in ,

Merancang Percutian Kini Lebih Mudah dengan Panduan Percutian AirAsia

Merancang Percutian Kini Lebih Mudah dengan Panduan Percutian AirAsia!
Muat turun edisi terbaru yang memperkenalkan 14 destinasi menarik di China

Perancangan perjalanan dah percutian kini menjadi sesuatu yang mudah apabila AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, menyediakan buat para tetamunya panduan percutian berciri interaktif yang boleh dimuat turun; menyediakan informasi penting dan menarik tentang pelbagai destinasi di rantau ini yang dihubungkan oleh AirAsia seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Indochina dan juga panduan khusus bagi percutian pulau dan pantai.

Edisi pertama panduan percutian tersebut diperkenalkan pada April 2012, dengan mengetengahkan Malaysia sebagai destinasi pertama. Negara terkini yang memasuki senarai panduan percutian interaktif ini adalah China dengan 14 destinasi menarik daripada Shanghai ke Xi’an diantaranya, dan boleh didapati di dalam bahasa Inggeris. Bahasa-bahasa lain bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Panduan percutian ini menyediakan para pengguna dengan navigasi cepat and mudah untuk mendapatkan maklumat perihal hotel, lokasi menarik, membeli-belah, kebudayaan, pengangkutan dan pilihan penginapan, lokasi pantai terbaik, aktiviti lasak dan lain-lain tip berguna, termasuk trivia dan fakta-fakta menyeronokkan tentang destinasi-destinasi yang tersenarai. Panduan percutian elektronik serta interaktif ini juga membolehkan para pelancong merancang aktiviti dan percutian ke sesuatu negara dengan efektif, melalui maklumat cara hidup terperinci yang disediakan serta sampel jadual percutian untuk beberapa hari mahupun beberapa minggu.

Siegtraund Teh, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia berkata, “Dengan AirAsia, kini sesiapapun boleh terbang, namun ia juga penting bagi memastikan para tetamu kami menikmati pengalaman terbang serta perjalanan yang lancar, bermula daripada saat merancang percutian ke destinasi pilihan. Panduan percutian mesra pengguna sebegini memang mendapat permintaan yang tinggi, menawarkan kandungan editorial berkualiti terutamanya buat para pelancong yang gemar membuat perancangan teliti. Panduan ini adalah satu langkah oleh AirAsia dalam membantu para tetamu kami untuk merancang jadual perjalanan mereka dengan mudah kerana ia menyediakan segala maklumat yang diperlukan mengenai sesuatu destinasi. Para tetamu kami dari seluruh dunia kini dapat mengetahui apa yang patut dilakukan, dilihat, dimakan dan dibeli di kebanyakan destinasi yang dihubungkan kami di China (airasia.com/discoverchina), Malaysia (airasia.com/awesomemalaysia), Indonesia (airasia.com/awesomeindonesia), Filipina (airasia.com/discoverph), Indochina & Myanmar (airasia.com/discoverindochinamyanmar), dan panduan Pulau & Pantai (airasia.com/awesomeislands).”

“Panduan percutian ini, yang dapat dimuat turun sepenuhnya dengan 45MB untuk versi Bahasa Inggeris dan 80MB bagi versi Cina dalam format PDF, boleh disimpan oleh para tetamu di dalam peranti mudah alih mereka seperti tablet, telefon pintar atau pun e-reader. Ini akan membolehkan mereka untuk melihat apa-apa maklumat yang diperlukan daripada panduan percutian ini dengan serta-merta, tanpa perlu merujuk kepada buku rujukan atau sumber lain yang melecehkan, kerana apa yang diperlukan hanyalah peranti mudah alih dan segala-galanya akan berada di hujung jari mereka. Dan yang paling penting, panduan percutian ini adalah percuma!” Teh menambah.

Panduan percutian AirAsia ini adalah ilham unit Kandungan Digital syarikat penerbangan itu dan para tetamu boleh memuat turun panduan percutian tersebut dari bahagian ‘Downloads’ di portal baru AirAsia Travel 3Sixty (majalah dalam penerbangan) di airasia.com/travel3sixty. Panduan percutian ini juga boleh dibaca di atas talian dengan ciri-ciri yang lebih interaktif seperti ‘save’, cetak, penanda buku dan berkongsi halaman tertentu atau keseluruhan panduan percutian di Facebook atau Twitter.

Banyak lagi panduan percutian untuk negara-negara lain yang bakal disediakan untuk para tetamu tidak lama lagi, seperti Thailand, Australia, dan India yang sedang dalam perancangan. Juga terdapat rancangan untuk menambah lebih banyak bahasa ke dalam panduan percutian, seperti bahasa Korea dan Jepun.

Untuk perkembangan terkini mengenai innovasi terbaru AirAsia serta promosi, aktiviti dan peraduan, ikutilah di Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Michael Wong Duta Terbaru BRAND’S & Take the Lead Campaign

Wanita Hari Ini WHI Kini Berwajah Baru