in , ,

Jom Meriahkan Aidilfitri Dengan Susunan Program Menarik Di TV3 & TV9

Meriahkan Aidilfitri Dengan Susunan Program Menarik & Penampilan Barisan Selebriti Popular Di TV3 & TV9

Di kala negara kita sedang beralih ke fasa endemik, umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadan serta menjalani ibadah berpuasa dalam keadaan lebih selamat dan selesa. 

Tidak lama lagi, bulan Syawal bakal tiba dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang meriah pasti didambakan oleh rakyat Malaysia setelah dua tahun kita terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga dan sanak saudara susulan ancaman pandemik Covid -19. 

Bertemakan ‘Seikhlas Hati’, sambutan Hari Raya Aidilfitri dimeriahkan dengan susunan program menarik dan barisan selebriti popular tanah air sepanjang dua minggu pertama di bulan Syawal di TV3 dan TV9. Antaranya, Datuk Rosyam Nor, Aina Abdul, Haqiem Rusli, Nabila Razali, Hael Husaini, Andi Bernadee, Meerqeen, Redza Rosli, Raysha Rizrose, Aprena Manrose, Fauziah Latiff, Janna Nick, Nora Danish, Intan Ladyana, Nina Fazurina, Kenchana Devi, Beego, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Shila Amzah, S.O.G, Ain Edruce, Izzue Islam, Datin Paduka Eina Azman dan ramai lagi! 

Gandakan kemeriahan sambutan lebaran anda bersama-sama barisan selebriti popular Malaysia yang menjayakan program-program hiburan di TV3 seperti Sampaikan Raya, Melodi Raya 2022, I Can See Your Voice Malaysia 5 (Episod 1: Edisi Raya), Master In The House Malaysia Raya, tonton Soundstage: Shila Amzah & Friends, J.K.K Raya dan Al Kisah Pak Kodi 5G. 

Samarinda_ Kerana Aku Isteri Bidaan (Poster)

Tahun ini, sudah pasti ramai yang berkumpul dengan keluarga tersayang untuk persiapan hari raya di malam raya. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program Sampaikan Raya yang dihoskan oleh Janna Nick dan Andi Bernadee pada 2 Mei 2022, pukul 11.00 malam di TV3.

Saksikan perkongsian persiapan hari raya daripada Shuib dan anak-anaknya serta pasangan Fizo Omar dan Fareeza Nazri Azrai, ucapan Hari Raya dari perantauan dan juga persembahan istimewa oleh Junainah M. Amin, Ramlah Ram, Ella, Aina Abdul, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Nabila Razali, Khai Bahar, Shila Amzah, S.O.G, Marsha Milan, Wany Hasrita, Tajul, Afieq Shazwan, Wany Hasrita, Floor 88 dan Iman Troye. 

Program inspirasi Tanyalah Ustaz Raya mengupas topik-topik keagamaan yang menarik untuk tatapan seisi keluarga di TV3 dan TV9. Istimewa raya pertama bersiaran dari 6.30 pagi (3 Mei 2022), ikuti Da’i Aiman, Ustaz Jafri Abu Bakar dan Ustaz Nik Kamaruddin Yunoh membincangkan topik Silaturahim yang Terputus. Tanyalah Ustaz Raya diteruskan pada minggu pertama raya dengan penambahan segmen lebih istimewa. Panel undangan akan menyediakan juadah raya sambil membincangkan topik-topik menarik bersama artis jemputan. 

Program bual bicara popular TV3, Malaysia Hari Ini (MHI) akan bersiaran selama dua jam dari pukul 8.00 pagi hingga 10.30 pagi di Hari Raya pertama (3 Mei 2022) dengan membincangkan pelbagai topik sambutan Hari Raya Aidilfitri serta lintas langsung Takbir Raya, solat raya dan khutbah raya dari masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail. MHI Raya diteruskan pada hari keesokannya dengan topik-topik raya menarik dengan barisan pengacara MHI yang ceria dan bertenaga! 

