in , ,

Pasti Gempak! Konsert MLTR Back On The Road Tour Live in Malaysia 2022

Dapatkan Tiket Anda Sekarang! Pakej Penginapan Ditawarkan Untuk Peminat Nikmati Cuti Inap Dan Konsert Satu Malam Kugiran Denmark Ini

Sudahkah anda bersedia untuk menyanyi dan menari bersama kumpulan muzik legenda dunia iaitu Michael Learns To Rock (MLTR)? 

Kumpulan dari Denmark itu kembali mengadakan persembahan satu malam di Malaysia dalam jelajah konsert mereka. 

Konsert MLTR Back On The Road Tour Live in Malaysia 2022, anjuran MIC Entertainment Group itu akan diadakan pada 22 Oktober 2022 (Sabtu), pukul 8.30 malam, di Arena of Stars, Resorts World Genting. 

Poster Mltr Back On The Road Tour Live In Malaysia 2022

Sudah pasti ketika persembahan MLTR, penonton akan dihiburkan dengan lagu-lagu hit kumpulan tersebut seperti “Take Me To Your Heart”, “25 Minutes”, “That’s Why You Go Away” dan “Paint My Love” oleh anggota kumpulan tersebut iaitu Jascha Richter, Mikkel Lentz dan Kåre Wanscher. 

Kumpulan yang berasal dari Aarhus, Denmark dan mula aktif sejak 1988 itu telah menghasilkan sembilan buah album rakaman studio dan 19 album kompilasi. Seiring dengan populariti lagu mereka, MLTR berjaya merangkul pelbagai anugerah emas, platinum dan multi-platinum. 

MLTR berjaya mencatat jualan melebihi 11 juta album di peringkat global dan lebih daripada enam juta lagu-lagu kumpulan tersebut dimuat turun secara berbayar. Malah muzik MLTR masih bertahan sehingga kini dan terus menjadi pilihan peminat untuk distrim dan ditonton menerusi platform digital di seluruh dunia. 

Sejak kemunculan mereka, MLTR sering memenangi pelbagai anugerah di banyak negara dan mereka telah mengadakan lebih daripada 600 konsert di pelbagai negara. Sehingga kini anggota kumpulan tersebut masih teruja untuk menghiburkan peminat mereka di seluruh pelosok dunia. 

Mltr Back On The Road Tour Live In Malaysia 2022 Seating Plan

Dapatkan tiket anda segera untuk menonton konsert MLTR Back On The Road Tour Live in Malaysia 2022 di www.rwgenting.com atau my.bookmyshow.com sekarang! Tiket-tiket berharga RM638 (VIP), RM588 

(PS1), RM388 (PS2), RM 238 (PS3) dan RM158 (PS4), semua harga tiket dikenakan yuran pemprosesan sebanyak RM4. 

Pakej hotel turut ditawarkan kepada peminat yang ingin menonton konsert itu sambil bercuti di Resorts World Genting dengan harga RM1,358 (VIP), RM1,278 (PS1) dan RM1,008 (PS2). Setiap pakej disertakan dengan dua keping tiket konsert, penginapan satu malam di Bilik Deluxe, Grand Ion Delemen Hotel dan baucar bernilai RM150 untuk makanan dan minuman. Sila lawati laman sesawang www.iondelemenhotels.com atau hubungi talian 03-64332299 untuk sebarang pertanyaan. 

Pastikan anda like dan follow MIC Entertainment Group di Facebook menerusi www.facebook.com/MICEntertainmentGroup untuk mengetahui berita dan perkembangan terkini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aini Mazalan

Aini Mazalan Tampil Dengan Single Pertamanya Bertajuk Sementara 

Najib Asaddok

Tular Digelar ‘Bisnes Air Liur’, Najib Asaddok Asalnya Orang Susah