in , , ,

Min Yasmin & Julfekar Bakal Nikah Pada 4 April Ini

Seperti yang dijanjikan, Budiey adalah antara blogger terawal yang diberitahu tentang berita gembira daripada komposer terkenal Julfekar Ahmad Shah (49 tahun) dan penyanyi bersuara lantang Min Yasmin (25 tahun) yang mana pasangan ini bakal diijabkabulkan pada 4 April 2014, hari Jumaat jam 3.30 petang. Majlis akad nikah Min Yasmin dan Julfekar akan diadakan di Masjid Kota Damansara sejurus selepas solat Jumaat.

min yasmin

Majlis Nikah Min Yasmin & Julfekar

[dropcap]S[/dropcap]ekarang ini, Min Yasmin atau nama sebenarnya, Nurul Yasmin Abdul Aziz dan Julfekar sedang sibuk buat persiapan untuk hari bahagia mereka termasuklah menjemput rakan-rakan dan keluarga dengan mengedarkan kad jemputan kahwin untuk ke majlis raja sehari mereka.

[pullquote]Selain itu, Budiey diberitahu, Min juga ke Singapura untuk mengurus hal-hal kahwin termasuk wali di sini. Manakala, permohonan nikah sebelah Julfekar pula sudah pun diluluskan. Syukur Alhamdulilah.[/pullquote]

Min Yasmin juga turut memberitahu, majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan berlangsung pada 5 April 2014 di Kota Damansara. Manakala, majlis resepsi sebelah pengantin lelaki atau sambut menantu pula kemungkinan besar dijadualkan berlangsung pada 13 April 2014 di Ndah Mahligai Shah Alam bertemakan My White Garden.

Budiey doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar. Waah, akhirnya nikah juga pasangan ini. Tak silap Budiey, abang Julfekar dah enam tahun hidup menduda dan beliau sudah ada empat orang anak dan dua cucu.

Sama-samalah kita doakan semoga hubungan mereka bahagia hingga ke akhir nyawa. Amin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Banyak Acara Hiburan Ditangguhkan Untuk Hormati MH370

Kad Touch N Go Edisi Khas Filem Zombi Kilang Biskut