999 Raya yang bersiaran pada 3 Mei 2022, pukul 9.00 malam menampilkan anggota polis IPD Sepang yang terpaksa bertugas ketika banjir walaupun rumahnya ditenggelami air, seorang anggota bomba di Melaka terkorban ketika menyelamatkan mangsa banjir dan Polis Marin yang bertugas ketika syawal. 

Meriahkan Aidilfitri anda dengan mini siri raya menarik di TV3 dan TV9 iaitu Puteri Reunion, Wan Senja, dan Misi Anak Bulan di minggu pertama Syawal. Istimewa buat peminat setia sitkom popular Puteri, mini siri Puteri Reunion akan menemui penonton TV3 dari 3 Mei hingga 6 Mei 2022, pukul 10.30 pagi untuk 4 episod. Sudah pasti ramai yang merindui telatah lucu Puteri dan rakan-rakannya iaitu Kamala, Nadia, Anita dan Roslan dan ingin tahu tentang khabar baharu mereka. 

Akasia_ Bisik Bisik Gelora (Poster)

Selepas Puteri Reunion, penonton TV3 disajikan dengan sebuah antologi raya, Wan Senja lakonan hebat daripada Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Ali Reza Kavoossi, Nabila Razali, Wan Sharmila, Syazuwan Hassan, Fify Azmi, Datin Fadilah Mansor, Isyariana dan Aniq Suhair dari 3 Mei hingga 6 Mei 2022, jam 11.30 pagi untuk 4 episod. Wan Senja mengisahkan tentang Hajah Rohimah berusaha mempertahankan kebahagiaan yang semakin menghakis dalam dua dunianya iaitu sebagai ibu dan guru. 

Misi Anak Bulan lakonan Datin Paduka Eina Azman, Aiman Badrul, Idris, Nur Dania Miazara, Ali Aiman, Haziq Cilik, Nina Fazurina, Ezad Lazim, Syed Ali dan Natasha Elyzza akan menemui penonton TV9 pada 4 Mei hingga 8 Mei 2022, pukul 6.00 petang untuk 5 episod. Mengisahkan tentang Aiman yang mengikut ibunya Wani seorang jururawat yang telah dinaikkan pangkat dan diarahkan berpindah ke klinik kesihatan di kampung. Aiman pada mulanya tidak suka tinggal di kampung mula berubah hati apabila dia melihat sekumpulan kanak-kanak bermain berdekatan rumahnya. Mereka agak berat hati untuk berkawan dengan orang baharu seperti Aiman. Setelah Aiman memberitahu dia memiliki sebuah teropong yang boleh melihat anak bulan, mereka semua amat teruja kerana mereka ada terdengar perbualan dari penduduk kampung bahawa jikalau hendak raya, perlu pastikan anak bulan muncul dahulu. 

Kemeriahan Aidilfitri diserikan lagi dengan susunan telefilem menarik yang menampilkan artis-artis popular tanah air. Di TV3, nantikan siaran Sempurna Mencintaimu (Redza Rosli, Intan Najuwa), Sakanak (Farid Kamil, Tiz Zaqyah), Ayahanda – Ibrah Ramadan (Jalil Hamid, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Noorkhiriah, Shahz Jaszle, Hairi Safwan, Rita Nadira, Tasha Shilla), Artis Pujaanku Mai Raya (Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Sheila Mambo, Hairi Safwan, Faezah Elai, Hattan), Hantu Karaoke (Hazama, Nabila Razali), Misteri Pakcik Lumpur (Kazar, Zul Huzaimy), Misteri Lain Macam (Sissy Imann, Nadzmi Adhwa, Didie Alias, Azhan Rani), Villa Untuk Bella (Keith Foo, Yuna Rahim, Farhan Asri), dan Bini – Bini Lockdown (Afdlin Shauki, Nasha Aziz, Datin , Datin Paduka Eina Azman, Sangeeta). TV9 pula akan menyiarkan Jangan Malu Menangis (Datuk Rosyam Nor, Fauziah Latiff, Ozlynn Waty Ismail, Aprena Manrose, Harissa Adlynn), Cikgu Nerd (Zoey Rahman, Puteri Sarah Liyana) dan Hari-Hari, Hari Raya (Muntazar Ghufran, Zila Bakarin, Zalif Sidek, Lan Siro). 

