget lalu mencuit Nadira berkali-kali.

Akibatnya Hadi dibawa ke balai polis dan di situ terungkailah perkara yang sebenarnya.

Seterusnya Hadi menjadi rapat dengan Nadira dan membuat keputusan untuk berkahwin dengan Nadira tanpa pengetahuan Nadia. Bagaimanapun Nadia berjaya menjejaki Hadi hingga ke masjid dan dia sampai di situ sebaik sahaja akad nikah berlangsung.

Hadi melarikan diri dan hampir dilanggar kereta lalu pengsan. Sebaik saja dia tersedar, dia mendapati Nadia dan Nadira sedang menunggu untuk menyerangnya lalu dia melarikan diri lagi.

Penghujungnya adakah mereka berbaik semula?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Inspirasi Kebahagiaan di Sebalik Kepayahan Hidup Keluarga Marhaen

Kisah Bos Yang Emosi Dalam Siri Korea MY HORRIBLE BOSS