in

Misha Omar Dilantik Jadi Duta Pertama Cat Colourland

[dropcap]C[/dropcap]olourland dan Misha Omar… Di mana persamaannya? Mungkin itu yang menjadi tanda tanya kepada ramai, apatah lagi sinergi antara dua nama ini barangkali dilihat sedikit asing kepada umum. Namun kelainan itu yang mencetuskan idea untuk melahirkan sebuah kolaborasi yang mungkin janggal di mata ramai, tetapi tidak kepada Colourland.

Membawa bersama misi untuk mendekati pengguna menerusi kepelbagaian warna yang ditawarkan, Colourland menemukan satu formula berani yang akan memperkasakan jenama ini di negara ini. Diperkenalkan pada 1999, Colourland yang dibina sekumpulan kecil usahawan berwawasan mengambil cabaran besar untuk bersaing dengan pengeluar cat dan hardware luar negara.

[pullquote align=”right”]Colourland melangkah berani untuk memahat namanya setanding pengeluar cat jenama antarabangsa.[/pullquote]

Tanpa pernah ada perasaan gentar, Colourland percaya kualiti dan nilai ditawarkan menjadi faktor utama untuk mengikat kesetiaan pengguna. Dalam tempoh lima tahun, Colourland tumbuh sebagai sebuah jenama utuh apabila produk yang ketika itu masih hijau di pasaran berjaya menempatkan dalam senarai lima jenama terunggu di pasaran tempatan.

Sejarah yang tercipta itu membuat Colourland enggan menoleh ke belakang lagi, malah semakin nekad menyusun strategi untuk memastikan jenama ini terus unggul dalam kelas tersendiri.

Pencarian itu menemukan Colourland dengan penyanyi tempatan berbakat luar biasa yang berkongsi misi serupa, Misha Omar. Membina nama menerusi Bunga-Bunga Cinta, Misha bermula hanya berbekal bakat dan kepercayaan tiada yang mustahil untuk digapai jika disertakan kemahuan serta kesungguhan.

Misha muncul ketika nama besar lain sedang meraih keselesaan dalam industri muzik, namun anak kelahiran Kelantan itu tidak gentar untuk merintis laluannya sendiri. Lebih sedekad, jenama Misha terus meniti di bibir peminat dengan keunggulan bakat, pesona dan karismanya di pentas.

Percaya keampuhan populariti Misha, terutama ketika single terbarunya, Angin Syurga kembali memacu namanya di puncak, Colourland mengambil kesempatan itu untuk mengukir sebuah kolaborasi hebat.

Pengarah Colourland Paints Sdn Bhd, Loh Boon Leong berkata:

“Dengan pengaruh populariti, di samping bakatnya yang tersendiri dan mengagumkan, kami percaya Misha memiliki segala kriteria dicari Colourland untuk menggembleng usaha memperluaskan lagi jenama ini di kalangan pengguna tempatan,”

Memahami aspirasi pengguna yang mencari nilai dalam kualiti hidup mereka, Loh percaya, Misha berupaya untuk membawa Colourland lebih akrab dan mesra di kalangan pengguna yang menghargai apa yang terbaik untuk mereka.

“Kunci kejayaan Colourland adalah integriti. sifat itu juga begitu dekat dengan Misha Omar yang memperlihatkan integriti dalam setiap hasil karyanya. Kami positif kolaborasi ini akan membuahkan hasil yang membanggakan Colourland dalam menghadirkan warna indah menerusi kempen bersama Misha Omar,” kata Loh.

Misha Omar

Tahniah!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ashraf Muslim Stress Gara-Gara Isu Poligami

Siti Sarah | 23

Salam Takziah! Ibu Siti Sarah Raisuddin Meninggal Dunia