in , ,

Minggu Kanser Suria Dapat Sokongan Positif

Minggu Kanser Suria yang berlangsung bermula pada 25 Februari lepas mendapat sokongan dan maklum balas positif daripada pendengar. Jom baca ulasan lanjut tentang acara ini.

Pendengar yang hadir disajikan dengan pelbagai pengisian menarik seperti informasi dan PSA mengenai penyakit-penyakit Kanser dan perkongsian kisah melawan kanser daripada tetamu jemputan seperti selebriti Elyana, wartawan hiburan Fiza Kamarudin dan Rudy Imran serta beberapa orang ‘cancer survival’. 

Minggu Kanser Suria

Penyampai-penyampai Suria seperti Issey, Fizi Ali, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin turut berkesempatan melakukan lawatan ke Wad Penjagaan Harian di Institut Kanser Negara (IKN) pada 26 Februari yang lepas dan mengagihkan pek penjagaan kebersihan kepada pesakit-pesakit serta beramah mesra bersama mereka.

“Alhamdulillah, segala pengisian yang kami berikan selama seminggu ini memberi kesan yang mendalam bukan sahaja untuk pendengar, malah untuk kami sendiri di Suria apabila kami melawat ke IKN bertemu dua mata bersama menghiburkan mereka-mereka yang hadir membuat rawatan.”

“Jika lihat pada maklum balas yang kami terima melalui komen di media sosial Suria Malaysia dan juga di WhatsApp Suria Malaysia, ramai yang menyatakan pengisian sebegini sangat berguna dan memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang penyakit kanser. Dan Suria juga mempunyai beberapa perancangan dalam memberikan pengisian seumpama ini malah lebih lagi khusus untuk pendengar setia Suria pada masa akan datang,”

– Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd Majid (DJ Lin)
Minggu Kanser Suria

Tetamu jemputan iaitu Dr Hafizah Zaharah Ahmadyang merupakan Pakar Onkologi di Institut Kanser Negara turut menyata pandangan tentang kelebihanpengisianMinggu Kanser Suria ini dimana ia memberi inspirasi dan kekuatan kepada semua pesakit dan ahli keluarga pesakit yang berhadapan dengan kanser. 

“Mesej yang hendak disampaikan adalah anda tidak berseorangan dalam perjuangan ini. Jangan biarkan kanser membunuh harapan, kerana ia tidak akan dapat membunuh persahabatan, tidak akan mendiamkan keberanian, tidak akan menembusi jiwa dan juga tidak akan menewaskan semangat,”

– Dr Hafizah

Malah, selebriti Elyana yang ditemubual di segmen Suria Petang pada Khamis lepas turut memuji initiatif Suria dalam memberikan informasi tentang penyakit kanser kepada orang ramai dan menjemput pesakit-pesakit kanser sebagai tetamu bagi berkongsi kisah sekaligus memberikan motivasi dan semangat positif kepada pesakit2 kanser di luar sana. 

Minggu Kanser Suria

Terbaru, sempena menyambut Hari Wanita Sedunia, Suria lagi sekali menawarkan pengisian menarik menerusi segmen Team Pagi Suria di mana penyampai Fizi Ali dan Issey akan menemuramah beberapa orang selebriti wanita yang berbeza bidang karier mereka dalam Minggu Bunga Suria. 

Dengarkan perkongsian daripada tetamu jemputan antaranya Heliza Helmi (Penyanyi & Sukarelawan), Tyra Kamarulzaman (Usahawan Muda & ‘Influencer’), Leftenan Maritim Aida Azahari (Pegawai Pemerintah KM Nyalau), Soffwany Yusoff (Pegawai Polis & Penyanyi) dan beberapa orang selebriti wanita lain menerusi segmen Team Pagi Suria setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi bermula 4 Mac ini. 

Dapatkan juga maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria www.suria.mydan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. Gunakan #SuriaMalaysia untuk sebarang interaksi berkaitan Suria di laman sosial. 

Minggu Kanser Suria
Minggu Kanser Suria
Minggu Kanser Suria
Minggu Kanser Suria
Minggu Kanser Suria
Minggu Kanser Suria
Minggu Kanser Suria
Minggu Kanser Suria

Mengenai Suria FM

Suria adalah sebuah stesen radio swasta yang dikendalikan oleh Kumpulan Radio Star Media, sebuah syarikat milik Star Publications (M) Berhad. Suria beroperasi secara rasminya pada tahun 2007. Suria mensasarkan pendengar Melayu yang berada di bandar dan juga luar bandar. Stesen radio Suria FM yang mempunyai 1.7 juta jumlah pendengar ini menyiarkan campuran pelbagai lagu kegemaran sepanjang masa dari pertengahan 90-an sehingga yang terkini. 

Kini Suria telah memperluaskan platform menerusi siri jelajah (on ground) & digital di mana pelbagai hiburan serta siri original berbentuk visual terdapat di laman rasmi www.suria.my yang boleh ditonton pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Ikuti Suria di frekuensi berikut:- 105.3 FM Lembah Klang | 106.9 FM Perlis, Kedah, Pulau Pinang | 91.7 FM Taiping | 96.0 FM Ipoh | 102.4 FM Kuala Terengganu | 106.1 FM Kota Bahru | 96.1 FM Kuantan | 88.5 FM Melaka, Johor Utara | 107.0 FM Seremban | 101.4 FM Johor Bahru | 105.9 FM Kota Kinabalu

Mengenai Kumpulan Radio Star Media (SMRG) 

Merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Star Media Bhd, Kumpulan Radio Star Media Sdn Bhd merupakan antara penyiar radio terkemuka di Malaysia. Kumpulan Radio Star Media kini memiliki dan mengendalikan satu stesen radio berbahasa Melayu, Suria dan satu stesen radio berbahasa Cina, 988 FM.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang MISS LAWAK

Zamani Lancar Single Terbaharu ADUH Ciptaan Faizal Tahir