in

Mini Carnival Karyaone 2017 Platform Bakat Baru Perkenal Diri

Bakat baru yang muncul bagaikan cendawan kini pastinya mencari-cari ruang untuk memperkenalkan diri mereka kepada peminat industri seni. Mini Carnival bersempena Minggu KaryaONE Bersama Alumni 2017 juga menjadi piihan bakat baru seperti Taleeb Mizad dan Amir Hasan untuk mendekatkan diri dengan peminat mereka.

Taleeb yang juga juga graduan bidang senibina dari salah sebuah universiti awam berkata beliau sentiasa mencari peluang untuk mendekatkan diri bersama peminat.

POSTER

“Walaupun saya pernah aktif bersama kumpulan nasyid HIjjaz, pengalaman saya masih lagi kurang dan saya harap untuk dapat lebih banyak pendedahan terhadap penglibatan saya dalam arena seni di Malaysia,” katanya yang juga adalah pelantun suara untuk lagu Untuk Sekali Ini, lagu tema untuk filem Jibam.

Sementara itu, Amir Hasan yang tular hasil video nyanyiannya di Twitter berkata beliau bertuah kerana media sosial telah membuka banyak peluang untuk dirinya dikenali di Malaysia.

“Saya baru sahaja menandatangani kontrak rakaman bersama Warner Music. Saya berharap untuk bertahan lama dalam industri seni di Malaysia,” ujarnya lagi yang aktif di Instagram (https://www.instagram.com/amrhsn_/) dan YouTube.

Pengarah Projek Mini Carnival bersempena Minggu KaryaONE Bersama Alumni 2017, Puan Hafizah Rosli berkata Mini Carnival ini akan berlangsung daripada 12 sehingga 17 Disember, bermula jam 9.00 pagi sehingga 8 malam.

“Taleeb dan Amir akan mengadakan persembahan pada 13 Disember 2017 nanti. Taleeb akan membuat persembahan dari jam 12.20 tengahari – 2.00 petang; dan Amir akan membuat persembahan dari 3.30 petang – 5.00 petang,” katanya yang menjemput peminat-peminat Taleeb dan Amir boleh datang untuk berjumpa dan beramah-mesra bersama mereka.

Mini Carnival ini dianjurkan bersempena dengan Minggu KaryaONE Bersama Alumni 2017 untuk meraikan 20 tahun penubuhan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA). Acara juga akan berlangsung dari 12 sehingga 17 Disember 2017 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC).

Antara program- program yang berlangsung adalah FiTA KaryaOne Awards, Malam Promosi Filem Badang, Wacana Seni, Animation Kingdom, Pameran Fotografi Nostalgia FiTA dan banyak lagi.

TALEEB2

Antara yang menarik adalah acara Lantai Dagang. Ia merupakan satu acara tarian yang mempersembahkan pelbagai bentuk persembahan tradisional. Pada siri ketiga acara Lantai Dagang ini, tema “Sayang Disayang” di angkat bagi menerapkan nilai kasih sayang sesama insan, warisan, adat dan budaya. Acara akan berlangsung dalam konsep santai. Antara persembahan yang akan dipersembahkan adalah dikir barat, ghazal, tarian tradisional dan banyak lagi.

AMIR2

Anuar Zain bersama rakan-rakan artis, Faizal Tahir, KRU, dan Akim & The Majistret pula menjayakan Konsert Emoji anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 16 dan 17 Disember ini bertempat di di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Harga tiket bermula dari RM50, RM100, RM200, RM300, RM400 & RM500. Untuk hubungi tempahan tiket, sila hubungi 01162212139, 0146137001 atau 0108318328 atau tempah secara atas talian menerusi https://easytix2u.com/.

Untuk maklumat lanjut mengenai Minggu KaryaONE Bersama Alumni 2017 sila –

Layari laman sesawang rasmi KaryaOne : http://karyaone.com/
Layari laman sesawang rasmi FiTA : http://fita.uitm.edu.my/v4/index.php/en/
Like Facebook – https://web.facebook.com/karyaonefita/
Follow Twitter – https://twitter.com/karyaonefita
Follow Instagram – https://www.instagram.com/karyaonefita/

TALEEB1

KARYAONE 2017 - TENTATIF UPD 6 DIS 2017

AMIR1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Xiaomi Buka Mi Store Ketiga di Putrajaya & Umum Gajet Terbaharu Redmi 5A

Tauke Jambu Sah Bergelar Suami Kepada Nadia