in

Mira Fana Dipilih Sebagai Artis Jemputan di Konsert Teaterikal Suara Kita

Setiap konsert tidak gempak kalau tidak ada artis jemputan. Jadi, untuk mencari sedikit kelainan, Awie Entertainment Sdn Bhd telah memilih seorang pemain gitar remaja bernama Mira Fana untuk menjadi artis jemputan di Konsert Teaterikal Suara Kita. Kalau anda nak tahu, Mira Fana adalah seorang artis Youtubers yang mana selalu memuat-naik video persembahan gitar solo di Youtube.

[pullquote]Mira Fana atau nama penuhnya Amirah Farhanah Daud Ahmad adalah bekas pemain gitar kumpulan Velvet. Beliau berumur 21 tahun dan mula mempelajari gitar ketika berumur 10 tahun. Mira Fana cenderung kepada muzik berentak ‘hard rock’ dan ‘heavy metal’.[/pullquote]

Sepanjang penglibatan di bidang muzik, Mira telah bermain dengan pelbagai ‘band’ di arena muzik bebas dan ‘underground’. Karier muziknya sebagai seorang pemain gitar semakin berkembang sejak beliau memuatnaik video persembahannya di saluran YouTube. Sejak dari itu, nama Mira Fana semakin dikenali dan mendapat banyak perhatian serta sokongan, bukan sahaja dari Malaysia malah dari beberapa peminat dari luar negara.

“Saya akan perform untuk lagu Bujang Senang dan satu slot diberikan untuk saya perform lagu-lagu yang pernah saya upload di Youtube. Saya rasa sangat teruja sebab inilah kali pertama saya perform di pentas yang sangat berprestij di Istana Budaya. Saya berterima kasih kepada abang Awie kerana sudi memilih saya dan saya janji akan buat sehabis baik. Saya menjadikan persembahan ini sebagai satu platform untuk memperkenalkan diri saya kepada orang ramai di luar sana.”

Peneraju Awie Entertainment Sdn Bhd dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam industri muzik Malaysia, amat memberikan komitmen terhadap perkembangan bakat bakat baru. AESB mengambil kesempatan sempena ‘Konsert Teaterikal Suara Kita’ untuk memperkenalkan gadis berbakat besar ini.

Langkah yang dianggap berani ini perlu kerana pendedahan awal generasi muda kepada dunia muzik arus perdana amat penting. Tambahan pula dengan peredaran dunia kini yang lebih pantas berbanding dahulu.

Mira Fana akan muncul sebagai pemain gitar mengiringi persembahan Awie dalam babak pertama pementasan. Beliau juga akan muncul pada ‘intermission’ selama 15 minit untuk menghidangkan halwa telinga kepada para penonton sementara pementasan berhenti rehat.

Adalah menjadi matlamat AESB agar Mira Fana dapat menggunakan peluang terbaik ini membuktikan bahawa Malaysia tidak ketandusan bakat bakat baru yang perlukan sokongan untuk diketengahkan.

Kepada anda yang belum mendapatkan tiket, jangan lupa untuk mendapatkannya dengan melayari: www.ticket2u.biz atau boleh terus datang ke kaunter tiket di Istana Budaya.

Jom ikuti video temubual Budiey bersama dengan Mira Fana.

Mira Fana Dipilih Sebagai Artis Jemputan Di Konsert Teaterikal Suara Kita

Mira Fana Dipilih Sebagai Artis Jemputan Di Konsert Teaterikal Suara Kita

Mira Fana Dipilih Sebagai Artis Jemputan Di Konsert Teaterikal Suara Kita

Mira Fana Dipilih Sebagai Artis Jemputan Di Konsert Teaterikal Suara Kita

Mira Fana Dipilih Sebagai Artis Jemputan Di Konsert Teaterikal Suara Kita

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

4.2 Juta Tonton Malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur

Isu Selisih Faham Sharnaaz Ahmad Buat Laporan Polis