in ,

MINI Malaysia Perkenal MINI Countryman Plug-In Hybrid

MINI Malaysia Memperkenalkan MINI Countryman Plug-In Hybrid Terbaharu.

MINI Countryman Plug-In Hybrid yang pertama menjanjikan pengembaraan yang tiada tandingannya serta keterampilan serba boleh dan pengalaman pemanduan yang gah.

Pengeluar jenama automotif premium bagi kenderaan kompak tercanggih negara, MINI Malaysia memperkenalkan MINI Countryman Plug-In Hybrid terbaharu iaitu variasi Plug-In Hybrid pertama bagi jenis Kenderaan Sports Activity (SAV) daripada MINI.

1. Sashi Ambi, Head of Corporate Communications, and Kidd Yam, Head of MINI, BMW Group Malaysia

Ketua MINI Malaysia, En. Kidd Yam berkata, “Kami meraih kejayaan besar sejak generasi kedua MINI Countryman diperkenalkan April tahun lalu. SAV premium serba boleh ini juga merupakan tunjang kepada prestasi pecah rekod penjualan unit kenderaan pada tahun lalu iaitu sebanyak 1,011 unit. Pencapaian ini melakar pertumbuhan sebanyak 12% dari tahun 2016 dengan jumlah penjualan sebanyak 902 unit kenderaan. Pencapaian ini menjadikan kami sebagai jenama kedua dengan perkembangan tertinggi dalam segmen premium di Malaysia dan berada di landasan yang tepat sebagai jenama ketiga terbesar dalam segmen tersebut.”

Kidd Yam turut berkongsi mengenai pencapaian MINI Countryman terbaharu yang mendapat penarafan tertinggi 5 bintang melalui ujian Euro NCAP. Tatacara ujian yang ketat ini memberikan gambaran jelas mengenai model selesa MINI serba boleh ini yang menawarkan tahap keselamatan yang tinggi dalam apa jua situasi bagi kesemua tempat duduk kenderaan ini, selain turut direka khas untuk menerokai jalan-jalan yang lebih mencabar.

Ketua Korporat Komunikasi BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata; “Kami berbesar hati untuk memperkenalkan negara ini dengan satu lagi tambahan kenderaan premium dalam portfolio Mobiliti Masa Hadapan kami. Titik pengenalan ini amat bermakna kerana ia merupakan yang pertama bagi jenama MINI dan kami akan teruskan dedikasi kepakaran kami dalam menghasilkan rekaaan-rekaan teknologi terkini untuk industri automotif premium.”

Ambi turut menjelaskan bahawa MINI merupakan perintis dalam mobiliti elektro dengan pengalaman lebih sedekad dalam penyelidikan melalui MINI E yang diuji dari perspektif kelakuan pengguna dan mobiliti. MINI Countryman Plug-In Hybrid terbaharu ini turut berkongsi dapatan terkini dalam pembangunan mobiliti elektro negara.

15. The New MINI Countryman Plug-In Hybrid

MINI Countryman Plug-In Hybrid Terbaharu: Lincah, Serba boleh, Gah.

Kesenyapan kenderaan ini tidak boleh dipandang remeh, bahkan ia adalah petunjuk kepada ciri perintis yang jelas ditonjolkan melalui rekaan spesifik pada kekatup sisi yang dilekapkan lambang “e” dan lambang “S” berwarna kuning pada inskripsi model di bahagian belakang selain daripada kekisi radiator dan kemasan bendul pintu khas. Keghairahan MINI Countryman Plug-In Hybrid ini turut dilengkapi dengan kit badan ALL4, 19” Yours Masterpiece MINI, selain daripada port pengecas di bawah kelepak di kekatup sisi bahagian kiri.

Rekaan dalaman MINI Countryman terbaharu ini menampilkan kemasan roda stereng kulit Yours WALKnappa MINI. Butiran rekaan dalaman ini turut diterjemahkan dengan ketilitian sulaman bersilang bewarna aluminium. Paparan skrin sesentuh 6.5” beresolusi tinggi di bahagian kelompok instrumen dilengkapi dengan teknologi canggih terkini dan memberikan kawalan navigasi menyeluruh di hujung jari pemandu. Teknologi skrin sesentuh boleh mengesan sentuhan berbilang dengan fungsi pinch-to-zoom untuk akses peta dan penaipan.

MINI Countryman Plug-In Hybrid terbaharu juga turut dilengkapi dengan butang eDrive untuk memberi pilihan mod pemanduan elektrik kepada pemandu seperti: mod standard AUTO eDrive, mod MAX eDrive yang berteraskan elektrik sepenuhnya, dan mod SAVE BATTERY untuk mengekalkan status pengecasan bateri bervoltan tinggi pada tahap yang malar.

