in , ,

“Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat,” – Caprice Buat Laporan Polis

Penyanyi rap sensasi dan aktivis kemanusiaan, Caprice difahamkan telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, malam tadi.

Artis berpengaruh dan penyanyi rap sensasi, Caprice telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur malam tadi.

Pemilik nama lengkap Ariz Ramli, 33 itu, berkata, seboleh-bolehnya dia tidak mahu melibatkan pihak polis namun terpaksa mengambil tindakan tersebut kerana sesetengah individu berasakan diri mereka lebih hebat daripada undang-undang.

“Sejujurnya, saya tak nak pun buat laporan polis ini. Sebenarnya, saya lagi mahu meletakkan fokus, energi dan usaha terhadap perniagaan serta kehidupan.

“Tetapi, sesetengah individu di luar sana merasakan ‘cable’, pangkat mereka terlampau kuat dan tinggi. Mereka rasa lagi hebat daripada undang-undang (above the law),” katanya menerusi untaian muat naik video dalam Instastory.

– Caprice
"Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat," – Caprice Buat Laporan Polis

Sementara itu, menerusi hantaran status sekeping foto yang dimuat naik, pelantun lagu Lenglui itu memohon didoakan segala urusannya dipermudahkan.

“Bismillah. See you when I see you (jumpa anda bila tiba waktunya nanti).

“Saya percaya penuh dengan pihak polis dalam menegakkan undang-undang, tegas, adil dan berhemah. Semoga Allah permudahkan segala urusan,” ujarnya.

– Caprice

Terdahulu, menerusi banyak perkongsian status dan video dalam Instagram, Caprice memaklumkan dirinya telah menerima lebih 60 ugutan bunuh sejak hampir tiga bulan lalu. – K! ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rita Rudaini Didiskriminasi & Ditawarkan Vaksin ‘Tipu-Tipu’, Bengang Digugurkan Kerja

Comel! Shuib Akhirnya Dedah Wajah Ayash Affan Buat Pertama Kalinya