Tidak ketinggalan TV3 juga akan menyiarkan siri filem Men In Black pada minggu pertama Syawal, iaitu Men In Black, Men In Black 2, Men In Black 3, dan Men In Black International. 

 Untuk kaki drama, jangan ketinggalan untuk terus menyaksikan siri baharu di slot drama popular TV3 dan TV9 iaitu Samarinda: Kerana Aku Isteri Bidaan (Hisyam Hamid & Scha Elinnea), Akasia: Bisik Bisik Gelora (Redza Rosli dan Raysha Rizrose), Lestary: Melur Untuk Firdaus (Meerqeen, Anna Jobling), Diandra: Ada Apa Dengan Saka (Syazwan Zulkifly & Shiha Zikir) dan Air Mata Allisya (Keith Foo & Sophia AlBarakbah). 

Copy Of Ws6

Khusus buat penonton cilik, TV9 juga akan menyiarkan siri animasi istimewa Mina Mila: Kata Raya pada Hari Raya pertama, pukul 6.00 petang. Dengarkan celoteh comel kembar seiras Mina dan Mila tentang perlunya kerja keras dan usaha untuk menyambut kemeriahan beraya. Saksikan juga Peningnya Raya OhBulan!, program berkonsepkan sitkom dan bual bicara menampilkan hos – hos OBTV bersama-sama artis undangan Yassin Senario dan Aya Amiruddin. Ia mengisahkan situasi dan masalah penduduk kampung yang tidak dapat beraya kerana paip air pecah. 

Laman web rasmi kempen Seikhlas Hati iaitu http://www.xtra.com.my/seikhlashati turut menyediakan koleksi e-Kad Seikhlas Hati yang menampilkan 16 selebriti popular boleh dimuat turun dan kongsi di sosial media. Ikuti juga artikel – artikel menarik dan tips Ramadan, resipi makanan serta restoran yang menyediakan buffet menarik sepanjang Ramadan, senarai program menarik Ramadan dan Raya di TV3 dan TV9, ucapan serta kata-kata mutiara daripada selebriti popular dan juga paparan menarik di sebalik penggambaran video bagi kempen Seikhlas Hati di laman web tersebut. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3 & TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia. 

Program Hiburan Raya TV3 

Sampaikan Raya, 2 Mei 2022, 11.00 malam
Hos: Janna Nick, Andi Bernadee
Tahun ini, sudah pasti ramai yang berkumpul di rumah untuk persiapan hari raya di malam raya. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program Sampaikan Raya yang dihoskan oleh Janna Nick dan Andi Bernadee. Saksikan perkongsian persiapan hari raya daripada Shuib dan anak-anaknya serta pasangan Fizo Omar dan Fareeza Nazri Azrai, ucapan Hari Raya dari perantauan dan juga persembahan istimewa oleh Junainah M. Amin, Ramlah Ram, Ella, Aina Abdul, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Nabila Razali, Khai Bahar, Shila Amzah, S.O.G , Marsha Milan, Wany Hasrita, Tajul, Afieq Shazwan, Wany Hasrita, Floor 88 dan Iman Troye. 

Melodi Raya 2022, 8 & 15 Mei 2022, 12.30 tengah hari
Hos: Nabila Huda
Dibintangi oleh drama queen Nabila Huda sebagai Nenek Wok, Melodi Raya 2022 membawakan konsep muzikal MELO”DRAMA”DI Raya yang berlatar-belakangkan sebuah kampung bernama Kampung Melodi. Apakah berita-berita panas dan gosip terkini yang bakal dikongsikan? Juga dibintangi oleh Kilafairy, Donna Muslim, Wafiy Aan, Bell Ngasri, Anne Ngasri dan ramai lagi. ` 