Dalam mod AUTO eDrive, sistem pintar pengurusan tenaga kenderaan ini mengatur interaksi kesemua komponen pemanduan dengan bantuan motor elektrik yang memberikan kecekapan serta pengalaman pemanduan terbaik; sementara ia meningkatkan julat elektrik kenderaan tersebut. Sebagai contoh, jika status pengecasan bateri berada pada tahap di antara 100% dan 7%, pemandu boleh memandu sehingga 80km/j – bebas daripada emisi tanpa menggunakan minyak. Pada kelajuan yang lebih tinggi, enjin petrol akan beroperasi secara automatik. Manakala untuk output pemacuan maksimum pula, enjin petrol akan disokong oleh motor elektrik sebagai eBoost.

Dalam mod MAX eDrive, pemandu boleh menikmati pemanduan berteraskan elektrik sepenuhnya sehingga kelajuan 120km/j. Pemanduan jarak dekat boleh dipacu dengan kuasa elektrik penuh dalam lingkungan jarak 40km. Manakala mod SAVE BATTERY pula beroperasi ketika status pengecasan bateri berada pada tahap rendah. Mod ini membolehkan bateri dicas semula oleh enjin petrol atau untuk mengekalkan status pengecasan pada tahap 90%. Dalam mod ini, enjin petrol akan beroperasi sepenuhnya.

Sistem eALL4 MINI memainkan peranan dalam menawarkan pengalaman pemanduan yang serupa seperti Go-Kart MINI. Pacuan semua roda ALL4 dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Dinamik (Dynamic Stability Control) yang membahagikan daya tujahan enjin kepada kedua-dua gandar (axles) kenderaan ini yang terletak di hadapan dan belakang. Enjin petrol menggerakkan gandar tayar hadapan sementara yang belakang digerakkan oleh motor elektrik. Sistem ALL4 ini membantu dalam situasi pembelokan luar kawalan dan memastikan tahap penujahan yang optimum. Oleh itu, pemandu dapat menikmati cengkaman yang utuh pada setiap permukaan jalan, kestabilan maksimum, dan pembelokan yang lebih selesa. Dengan sistem eALL4 ini, cengkaman yang kuat dijamin apabila mod eDrive MAX mengaktifkan pacuan roda belakang, mod SAVE BATTERY pula mengaktifkan pacuan roda hadapan, dan mod eDrive AUTO dengan eBoost mengaktifkan pacuan empat roda.

3. The New MINI Countryman

MINI Countryman Plug-In Hybrid ini memberikan pemanduan tayar hadapan dengan enjin petrol secara efektif, begitu juga dengan pacuan tayar belakang yang dijana oleh motor elektrik. Didatangi dengan transmisi 6 kelajuan automatik, MINI terbaharu ini berkeupayaan untuk menjana 224hp dan tork mencecah 385Nm lalu menjadikan model ini yang paling kilas. Model ini berupaya untuk memecut sepantas 0-100 km/j dalam masa 6.8 saat dengan potensi kelajuan maksimum sehingga 198km/j dengan pengunaan petrol yang rendah iaitu purata 2.1 liter bagi setiap 100km. Selain itu, model ini juga dilengkapi dengan julat pemanduan elektrik penuh sejauh 42km dengan kelajuan maksimum 120km/j.

MINI Countryman terbaharu ini juga boleh dicaj semula di rumah dengan soket kuasa yang disambung menggunakan Home Charging Cable dalam masa lebih kurang 5 jam (230V) bergantung kepada voltan elektrik grid kuasa kediaman tersebut; ataupun di salah satu daripada 270 fasiliti stesen mengecas awam yang terdapat di seluruh Malaysia untuk kira-kira 3:15 jam (230V), juga bergantung kepada voltan elektrik grid kuasa yang terletak di stesen tersebut.

Untuk menghargai pemilik-pemilik model MINI Countryman Plug-In Hybrid terbaharu ini, MINI Malaysia turut memperkenalkan pakej ChargeNow bersertakan MINI Public Charging Cables. Semua ini didatangi dengan 1 tahun langganan percuma untuk pengecasan tanpa had di mana-mana 270 stesen ChargeEV.

Kombinasi warna badan dan bumbung yang ditawarkan untuk model ini adalah merah (Chili Red), hijau (British Racing Green), kelabu (Thunder Grey), putih (Light White), warna perak (Melting Silver) dengan bumbung hitam; dan warna biru (Island Blue) yang dipadankan dengan bumbung putih.

Bantuan Tepi Jalan MINI.
MINI Countryman Plug-In Hybrid terbaharu ini dilindungi dengan program Bantuan Tepi Jalan MINI selama 5 tahun. Program ini tersedia untuk kenderaan-kenderaan MINI terbaharu merangkumi senarai servis yang komprehensif termasuklah bantuan hotline serta merta dan atas talian untuk kemalangan dan bantuan 24 jam bagi sepanjang tahun, khidmat tunda kereta percuma (dalam lingkungan jarak 200KM dari kediaman), kenderaan ganti, mobiliti lancar, penginapan, solusi perkhidmatan mobiliti dan perkhidmatan penghantaran balik.

