in ,

Microsoft Secara Rasmi Melepaskan Windows 11 Untuk Pengguna

Microsoft hari ini secara rasminya melepaskan sistem operasi Windows 11 yang stabil buat semua pengguna. Kemas kini tersebut juga percuma buat pengguna yang sedang menjalankan Windows 10 dan melepasi kriteria yang diperlukan. Tunggu apa lagi! jom kemaskini sekarang!

Era baharu Microsoft bermula pagi ini dengan Windows 11 akhirnya boleh dimuat turun pada komputer peribadi yang melepasi spesifikasi minimanya. Untuk permulaan, Windows 11 akan ditawarkan sebagai kemas kini percuma untuk komputer Windows 10 yang  baharu dibeli, yang hadir dengan Windows 11 yang telah dipra-muatkan.

Selepas itu, Microsoft akan mula memperkenalkan kemas kini ini secara berperingkat dalam bulan-bulan akan datang, dan menyasarkan semua peranti yang menyokongnya, menerima Windows 11 menjelang pertengahan 2022 kelak.Bagi pengguna Windows 10 sedia ada, sekiranya peranti anda menyokongnya, anda akan menerima notifikasi melalui Windows Update apabila kemas kini tersedia untuk anda.

Microsoft Secara Rasmi Melepaskan Windows 11 Untuk Pengguna

Berdasarkan notifikasi yang dipaparkan, pengguna perlu menunggu butang kemas kini dapat dilihat kerana ia akan ditawarkan secara berperingkat dalam beberapa minggu lagi dari sekarang menerusi tetapan “Windows Update”.

Bagaimanapun, sekiranya anda baru sahaja membeli komputer riba yang sudah didatangkan dengan pra-pasang (pre-installed) Windows 11, anda boleh terus menaiktarafnya.

Windows 11 ialah sebuah lagi anjakan paradigma sistem operasi Microsoft yang sudah berusia 38 tahun. Selain rekaan yang lebih minimalis, taskbar yang disusun semula dan tumpuan yang lebih diberikan kepada sekuriti serta privasi. Ia juga kelak akan dapat menjalankan aplikasi Android terus dari dalam sistem operasi menerusi gedungnya yang tersendiri pada tahun 2022.

Melalui Windows 11, banyak perkara baharu yang diberikan Microsoft kali ini dari segi rekaan ikon, butang pintasan snap layout, Microsoft Store yang baharu dan banyak lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alyah Nafi Enggan Nyanyi Lagu Cinta, Cuma Tak Mahu Terlalu Meratap & Bersedih Hati

Cik Manggis jadi Hos Program Hello Trend, Terbaharu di TV Okey