Master In The House Malaysia Raya, 7 Mei 2022, 9.00 malam
Selebriti: Hael Husaini, Andi Bernadee, Sharifah Rose, Scha Elinnea, Meyrasam, Sean Lee, Dato’ Chef Wan
Members MITH Malaysia, Hael Husaini, Andi Bernadee, Sharifah Rose, Scha Elinnea, Meyrasam dan Sean Lee meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama Dato’ Chef Wan berserta artis undangan misteri dengan suasana yang paling meriah, lucu dan gila-gila. Belajar resipi masakan raya daripada master Dato’ Chef Wan yang terkenal dengan skil masakan beliau di persada antarabangsa. 

tonton Soundstage: Shila Amzah & Friends, 7 Mei 2022, 10.00 malam
Selebriti: Shila Amzah, Fara Fauzana, Jihan Muse, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan S.O.G
Program berdurasi satu jam ini mengisahkan perjalanan kerjaya Shila Amzah sebagai seorang penyanyi dan meraikan muzik bersama-sama dengan rakan-rakannya di industri hiburan iaitu Fara Fauzana, Jihan Muse, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan S.O.G. Selain perkongsian menarik daripada Shila Amzah dan rakan-rakannya, saksikan juga persembahan menarik daripada mereka yang membawakan lagu-lagu popular, antaranya, Memori Tercipta, Patah Seribu, Beribu Sesalan, Pelukan Angkasa dan Seikhlas Hati, lagu raya oleh Shila Amzah dan S.O.G bersempena dengan kempen Seikhlas Hati Media Prima. 

Al Kisah Pak Kodi 5G, 7 Mei 2022, 11.00 malam
Pelakon: Ropie, Naim Daniel, Sarah Suhairi
Saksikan keletah lucu Pak Kodi dengan dua anak saudaranya, Naim dan Sarah dalam rutin harian yang pasti membuatkan penonton tak kering gusi menontonnya. 

I Can See Your Voice Malaysia 5 (Episod 1: Edisi Raya), 8 Mei 2022, 9.00 malam
Selebriti: Izzue Islam, Ain Edruce, Datuk Rosyam Nor, Andi Bernadee, Janna Nick, Naim Daniel, Tajul, Zulin Aziz, Kilafairy dan Shiha Zikir.
I Can See Your Voice Malaysia kembali untuk musim kelima dengan barisan hos dan panel penyiasat baharu. Dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce, I Can See Your Voice Malaysia 5 menampilkan Datuk Rosyam Nor, Andi Bernadee dan Janna Nick sebagai panel penyiasat tetap. Saksikan episod istimewa edisi Raya yang menampilkan Naim Daniel dan Tajul sebagai artis jemputan. Berjayakah mereka mengenal pasti siapakah penyamar bersuara sumbang dalam kalangan barisan penyanyi misteri dengan bantuan panel penyiasat tetap dan juga penyiasat jemputan iaitu Zulin Aziz, Kilafairy dan Shiha Zikir. 

J.K.K Raya, 8 Mei 2022, 10.30 malam
Pelakon: Ropie, Ebby Yus, Issey Fazlisham, Sari Yanti, Ain Edruce
Kisah Penduduk Kampung Kalut membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya menjadi lebih dramatik apabila mereka ditemukan kembali setelah sekian lama berjauhan kerana pandemik Covid-19. 

Program Bual Bicara Raya TV3 

Malaysia Hari Ini Raya
3 Mei 2022 (8.00 pagi hingga 9.00 pagi & 9.30 pagi hingga 10.30pagi)
4 Mei 2022 (9.30 pagi hingga 10.30 pagi)
Program bual bicara popular TV3, Malaysia Hari Ini (MHI) akan bersiaran selama dua jam dari pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi di Hari Raya pertama (3 Mei 2022) dengan membincangkan pelbagai topik sambutan Hari Raya Aidilfitri serta lintas langsung Raya Takbir, solat raya dan khutbah raya dari masjid-masjid. MHI Raya diteruskan pada hari keesokannya dengan topik-topik raya menarik dengan barisan pengacara MHI yang ceria dan bertenaga! 

