in ,

Meta Umum Instagram Perkenal Ciri Repost & Peta Lokasi Baharu

Instagram Kini Menjadi Lebih Interaktif Dengan Fungsi Repost Dan Peta Lokasi Seperti TikTok Dan Snapchat, Membawa Pengalaman Sosial Ke Tahap Lebih Personal

Instagram sekali lagi mengorak langkah ke hadapan dengan memperkenalkan ciri-ciri baharu yang bukan sahaja ‘diciplak’ secara terang-terangan dari pesaing mereka, malah berpotensi mengubah cara pengguna berinteraksi dan berkongsi kandungan di platform ini. Kalau anda fikir Instagram dah cukup inovatif, tunggu dulu. Kali ini, mereka betul-betul ‘all out’ dengan ciri ‘Repost’ yang sangat mirip dengan TikTok, serta penambahan Instagram Map yang berkonsepkan peta ala Snapchat. Jujurnya, siapa sangka Instagram akan berani keluar dari kepompong gaya lama demi kekal relevan dan kompetitif?

Ciri Repost: Inspirasi Dari TikTok, Untuk Pengalaman Lebih Dinamik

Mulai hari ini, pengguna Instagram boleh berkongsi semula kandungan Reels dan sosial awam dengan menekan satu butang ‘repost’ sahaja. Fungsi ini membenarkan segala yang anda repost akan tersimpan kemas dalam satu tab khas ‘Repost’ di profil anda, seakan-akan ‘library’ untuk segala benda yang anda suka atau mahu orang lain nampak. Kandungan ini juga akan disyorkan kepada pengikut anda secara automatik, walaupun mereka sebenarnya tidak pernah mengikuti pencipta asal siaran tersebut.

Instagram Perkenal Ciri Repost Dan Peta Lokasi Baharu

Menariknya, setiap kali anda repost, kredit pencipta asal akan jelas tertera. Instagram seakan-akan mahu semua orang tahu, siapa pemilik karya sebenar di sebalik sesuatu Reels atau post. Untuk pencipta kandungan, ini berita baik – jika ada pengguna lain repost karya anda, kemungkinan besar karya anda akan ‘naik’ dalam feed pengikut baru, walaupun mereka tak pernah follow anda pun. “Kalau sebelum ni, nak viral susah, lepas ni, jalan cerita dah lain,” kata seorang pencipta kandungan yang sempat Budiey temubual secara spontan.

Selain itu, Instagram turut memperkenalkan ruang nota ringkas yang boleh ditambah dalam bentuk gelembung komen. Fungsinya, lebih mudah untuk menyampaikan pendapat, menambah punchline, atau sekadar bagi vibe tambahan kepada repost anda.

Instagram Map: Jelajah Lokasi Menarik, Gaya Baru Untuk Content Hunter

Tidak cukup dengan itu, Instagram turut mengumumkan ciri baharu dinamakan ‘Instagram Map’, yang mana jelas diinspirasikan daripada peta interaktif Snapchat. Melalui ciri ini, pengguna boleh berkongsi lokasi terakhir mereka dengan rakan, dan dalam masa sama, boleh melihat peta untuk meneroka pelbagai kandungan yang dikongsi oleh pencipta di lokasi-lokasi menarik dan penuh warna-warni.

Bagi kaki travel, food hunter atau content creator yang suka ‘check-in’ di lokasi-lokasi ikonik, fungsi ini memang wajib cuba. Anda bukan sahaja boleh lihat di mana kawan-kawan berada, malah boleh ‘stalk’ destinasi trending, cari port makan viral, atau sekadar cuci mata dengan gambar-gambar menarik di kawasan berbeza.

Paling penting, perkongsian lokasi adalah pilihan – bukan wajib! Anda boleh aktifkan atau matikan fungsi ini, tentukan sendiri siapa yang boleh tahu lokasi anda, atau pilih untuk tidak berkongsi lokasi di tempat tertentu atau dengan individu tertentu. “Saya suka sebab boleh kawal privasi, bukan semua benda kita nak share kan,” jelas seorang pengguna tegar Instagram yang ditemui Budiey.

Instagram Perkenal Ciri Repost Dan Peta Lokasi Baharu

Tab “Friends” Dalam Reels: FOMO Level Baru Untuk Semua

Satu lagi ciri tambahan yang diumumkan ialah tab “Friends” dalam Reels. Sekarang, pengguna boleh melihat secara terus kandungan awam yang telah disukai atau dikomen oleh rakan-rakan. Tab ini boleh diakses di bahagian atas antara muka Reels, memberikan peluang kepada pengguna untuk lebih mudah ‘catch up’ dengan apa yang tengah trending di kalangan circle mereka. Yang suka FOMO, memang akan selalu buka tab ni!

Apa Kata Budiey?

Kalau tanya Budiey, Instagram memang bijak bermain strategi. Mereka sedar, zaman sekarang pengguna suka yang pantas, mudah dan interaktif. Dengan memperkenalkan ciri repost dan Instagram Map, platform ini bukan sahaja menyaingi TikTok dan Snapchat, malah membuka peluang lebih luas untuk content creator dan pengguna biasa supaya lebih aktif dan kreatif dalam berkongsi kandungan.

Tapi, satu perkara Budiey nak ingatkan, walaupun semua benda makin senang nak viral dan trending, privasi dan originaliti tetap kena jaga. Jangan main copy-paste tanpa kredit, jangan lupa kawal lokasi yang dikongsi. Instagrambagi alat, kita sendiri kena bijak guna. Bak kata pepatah, “Kita yang kawal teknologi, bukan teknologi kawal kita.”

Dengan update terbaru ni, Budiey yakin Instagram akan terus kekal relevan – tapi dalam dunia sosial media, siapa lambat memang kena tinggal. Jadi, selamat mencuba semua ciri baru ni dan jangan lupa… berkongsi dengan gaya sendiri!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sofia Iman & Suria KLCC Raikan Warisan Negara di Kuala Lumpur Fashion Week