in , ,

Miliki Telefon Impian Dengan Samsung Wallet Tanpa Bebankan Dompet Anda

Gunakan Samsung Wallet Untuk Raih Ganjaran, Jimat Kos & Miliki Gajet Terkini Tanpa Rasa Bersalah

Bayangkan satu dunia di mana anda berbelanja seperti biasa, tapi dalam masa yang sama anda mengumpul mata ganjaran untuk beli telefon pintar baharu, aksesori trendy, atau tablet tanpa perlu korek tabung simpanan. Kedengaran mustahil? Tidak dengan Samsung Wallet.

Setiap kali anda buat bayaran harian menggunakan Samsung Wallet — sama ada untuk beli nasi campur RM6 atau kopi pagi RM3.50 — anda secara automatik mengumpul mata ganjaran Samsung Rewards. Walaupun nilainya kecil, jika dikumpul secara konsisten setiap bulan, hasilnya boleh buat anda senyum sampai telinga.

Dapatkan Galaxy A56 5G Dengan Hanya 1% Harga Asal

Sebagai contoh, Samsung Galaxy A56 5G yang berharga RM1,999 nampak seperti satu pembelian yang besar, terutamanya bagi pelajar atau mereka yang baru mula bekerja. Tapi dengan hanya menggunakan Samsung Wallet setiap hari, anda boleh mengumpul sehingga 2,000 mata setiap bulan.

Dengan 65,967 mata (yang boleh dikumpul dalam anggaran 33 bulan), anda hanya perlu bayar RM19.99 sahaja untuk miliki Galaxy A56 5G! Bayangkan beli telefon flagship dengan harga sepinggan pasta di restoran mewah.

KV - Samsung Wallet Rewards

Aksesori Dan Gajet Lain Pun Boleh Tebus Guna Mata

Bukan telefon pintar sahaja yang boleh ditebus. Kalau anda mengidamkan Galaxy Buds3, hanya perlu 16,467 mata dan tambah RM4.99 sahaja. Lepas guna Samsung Wallet selama 8 bulan, anda dah cukup mata untuk tebus! Daripada earbud, pengecas pantas, hingga ke casing telefon, semua boleh dapat dengan hanya 1% bayaran tunai, selebihnya guna mata ganjaran.

Berikut adalah senarai produk dan anggaran tempoh untuk cukupkan mata:

NoProdukHarga (RM)99% Mata (Pts)1% Bayaran (RM)Tempoh Anggaran (bulan)
1Galaxy A56RM1,99965,967RM19.9933
2Galaxy Tab A9 (LTE, 8.7″)RM59919,767RM5.9910
3Galaxy Buds3RM49916,467RM4.998
4Galaxy Buds FERM39913,167RM3.997
5Galaxy Fit3RM2999,567RM2.995
6Pengecas 45WRM2197,227RM2.194
7Powerbank 10,000mAhRM1595,247RM1.593
8Galaxy SmartTag2RM1494,917RM1.492
9Pengecas 25W (tanpa kabel)RM892,937RM0.891
10Casing Galaxy A56RM692,277RM0.691

Cara Mudah Untuk Tebus Mata Ganjaran Samsung Rewards

Nak tebus mata pun mudah je. Ikuti langkah-langkah ini:

  1. Layari laman Samsung dan pilih produk yang anda mahu.
  2. Klik “Buy Now” atau “Add to Cart”.
  3. Masuk ke ‘Cart’ dan terus ke ‘Checkout’.
  4. Log masuk guna akaun Samsung anda.
  5. Pada bahagian pembayaran, pilih “Samsung Rewards”.
  6. Masukkan alamat penghantaran & bil, pilih jumlah mata yang nak ditebus.
  7. Klik “Place Order” dan siap!

Anda boleh tebus sehingga 99% daripada harga pembelian menggunakan mata Samsung Rewards.

Tambahan Rebat RM200 Untuk Model Galaxy A Terpilih Sehingga 31 Mei 2025

Samsung turut beri REBAT RM200 untuk setiap pembelian model berikut sehingga 31 Mei 2025:

ModelRAM + StoranHarga Asal (RM)RebatHarga Selepas Rebat
Galaxy A26 5G6+128GBRM1,199RM200RM999
Galaxy A26 5G8+256GBRM1,399RM200RM1,199
Galaxy A36 5G6+128GBRM1,499RM200RM1,299
Galaxy A36 5G12+256GBRM1,699RM200RM1,499
Galaxy A56 5G8+128GBRM1,999RM200RM1,799
Galaxy A56 5G12+256GBRM2,199RM200RM1,999

Untuk pembelian, klik pautan rasmi berikut:

Untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Wallet dan promosi terkini, layari:
https://www.samsung.com/my/apps/samsung-wallet/

Apa Kata Budiey?

Kalau dulu kita fikir nak beli telefon baharu kena tunggu bonus tahunan, sekarang semuanya boleh jadi lebih mudah dan mesra poket. Dengan Samsung Wallet, anda sebenarnya sedang menyimpan dalam diam, walaupun sedang berbelanja. Strategi ganjaran ini sangat bijak, terutamanya untuk pengguna yang mahukan teknologi terkini tanpa perlu terbeban dengan harga penuh. Bagi Budiey, ini bukan sekadar sistem ganjaran biasa, tapi satu “life hack” yang patut dimanfaatkan oleh semua pengguna bijak. Jadi, kenapa perlu tunggu lagi? Guna Samsung Wallet hari ini dan mula kumpul mata anda sekarang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lady Gaga Gegarkan Netflix Tudum 2025: Show Eksklusif Secara Live