999 Raya, 3 Mei 2022, 9.00 malam 

999 Raya menampilkan anggota polis IPD Sepang yang terpaksa bertugas ketika banjir walaupun rumahnya ditenggelami air, seorang anggota bomba di Melaka terkorban ketika menyelamatkan mangsa banjir dan Polis Marin yang bertugas ketika syawal. 

Program Inspirasi Raya TV3 & TV9 

Tanyalah Ustaz Raya
3 Mei 2022 (TV3: 6.30 pagi hingga 7.50 pagi & TV9: 6.30 pagi hingga 8.30 pagi)
4 – 8 Mei 2022 (TV3: 6.30 pagi hingga 8.00 pagi & TV9: 6.30 pagi hingga 8.30 pagi)
Program Inspirasi Tanyalah Ustaz Raya mengupas topik-topik keagamaan yang menarik untuk tatapan seisi keluarga. Istimewa raya pertama bersiaran dari 6.30 pagi (3 Mei 2022), ikuti Da’i Aiman, Ustaz Jafri Abu Bakar dan Ustaz Nik Kamaruddin Yunoh membincangkan topik Silaturahim yang Terputus. Tanyalah Ustaz Raya diteruskan pada minggu pertama raya dengan penambahan segmen lebih istimewa. Panel undangan akan menyediakan juadah raya sambil membincangkan topik-topik menarik bersama artis jemputan. 

Mini Siri Raya TV3 

Puteri Reunion, 4 episod, 3 Mei hingga 6 Mei 2022, 10.30 pagi
Pelakon: Nora Danish, Kenchana Devi, Intan Ladyana, Nina Fazurina, Beego, Ruhainies, Idris Khan, Aziz M. Osman.
Sudah pasti ramai yang merindui telatah lucu Puteri dan rakan-rakannya. Selepas beberapa tahun, Puteri, Nadia, Kamala dan Anita telah melalui pelbagai fasa kehidupan. Puteri kini semakin matang dan sedang mengejar impiannya untuk menjadi seorang pereka fesyen dan pengusaha butik yang berjaya. Namun, masalah yang dialami oleh sahabat lamanya, Kamala dan Anita membuatkan dia turut terjebak dalam kekusutan mereka, apatah lagi dengan kemunculan sepupu Puteri, Rania yang hampir membuatkan hidup Puteri semakin porak peranda! Roslan mahu menambat hati Puteri semula dan perlu bersaing dengan Hanif. 

Wan Senja, 4 episod, 3 Mei hingga 6 Mei 2022, 11.30 pagi
Pelakon: Fauziah Dato’ Ahmad Daud A.M.N, Ali Reza Kavoossi, Nabila Razali, Wan Sharmila, Syazuwan Hassan, Fify Azmi, Datin Fadilah Mansor, Isyariana, Aniq Suhair.
Wan Senja mengisahkan tentang Hajah Rohimah, seorang guru yang dihormati oleh masyarakat tempatan atas dedikasi dan pengorbanan beliau. Setelah suaminya meninggal dunia, Hajah Rohimah diselubungi dengan kesunyian dan mula berhadapan dengan masa sukar di usia senjanya. Hajah Rohimah berusaha mempertahankan kebahagiaan yang semakin menghakis dalam dua dunianya iaitu, sebagai ibu dan sebagai guru. Cintanya sebagai pendidik harus berakhir akibat sakit yang dialami dan bagaimana Hajah Rohimah berhadapan dengan masalah keluarga yang menjarakkan hubungan dengannya akibat keputusan arwah suaminya. 