Tambahan pula, plug-in hybrid daripada variasi MINI Countryman terbaharu ini juga menawarkan jaminan bateri yang sah selama 6 tahun atau untuk jarak perbatuan sehingga 100,000km.

Program Bantuan Tepi Jalan MINI ini boleh diakses melalui talian 1800-88-8808.

Servis Atas Talian MINI.
Temu janji servis dapat dilakukan dengan lebih mudah kerana program servis atas talian ini membolehkan pelanggan menguruskan jadual servis kenderaan mereka terus dengan pengedar MINI berdekatan yang sah di www.service.mini.my.

Pembiayaan MINI.
Model terbaharu MINI Countryman Plug-In Hybrid yang dipasang di dalam negara ini boleh dimiliki dengan Program MINI Full Circle. Dengan margin pembiayaan sebanyak 80%, pembiayaan untuk pemilikan jentera MINI Countryman terbaharu ini bermula dari RM 3,088.00 setiap bulan.

MINI Countryman Plug-In Hybrid terbaharu ini boleh didapati di kesemua pengedar sah MINI di seluruh negara mulai Jumaat, 6 April 2018; serta di Roadshow Volts & Vibes yang akan berlangsung pada 13 April hingga 24 Jun.

Harga jualan (atas jalan untuk pendaftaran perseorangan tanpa insuran) bagi MINI Countryman terbaharu dengan jaminan perbatuan tanpa had selama 4 tahun yang disertakan servis berjadual percuma ialah:

Countryman Plug-In Hybrid MINI: RM 255,888.00

Untuk maklumat lanjut mengenai model MINI Countryman Plug-In Hybrid ini, sila layari www.mini.my.

About MINI
MINI is the most sophisticated premium automotive brand in the world! Full of ideas and with pure passion for life. An unparalleled success story in the automotive industry, MINI is more than just a car. MINI is an icon. MINI began its life on August 26, 1959. Designed by Sir Alec Issigonis, MINI was in its purest form a car that was creative, focused, agile and appealing to everyone. In popular culture, MINI was a star and amazed everyone with its world-class performances at the Monte Carlo rallies, sealing its place in the pages of automotive history. With distinctive and sophisticated design that stands out from the crowd, MINI is Inventive, Inspiring and Engaging. More details on MINI are available at www.mini.my. Be moved, even if it is just a virtual visit.

The BMW Group
With its four brands BMW, MINI, Rolls-Royce and BMW Motorrad, the BMW Group is the world’s leading premium manufacturer of automobiles and motorcycles and also provides premium financial and mobility services. The BMW Group production network comprises 31 production and assembly facilities in 14 countries; the company has a global sales network in more than 140 countries.

In 2017, the BMW Group sold over 2,463,500 passenger vehicles and more than 164,000 motorcycles worldwide. The profit before tax in the financial year 2016 was approximately € 9.67 billion on revenues amounting to € 94.16 billion. As of 31 December 2016, the BMW Group had a workforce of 124,729 employees.

The success of the BMW Group has always been based on long-term thinking and responsible action. The company has therefore established ecological and social sustainability throughout the value chain, comprehensive product responsibility and a clear commitment to conserving resources as an integral part of its strategy.

Website: www.bmwgroup.com
Facebook: http://www.facebook.com/BMWGroup
Twitter: http://twitter.com/BMWGroup
YouTube: http://www.youtube.com/BMWGroupview
Google+: http://googleplus.bmwgroup.com

About BMW Malaysia Sdn. Bhd
BMW Group Malaysia is the representative of Bayerische Motoren Werke (BMW) AG in Malaysia with activities that cover the wholesale of BMW, MINI and BMW Motorrad vehicles, spare parts and accessories as well as the overall planning of sales, marketing, after-sales, and other related activities in Malaysia. The organisation’s presence in the country includes its National Sales Centre (NSC) in Cyberjaya and BMW Assemby Facilities at the Kulim Hi-Tech Park, Kedah which supports the Malaysian region as well as the BMW Group Data Centre (GDC), BMW Group Regional Training Centre (RTC) in Cyberjaya and BMW Group Parts Distribution Centre (PDC) at the Free Industrial Zone of the Senai International Airport in Senai, Johor which supports 22 markets in the Asia-Pacific region. BMW dealership network covers 39 outlets in various cities in Malaysia.

Website: www.bmw.com.my
Facebook: http://www.facebook.com/BMW.Malaysia
Instagram: http://www.instagram.com/bmwmalaysia
YouTube: http://www.youtube.com/bmwMYS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MINI Malaysia Lancar MINI Cooper S Countryman Sports Terbaharu

OPPO Malaysia Bakal Perkenal Duta Selfie OPPO F7 Terbaru