in

Mini Konsert Sorakan Emosi @ Stadium Melaka Petang Ini

Pada petang ini akan berlangsung Mini Konsert sempena dengan Perlawanan Persahabatan antara Sorakan Emosi FC dan Taming Sari FC di Stadium Hang Tuah, Bandar Melaka, Melaka pada jam 5 petang.

Konsert ini diadakan untuk menambah kemeriahan demam EURO 2008 sebelum perlawanan antara Sorakan Emosi & Taming Sari diadakan. Dianjurkan oleh TV3 sebagai penyiar rasmi perlawanan bola sepak UERO dengan kerjasama kerajaan Negeri Melaka.

Para peminat yang hadir berpeluang untuk menyaksikan aksi dan persembahan hebat daripada artis popular seperti Zahid, Nikki, Siti Sarah, Flop Poppy dan Nitrus.

Gambar terbaru Flopp Poppy & Nikki sedang makan-makan di Rest & Rileks Air Keroh, Melaka.

Selain daripada berhibur menonton mni konsert dan perlawanan bola sepak, para pengunjung juga berpeluang untuk memenangi tiket-tiket penerbangan Air Asia ke lokasi-lokasi menarik melalui segmen cabutan bertuah yang akan diadakan sepanjang malam ini.

Salah satu acara yang menarik perhatian adalah segmen sepekan penalti di antara beberapa penonton yang terpilih dengan selebriti tanahair seperti Ally Iskandar, Danny X Factor, Adi Putra, Aidid Marcello, Faizal Ismail (FBI), Zul Yahya.

Budiey sekarang ini berada di dalam bas TV3 yang turut membawa penyanyi seperti Nikki & Floppy bersama personaliti TV3 yang lain. Untuk orang Melaka, ita jumpa di sana ya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PERADUAN TEMAN 2 THE PERFECT GATEWAY

Trivia: Kasut Merah Siapakah Ini?