Drama Bersiri Raya TV3 

Samarinda Raya: Kerana Aku Isteri Bidaan
Bermula 16 Mei 2022, Isnin hingga Jumaat, 10.00 malam
Pelakon: Hisyam Hamid, Scha Elinnea
Untuk mengelakkan dirinya berkahwin dengan Haji Meon, seorang duda yang sebaya dengan ayahnya, Raina Badrina telah mendakwa dirinya dihamilkan oleh Farel Zafeeq yang tidak bersalah. Malah, Raina juga memaksa Farel menikahinya. Di malam perkahwinan mereka, Raina telah mengaibkan Farel dengan tindakan melarikan diri dengan teman lelakinya, Aznor. Malangnya Aznor berniat jahat dan telah bertindak menjualkan Rania ke rumah pelacuran. Rania telah ditemui oleh Farel di sebuah pusat hiburan. Setelah mengetahui apa yang diperlakukan oleh Aznor, Farel cuba membeli Rania dengan rancangan untuk menyeksa Rania. 

Akasia Raya: Bisik Bisik Gelora
Bermula 21 Mei 2022, Setiap Hari, 7.00 malam
Pelakon: Redza Rosli, Raysha Rizrose
Jad, seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan kemudian. Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri. 

Lestary Raya: Melur Untuk Firdaus
Bermula 26 Mei 2022, Rabu hingga Sabtu, 9.00 malam
Pelakon: Meerqeen, Anna Jobling
Firdaus Iskandar tidak setuju dengan rancangan ibu bapanya untuk berkahwin dengan Melur kerana dia sudah mempunyai teman wanita yang bernama Dee. Ibu bapanya memberikan 48 jam untuk Dee berkahwin dengan Firdaus. Namun, Dee tidak bersedia untuk berkahwin. Melur sedih kerana dia menyukai Firdaus. Melur cuba memikat hati Firdaus malah dia meletakkan 7 syarat untuk Firdaus. 

Mini Siri Raya (TV9) 

Misi Anak Bulan, 5 episod
4 Mei hingga 8 Mei 2022, 6.00 petang
Pelakon: Datin Paduka Eina Azman, Haziq Cilik, Nina Fazurina, Ezad Lazim, Syed Ali, Natasha Elyzza, Idris, Aiman Abdul, Ali Aiman, Nur Dania Miazara
Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak iaitu Aiman, yang terpaksa mengikuti ibunya Wani seorang jururawat yang telah dinaikkan pangkat dan diarahkan berpindah ke klinik kesihatan di kampung. Aiman pada mulanya tidak suka tinggal di kampung mula berubah hati apabila beliau melihat sekumpulan kanak-kanak bermain berdekatan rumahnya. Pada mulanya mereka agak berat hati untuk berkawan dengan orang baharu seperti Aiman, tetapi setelah Aiman memberitahu mereka yang Aiman memiliki sebuah teropong yang boleh melihat anak bulan, mereka semua amat teruja dan mahu berkawan dengannya. Ini adalah kerana mereka ada terdengar perbualan dari penduduk kampung yang jikalau hendak raya, perlu pastikan anak bulan muncul dahulu. 

Telefilem Raya (TV9) 

Jangan Malu Menangis, 2 Mei 2022, 9.30 malam
Pelakon: Datuk Rosyam Nor, Fauziah Latiff, Ozlynn Waty Ismail, Aprena Manrose, Harissa Adlynn
Mengisahkan Ramlee, bekas kelasi kapal hidup bersendirian di sebuah kampung. Hidupnya sunyi walaupun mempunyai tiga orang anak, diisi dengan bayangan arwah isterinya, Haryati. Selepas berlakunya satu kekecohan di kampung sehingga anak sulungnya, Maryam pulang ke kampung. Bayangan isterinya, Haryati terhapus setelah Maryam menyedarkan ayahnya bahawa ibu mereka telah meninggal dunia Akhirnya, Ramlee bersetuju untuk mengikuti Maryam ke ibu kota untuk tinggal bersama anaknya. Namun, kesibukan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing membuatkan Ramlee rasa tersisih. 

Kuasa 3 Malam: Cikgu Nerd, 16 Mei 2022, 9.30 malam
Pelakon: Zoey Rahman, Puteri Sarah Liyana
Al-kisah seorang guru yang menjadi tumpuan di sekolah kerana gayanya yang terlalu nerd sering mencuit hati kalangan pelajar. Putus asa bukan pilihan Ben, dia tetap sedaya upaya membuktikan tanggapan guru-guru lain terhadap pelajar di kelasnya adalah salah. Ternyata, usaha Ben banyak mengubah prestasi mereka yang sebelumnya tercorot dan dipandang rendah. 

