in

MISI PENCARIAN MUKA BARU di ntv7 BERMULA!

Adakah anda mempunyai sifat humor yang tinggi, petah bercakap dan berkeyakinan tinggi di hadapan kamera? Jika ya, anda mungkin berpeluang untuk muncul sebagai bintang – muka baru untuk rancangan yang mendapat ratings tertinggi – [email protected] (terdahulunya dikenali sebagai Whoa!). Kini, kami amat berbangga untuk memaklumkan bahawa stesen ntv7 akan memulakan misi pencarian pengacara terbaru [email protected]. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur lapan hingga dua puluh tahun, Saluran Ceria Anda mencari calon-calon yang mahir bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, fotogenik, berani dan selesa dengan kamera. Mereka yang berminat digalakkan untuk menyertai sesi ujibakat di Sri Pentas (Bandar Utama), Sabtu, 31 Januari 2009 dan Ahad, 1 Februari 2009 dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Juga, jangan lupa untuk membawa koleksi gambar terbaik anda untuk tatapan kami!

3217851852 70D18D9D39 | 4

Mula bersiaran pada  tahun 2005, rancangan ini pernah dikemudikan oleh bintang yang semakin dikenali seperti Lisa Surihani dan Rusdiana Rusdi. Kedua-duanya merupakan bekas pengacara rancangan Whoa! dan hari ini, bukan sahaja mereka digilai namun bakat mereka juga semakin berkembang dan mendapat pengiktirafan. Pastinya, sesi ujibakat ini dilihat bertepatan dengan usaha stesen untuk tampil sebagai platform terbaik untuk rakyat Malaysia mencungkil dan mengembangkan kemahiran dan bakat terpendam mereka. Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai impian dan harapan tinggi untuk menjadi penghias kaca televisyen – ini mungkin detik permulaan yang terbaik untuk anda menceburkan diri dalam industri hiburan tempatan!

Selain itu, jangan ketinggalan untuk bersama kami di “Day Out With Kids @ fgw”, – sebuah mini karnival yang menyediakan hiburan berkualiti terbaik dalam suasana yang menghiburkan untuk kenikmatan seisi keluarga! Selain menganjurkan sesi ujibakat, Saluran Ceria Anda turut akan menyediakan aktiviti hebat, persembahan secara langsung dan himpunan permainan untuk aktiviti luar sepanjang dua hari berturut-turut (Sabtu, 31 Januari & Ahad, 1 Februari) di Sri Pentas, 10.00 pagi – 5.00 petang.

Dari aktiviti lari dalam guni, lari bersama bola pingpong ke persembahan artis, kerusi muzik, bingo, sand arts, demo masakan dan tayangan kartun terkenal ntv7….segalanya di sini! Lebih menambahkan warna pada acara ini ialah kanak-kanak akan diberi peluang untuk mempamerkan bakat mewarna mereka dalam beberapa sesi. Hadiah hebat menunggu! Pengunjung turut akan dihiburkan dengan nyanyian merdu penyanyi wanita terkenal – Dina.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Sesi Ujibakat [email protected] dan Day Out With Kids @ fgw, sila layari laman web kami di www.ntv7.com.my. Alamilah suatu pengalaman hiburan keluarga terbaik pada Sabtu, 31 Januari & Ahad, 1 Februari, 10.00 pagi – 5.00 petang, Sri Pentas Bandar Utama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Restoran Cheng Ho Amy Search Perkenal Menu Baru

Gambar Saida & Sairah di Pelancaran Ewah-Ewah TV3