in

Ini Cara Untuk Sertai Misi Ejen Rahsia Di Pementasan TEATER EJEN ALI

Sempena cuti sekolah, Primeworks Studios dan Wau Animation menjemput ejen-ejen cilik untuk menyertai misi M.A.T.A di Pementasan Teater Ejen Ali, sebuah aktiviti yang membolehkan kanak-kanak menyelami dunia rahsia seorang ejen yang padat dengan aksi. Sebuah kerjasama terbaharu antara Media Prima Berhad dan KidZania Kuala Lumpur, aktiviti ini bertempat di Akademi Lakonan dan Teater Bananana di KidZania Kuala Lumpur.

Ini Cara Untuk Sertai Misi Ejen Rahsia Di Pementasan TEATER EJEN ALI

[dropcap]D[/dropcap]i Akademi Lakonan Bananana, peserta akan dilatih dengan barisan dialog dan aksi masing-masing, sebelum dipentaskan di Teater Bananana. Aktiviti yang berdurasi 15 minit itu adalah berdasarkan treler “Kecemasan” Ejen Ali, di mana ibu pejabat agensi rahsia M.A.T.A dirempuh oleh ejen jahat, dan Ejen Ali dipanggil untuk menumpaskan serangan tersebut, Pementasan itu akan dijalankan setiap hari sepanjang tahun dan kanak-kanak yang berminat untuk menyertainya boleh hadirkan diri ke KidZania Kuala Lumpur.

“Kami berbesar hati kerana kehadiran Ejen Ali kini di Teater Bananana KidZania KL memberi peluang kepada peminat-peminat untuk menjadi seperti karakter-karakter kegemaran mereka. Dengan adanya teater ini yang memberi sedikit paparan kehidupan rahsia Ejen Ali sebagai seorang ejen kanak-kanak hebat, kami berharap peminat Ejen Ali bersedia untuk menyelami dunia seorang perisik yang penuh dengan aksi-aksi mendebarkan,” kata Usamah Zaid, Ketua Pegawai Operasi Wau animation.

“Buat pertama kalinya kami meraih peluang yang mengujakan seperti ini, untuk menterjemahkan sebuah siri animasi yang kini sedang melonjak naik di kaca televisyen menjadi sebuah pengalaman yang membolehkan penonton Ejen Ali untuk merasai sendiri dunia sebenar seorang ejen cilik. Kerjasama ini juga merupakan sebuah langkah baharu ke arah peluang perniagaan yang lebih besar di masa akan datang,” Kata Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Primeworks Studios.

Ejen Ali menceritakan kisah seorang kanak-kanak lelaki yang dahulunya hidup seperti kanak-kanak biasa, sehinggalah secara tidak sengaja mengaktifkan IRIS, sebuah alat elektronik pintar milik agensi perisikan M.A.T.A.

Kehidupan Ali yang huru-hara bertambah sukar apabila terpaksa Ali direkrut menjadi seorang ejen rahsia. Ali yang dahulunya seorang yang pasif kini menjadi lebih aktif menentang musuh dan potensinya semakin terserlah. Ejen Ali kini sedang ditayangkan di TV3 pada setiap hari Jumaat, jam 5.30 petang. Populariti siri animasi ini semakin melonjak dengan 2 juta tontonan setiap minggu.




Mengenai Wau Animation
Wau Animation merupakan studio animasi kesan khas (CG) yang ditubuhkan pada 18 Mac 2013 oleh sekumpulan bakat kreatif yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam menghasilkan pelbagai siri animasi dan filem kesan khas yang pernah merangkul pelbagai anugerah.

Misi utama Wau Animation adalah keazaman untuk menghasilkan animasi yang mampu memberi impak kepada para penonton. Kami juga bermatlamat untuk menghasilkan cerita-cerita yang menghiburkan dan mampu memberi inspirasi, pada masa yang sama menerapkan intipati tempatan. Ini adalah kerana kami meletakkan harapan yang tinggi dalam mengetengahkan identiti Malaysia yang unik.

Mengenai Primeworks Studios
Primeworks Studios merupakan anak syarikat Media Prima Berhad yang merupakan syarikat penerbitan terbesar di Malaysia. Terlibat dalam penghasilan program TV sejak tahun 1984 dan sejak tahun 1994, Primeworks menerbitkan lebih 5,000 jam kandungan TV setahun. Selain penerbitan program televisyen dan kandungan lain, Primeworks Studios turut terlibat dalam pengedaran dan pemasaran kandungan. Primeworks Studios penyumbang terbesar kandungan kepada empat saluran televisyen komersil dalam kumpulan Media Prima, iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9 – merangkumi kandungan pelbagai genre seperti program hiburan, majalah, dokumentari, drama dan sukan. Rancangan yang popular merangkumi Anugerah Juara Lagu, Majalah 3, Nona, Welcome to the Rail World, Best in the World, Hip-Hoppin’ Asia, Jalan Jalan Cari Makan, Mentor, Melodi dan Jejak Rasul.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ifa Raziah Bakal Lancar Single TERUS TERANG

Filem ROCK BRO Rimba Bara Kembali Menggegarkan Tanah Air