Kuasa 3 Malam: Hari-Hari, Hari Raya, 23 Mei 2022, 8.30 malam
Pelakon: Muntazar Ghufran, Zila Bakarin, Zalif Sidek, Lan Siro
Kaya, kacak, bergaya dan digilai ramai tetapi segalanya tidak dimiliki oleh pemuda bernama Malek. Justeru, dia sering sakit hati apabila pulang ke rumah untuk beraya sehingga dia membuat keputusan untuk tidak balik beraya. Tanpa disedari rancangannya itu telah ‘menjemput’ satu entiti yang membawanya mengembara ke tiga raya yang berbeza. 

Drama Bersiri Raya (TV9) 

Diandra: Ada Apa Dengan Saka, 20 episod
19 Mei hingga 21 Julai, setiap Khamis, 8.30 malam. Bersiaran selama 2 jam
Pelakon: Syazwan Zulkifly & Shiha Zikir
Kisah Aina dan Madi yang jatuh cinta pandang pertama apabila Madi mengetahui kebolehan luar biasa Aina. Aina yang terpaksa membawa diri ke bandar apabila orang kampung tidak dapat menerima kebolehan luar biasa beliau yang boleh melihat benda ghaib. Aina bertemu dengan Madi di bandar dan mereka jatuh cinta. Madi bertekad untuk membantu aina pulih dari masalah yang Aina hadapi di samping dalam masa yang sama Aina membantu merungkai masalah yang dihadapi oleh Madi dan keluarganya yang sering diganggu makhluk ghaib. 

Air Mata Allisya, 15 episod
20 Mei hingga 8 Julai 2022, setiap Jumaat, 8.30 malam. Bersiaran selama 2 jam
Pelakon: Keith Foo & Sophia AlBarakbah
Allisya perlu hidup berdikari selepas abangnya terbunuh dalam sebuah kemalangan yang tragis. Dia kemudiannya bertemu dengan Arief dan mereka berdua jatuh cinta. Walaupun ibu Arief tidak merestui hubungan mereka, mereka telah berkahwin. Puan Sri Sarimah mula mendera Allisya secara fizikal dan mental manakala Tan Sri Mustapha pula melayannya seperti anak perempuannya. Apabila Tan Sri Mustapha berterus-terang dengan Allisya bahawa Arief ialah penyebab kepada kemalangan tragis abangnya, Allisya telah melarikan diri dari Arief kerana rasa dikhianati. 

Program Animasi TV9 

Mina Mila: Kata Raya, 3 Mei 2022, 6.00 petang. 

Kata raya… kenalah seronok! Tapi dalam seronok, ada kerja keras dan usaha untuk menyambut kegembiraan beraya. 

Program Variasi TV9 

Peningnya Raya OhBulan!, 7 Mei 2022, 7.30 malam
Pelakon: Danial Nawawi, Shafikah Suhaimi, Petchmono, Nasha Nazari, Iera Zahirah, Risk Saidon, Yassin Senario, Aya Amiruddin
Sebuah program berkonsepkan sitkom dan bual bicara serta disuntik beberapa elemen cabaran dari konten YouTube OHBULANOFFICIAL. Ia mengenai situasi dimana penduduk di kampung mengalami masalah apabila mereka tidak dapat beraya kerana paip air pecah, dan mereka cuba mencari siapa dan bagaimana perkara itu terjadi. Program ini menampilkan hos-hos OBTV bersama artis undangan Yassin Senario dan Aya Amiruddin. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mk 2021 | 21

MK K-Clique & Azira Shafinaz Berganding Dalam BUNGA DAN KAYU

Park Seo Jun Trending

7 Lokasi Membeli Belah Terbaik Di Negeri Selangor Sempena Hari Raya