in , ,

Mira Filzah & Wan Emir BAKAL Nikah Awal September Ini?

Dah tak sabar-sabar menantikan “wedding of the year” ini, yang telah disulami dengan kisah-kisah percintaan yang mengujakan.

Pernikahan Mira Filzah, 28, dan Wan Emir Astar, 30, yang pada mulanya dijangka pada Oktober 2020 ini , tetapi kini dipercayai akan dipercepat kepada awal bulan September 2020. Wah!!

Walaupun Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman dan keluarganya belum mengeluarkan kenyataan rasmi tetapi beberapa rakan rapat pelakon dan pengacara Nona, TV3  ini menyatakan majlis pernikahan akan berlangsung pada awal September ini.

Berita ini dikuatkan lagi apabila Mira dan adik beradiknya mengadakan majlis khatam al-Quran di kediaman keluarganya pada Jumaat, 28 Ogos 2020.

Pada 16 Julai 2020 lalu, Mira dalam satu pertemuan dengan media menyatakan dirinya menjadi tunang orang dan membayangkan akan berkahwin dalam waktu terdekat.

Mira dan Wan Emir merupakan rakan sekolah, tetapi terpisah apabila Wan Emir melanjut pengajiannya di luar negara.

Namun hubungan mereka kembali rapat dan kedua-duanya pernah ditangkap foto hadir bersama dalam satu majlis perkahwinan artis Farah Nabila pada Januari 2020. 

Namun Mira tetap enggan mendedahkan percintaan dengan Wan Emir dan hanya menyatakan dirinya sudah berpunya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bagi Kereta Mewah Dekat Staf, Mutyara Tunjuk Riak?

Dah 37 Tahun, Luna Maya Susah Cari Calon Suami