in

Minum Petang Eksklusif Hari Ibu Bersama Datuk Sharifah Aini

Minum Petang Eksklusif Hari Bonda bersama Datuk Sharifah Aini yang akan diraikan pada hari ini 11 Mei jam 2.30 petang di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Biarpun hanya sebuah majlis minum petang, Kak Pah menjanjikan persembahan bertaraf konsert. Kak Pah bakal menghiburkan tetamunya selama satu jam setengah dengan lebih 22 rangkaian lagu.

Kata Kak Pah, jika peminat mengharapkan kelainan daripadanya. Mungkin dia tidak mampu menunaikannya, dia tidak mampu menari di dalam usia yang bakal mencecah 55 tahun pada 2 Julai nanti. Kelainan yang dapat dijanjikan hanyalah pada pilihan lagu dan dia juga mahu menumpukan pada vokal serta interaksi bersama peminat.

“Kelainan yang dapat Kak Pah janjikan adalah dari segi repertoire. Kak Pah akan menyanyikan lagu yang ada kaitan dengan Hari Ibu seperti Mawar Putih Untuk Mama, Ibu, Ummi, You Light Up My Life dan banyak lagi. Kak Pah tidak suka persembahan kelam kabut diiringi penari latar, sebaliknya Kak Pah mahukan sebuah persembahan yang relaks dan santai,” katanya yang berasa bertuah dan gembira kerana berjaya bertahan dalam industri ini sehingga 40 tahun.”

Kak Pah juga akan berduet dengan pelawak Dee untuk tiga buah lagu dan juga penyanyi Syed Sobri pada persembahan itu nanti.

2480034345 330628Ccb1 | 4

[tags]hi tea kak pah, gambar show syarifah aini, biodata syarifah aini, mp3 sharifah aini, Mawar Putih Untuk Mama, Ibu, Ummi, You Light Up My Life, lagu tema hari ibu[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Awie Pegang Watak Mak Nyah Dalam Apa Kata Hati

Gambar Anuar Zain Superimpose Bertudung Tersebar di Internet