in , ,

Miera Leyana Jawab Isu Didakwa Bermadu

RUMAH tangga yang belum sampai sebulan dibina pelakon Miera Leyana, 27, kini berdepan dugaan apabila dia didakwa bermadu.

Miera yang bernikah dengan lelaki pilihan dikenali Rosland Othman, 47, pada 26 Julai lalu dikaitkan sudah berkahwin dan memiliki tujuh anak perempuan. Segala dakwaan berkaitan suami Miera yang juga seorang  usahawan terkemuka itu didedahkan dalam satu video di YouTube yang tular.

Tak menafikan mahupun mengiyakan dirinya isteri kedua, Miera berkata sesiapa sahaja bebas membuat andaian sebegitu.

“Namun adilkah untuk membuat spekulasi negatif pada sebuah perkahwinan yang baru dibina?

Miera Leyana

“Sebagai umat Islam, kita semua percaya soal jodoh itu rahsia Allah. Begitu jugalah, ikatan perkahwinan saya dan suami.

“Jadi, soal hidup bermadu itu, biarlah hanya kami sahaja yang tahu. Namun, kini kami bahagia,”

– Miera Leyana

Miera juga menegaskan, dia dan suami tidak menganiayai hidup sesiapa dan spekulasi terbabit ditimbulkan oleh orang luar. 

Terdahulu,  Miera dan Rosland bernikah pada majlis mewah dan meriah yang diadakan di hotel terkemuka di ibu kota dengan kehadiran ramai tetamu kenamaan.

Miera Leyana

Meskipun jarak usia mereka 20 tahun, namun Miera mengaku jatuh cinta pada suaminya kerana keluhuran hati dan sikap matang dimiliki.

Menurut pelakon filem Apokalips X itu, dia dan suaminya juga tidak membuat perkara salah di sisi agama dan perkahwinan mereka direstui keluarga.

“Apapun, kami tak sorokkan perkahwinan ini. Secara terang-terangan, semua orang tahu saya berkahwin dengan Rosland dan kini menjadi isterinya,”

– Miera Leyana

Miera yang pernah dinobatkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 turut mengakui banyak belajar selok belok perniagaan daripada suaminya.

Sumber: Harian Metro

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

SonaOne & Kidd Santhe Belanja Kuey Teow Basah di Sesi Dengar Lagu KUEY TEOW

Pasangan Duo Syamel & Ernie Zakri Selamat Bertunang