in , ,

Wow! Meriah Betul Jelajah 90 Suria di IOI CITY MALL, Putrajaya

Siri ‘Jelajah 90 Suria Memang Cantik KAK ELL’ berakhir di IOI City Mall, Putrajaya dengan menyaksikan persembahan lebih 18 artis popular, Dayang Nurfaizah, Imsoniacks, Amir Uk’s, Nuha Bahrin, Naufal Azrin, Muss, Floor 88, Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Iman Troye, Amir Masdi.

Sementara itu, Pentas Jelajah 90 Suria dibuka oleh barisan artis baru antaranya, Farah Rose, kumpulan Juita, Encem Bois, Syeera Aziz, Aiman Zaidi, Hakim Khan, Farra Ahmad, Adzrin, Ahmad Syafiq dan Wawa Shazwa juga penampilan khas, juara pertandingan ‘Busking 90 Suria’, kumpulan Qatas. 

Meriah Betul Jelajah 90 Suria di IOI CITY MALL, Putrajaya

Persembahan Dayang Nurfaizah juga antara yang mencuri perhatian membawa penonton mengimbau kenangan silam menerusi taruhan lagu ‘Kaulah Segalanya’ yang pernah dipopularkan oleh Ruth Sahanaya selain lagu ‘Seandainya masih ada cinta’. 

Persembahan daripada Penyanyi Rock 90an, Muss turut memukau hadirin dengan lagu hitnya ‘Sendiri’ dan ‘Cintamu Mekar Dihati’ sementara persembahan Iman troye juga harus duji kerana buat pertama kalinya, beliau mempersembahkan lagu berhanti yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Exist, ‘Mengintai dari tirai kamar’. 

Meriah Betul Jelajah 90 Suria di IOI CITY MALL, Putrajaya

Amir Uk’s juga tidak menghampakan peminat yang hadir menerusi lontaran suaranya yang mantap dan padu menerusi lagu ‘Rhythm si jantung hati’, Disana menanti disini menunggu’, ‘Pahit akan manis akhirnya’ juga ‘Bila diri disayangi’ sementara kumpulan Floor 88 antara yang paling lama berada di atas pentas menghiburkan penonton dengan rangkaian lagu seperti ‘Zalikha’, ‘Aqilah’, ‘Hutang’, serta medley lagu popular antaranya ‘Teratai’, ‘Suci dalam debu’, ‘Lamunan terhenti’ dan ‘Srikandi cintaku’. 

Meriah Betul Jelajah 90 Suria di IOI CITY MALL, Putrajaya

Penonton dikejutkan dengan kehadiran pelawak dan usahawan terkenal, SHUIB yang muncul membawa motosikal hadiah utama cabutan bertuah sekaligus beliau turut diumumkan sebagai ahli keluarga baru Suria FM. 

Persembahan penutup daripada Ziana Zain merupakan klimaks bagi siri jelajah 90 suria kali ini dengan dendangan lagu nostalgia, ‘Bersama akhirnya’ dan ‘Sangkar Cinta’. 

Meriah Betul Jelajah 90 Suria di IOI CITY MALL, Putrajaya

Gandingan Ziana Zain bersama peminatnya, Ayish,yang tular baru baru ini,mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir. 

Penampilan istimewa Wany Hasrita juga turut mencuri tumpuan penonton kerana ini adalah persembahan pertama beliau selepas bergelar isteri dan beliau turut menyanyikan lagu istimewa, ‘Puisi Cinta’ yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Illusi. 

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Cik Roslinda Abd Majid atau DJ LIN, ‘Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL’ yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya pada hari ini adalah penampilan pertama Suria FM di Lembah Klang, setelah 2 tahun kami tak turun padang bertemu peminat disebabkan PKP. 

Meriah Betul Jelajah 90 Suria di IOI CITY MALL, Putrajaya

Sejujurnya, kami berasa sangat teruja kerana terlalu rindu untuk bertemu dengan pendengar setia Suria FM dan pada masa sama kami sangat bersyukur diatas sambutan luar biasa yang diberikan.

Terima kasih buat pendengar Suria yang membeli barangan ‘Eksklusif Suria’ yang dijual di Booth ‘KEDAI SURIA’ sepanjang konsert berlangsung seperti Tshirt, Topi, Payung, Drawstring bag, Apron, Stiker kereta untuk road tax dan frekuensi juga lanyard. Pembeli bertuah turut pulang dengan hadiah istimewa antaranya Motosikal, Basikal lipat dan barangan elektrik. 

Meriah Betul Jelajah 90 Suria di IOI CITY MALL, Putrajaya

Untuk lokasi terakhir di IOI City Mall Putrajaya, jualan barangan eksklusif Suria di booth ‘Kedai Suria’ telah mengutip lebih RM22,000, menjadikan jumlah jualah yang telah terkumpul bagi kesemua empat lokasi Jelajah Suria melebihi RM60,000.

Meriah Betul Jelajah 90 Suria di IOI CITY MALL, Putrajaya

Kehadiran pengunjung di lokasi terakhir ‘Jelajah 90 Suria’ di IOI City Mall, Putrajaya, mencatatkan jumlah penonton paling ramai berbanding lokasi lain. Dianggarkan lebih 12 ribu penonton membanjiri ruang legar IOI City Mall, Putrajaya, sementara jumlah tontonan di platform digital Suria (Youtube Suria TV, Facebook Suria FM dan Aplikasi Suria Malaysia) pula mencatatkan hampir 100,000 tontonan sepanjang acara berlangsung. ini membuktikan Suria FM semakin diminati dan bertambah jumlah pengikutnya. Kebanjiran penonton pada hari ini bukan sahaja datang dari Lembah Klang tetapi juga dari serata Malaysia termasuk Singapura. 

Meriah Betul Jelajah 90 Suria di IOI CITY MALL, Putrajaya

Kejayaan ini mencetuskan inspirasi buat kami di Suria FM agar terus berusaha memberikan yang terbaik buat pendengar setia kami. Misi terdekat kami adalah untuk meletakkan Suria FM tersenarai di antara 3 stesen radio bahasa Melayu paling popular dan paling ramai khalayak pendengarnya apatah lagi tahun ini menyaksikan Suria FM bakal menyambut Ulang tahun Ke-15 penubuhannya pada tanggal 24 November 2022. Mohon Doa semua moga impian dan hasrat kami menjadi nyata dan moga Allah permudahkan segalanya”

DJ Lin turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penaja utama, Kak ELL, dan penaja bersama, Celcom, Rangkaian Pilihan No 1 di Malaysia serta Gintell, 1 rumah 1 Gintell”.

Maklumat lanjut, layari laman web Suria jelajah.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Gunakan #Jelajah90Suria #Jelajah90SuriaMemangCantikKakELL #kakell #memangcantik untuk sebarang interaksi berkaitan jelajah ini di laman sosial.

Frekuensi SURIA FM

Lembah Klang (105.3FM)

Taiping (91.7FM)

Ipoh (96.0FM)

Johor Bahru (101.4FM)

Melaka, Johor Utara (88.5FM)

Seremban (107.0FM)

Perlis, Kedah, Penang (106.9FM)

Kuala Terengganu (102.4FM)

Kuantan (96.1FM)

Kota Bharu (106.1FM)

Media Sosial

Instagram: suriamalaysia

Facebook: @SuriaMalaysia

TikTok: @suriamalaysia

Youtube: SuriaTV

Twitter: @suria_malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aaron Aziz Sebagai Antagonis Romantik dalam TAKDIR CINTA DHIA

AD DINIAH

Ad Diniah Sasar Agih 10,000 Kit Pengurusan Jenazah Percuma