in , ,

Misi Skuad Seratus Ikhlas Memberi Impak Positif Sepanjang Bulan Ramadan 

Bersempena dengan bulan Ramadan tahun ini, 100PLUS berkolaborasi dengan Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) memperkenalkan kempen terbaharu ‘Seratus Ikhlas; Setulus 100PLUS’.

Menerusi kempen ini, pihak 100PLUS ingin berkongsi mesej-mesej positif dan memberi kecergasan kepada semua rakyat Malaysia supaya kekal aktif untuk melakukan ibadah dengan lebih sempurna sepanjang bulan Ramadan dan Syawal ini. 

Poster Skuad Seratus Ikhlas

“Kolaborasi sebegini amat bermakna dan relevan dengan kempen Setulus Ikhlas yang diperkenalkan oleh MPTN. Kami sangat berbesar hati dapat berkolaborasi dengan 100 PLUS dalam menjayakan Skuad Seratus Ikhlas ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada selebriti-selebriti yang telah memberikan kerjasama baik dan bertungkus-lumus untuk sama-sama menyebarkan mesej positif kepada orang ramai dalam bulan yang mulia ini.

Dengan itu, kami berharap usaha murni ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang.”

Menerusi kempen ini, 100PLUS telah mengaktifkan Skuad Seratus Ikhlasyang diketuai oleh Mira Filzah dan Hairul Azreen selaku duta, dan disertai oleh selebriti-selebriti popular seperti Syafiq Kyle, Sufian Suhaimi, Andi Bernadee, Amira Othman dan Sarah Suhairi. 

Sufian Suhaimi di lokasi misi Skuad Seratus Ikhlas terakhir, Tangkak Johor

Skuad Seratus Ikhlasdan Sembang Sahur TV3 telah berkunjung ke lokasi- lokasi terpilih seperti Maahad Tahfiz Sungai Buloh, Balai Bomba Melaka dan rumah keluarga Bersamamu bagi aktiviti singgah sahur sepanjang bulan Ramadan ini. Selain itu, Skuad Seratus Ikhlas juga melakukan aktiviti sumbangan dan ibadah di Kuantan (15 Mei), Sekinchan (19 Mei), Kuala Lumpur (21 Mei), Bangi (22 Mei) dan turut menyertai acara padang Check In Kampung di Tangkak, Johor (24 Mei).

Skuad Seratus Ikhlasyang disertai oleh Andi BernadeedanSarah Suhairitelah menjayakan misi mereka bersama pelajar Maahad Tahfiz Darul Ulum, Kuantan. Aktiviti yang diaktifkan oleh 100PLUS itu telah berlangsung pada 15 Mei 2019. Bersama-sama dengan pelajar maahad tahfiz, kedua-dua selebriti tersebut  telah bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah, disusuli tazkirah ringkas oleh ustaz jemputan, berbuka puasa dan diakhiri dengan solat terawih berjemaah.

Skuad Seratus Ikhlas di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Tangkak (1)

Misi kedua Skuad Seratus Ikhlasditeruskan dengan Amira Othmanke Tanjung Karang, Selangor pada 19 Mei. Skuad Seratus Ikhlas berkunjung ke rumah Puan Ogy, seorang ibu tunggal yang menjaga 7 orang anak yatim dan ibunya yang telah lumpuh selama 6 tahun.

Keperitan yang dialami oleh Puan Ogy sekeluarga amat menyentuh hati. Antara aktiviti yang dilakukan ialah pemasangan karpet dan langsir yang baru di ruang tamu, membersihkan kawasan sekeliling selain membeli beberapa peralatan rumah untuk kegunaan Puan Ogy sekeluarga. Semoga misi yang diaktifkan oleh 100PLUS ini mampu meringankan beban selain memberi sinar kepada keluarga Puan Ogy untuk menyambut hari lebaran kelak.

Skuad Seratus Ikhlas di Maahad Tahfiz Darul Ulum, Kuantan

Misi ketiga Skuad Seratus Ikhlas yang diketuai olehHairul Azreen, disertai oleh Syafiq Kyledan Andi Bernadeetelah berkunjung ke Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur pada 21 Mei 2019. 

Misi ini bermula dengan penyediaan bubur lambuk sebanyak 100 pek dan berbuka puasa bersama warga Pusat Transit Gelandangan. Skuad Seratus Ikhlas  juga berkongsi mesej-mesej positif dengan mereka. Selepas solat Isyak, Skuad Seratus Ikhlasteruskan aktiviti agihan bubur lambuk dan minuman 100PLUS kepada masyarakat di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Skuad Seratus Ikhlas  bersama Syafiq Kyledan Sufian Suhaimi meneruskan misi keempat di Sekolah Cinta Syria, Bangi pada 22 Mei 2019. Objektif misi ini adalah untuk menyediakan satu sudut bacaan yang lebih selesa dan lengkap kepada para pelajar Sekolah Cinta Syria. Selain itu, ini juga peluang terbaik bagi Skuad Seratus Ikhlasuntuk mendekati dan memberi kasih sayang kepada budak-budak Syria seramai 60 orang. Yang terakhir, Skuad Seratus Ikhlas disertai olehSufian Suhaimi berlabuh di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Tangkak, Johor pada 24 Mei 2019 bersempena dengan Check In Kampung di Tangkak.  

Untuk dapatkan maklumat lanjut, layari portal info terkini Xtra, www.xtra.com.myatau laman-laman media sosial rasmi TV3, @TV3malaysia di Facebook, Twitter, dan Instagram.

Pastikan anda gunakan tanda pagar #SetulusIkhlas, #SkuadSeratusIkhlas, #SeratusIkhlas dan #AktifkanRamadanmu bagi merancakkan perbualan di alam maya. Jangan lupa untuk kekal hidrat, segar dan bertenaga sepanjang bulan Ramadan bersama dengan 100PLUS *Info lanjut di https://100plus.com.my/

Skuad Seratus Ikhlas Syafiq Kyle dan Sufian Suhaimi beramah mesra dengan anak-anak Syria
Skuad Seratus Ikhlas diketuai oleh Hairul Azreen, Syafiq Kyle dan Andi Bernadee di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur_

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Brian McFadden Tetamu Istimewa di Konsert Boyzone’s Thank You & Goodnight Farewell Tour

Neelofa Tidak Ambil Hati Dengan Teguran Dilemparkan Zahnita Wilson