in , ,

Merai Segalanya Lokal Bersama Grab di Hari Malaysia

Grab mempromosi ciptaan tempatan ini menerusi cabaran #GreatestMakanHits yang akan dilancarkan di TikTok mulai 15 September 2021.

Di ambang meraikan Hari Malaysia, dan buat tahun kedua berturut-turut, kita menyambut hari bersejarah ini dengan mengamati penjarakan sosial. Tetapi ia tidak bermakna perayaan kali ini harus dilaksanakan secara suram. Hari Malaysia melambangkan perpaduan, dan dalam menyedari akan wujudnya perbezaan di antara satu sama lain, kita tidak dapat menafikan bahawa hubungan kita telah lama terjalin sebagai satu keluarga.

Grab mengambil peluang memaparkan aspek-aspek yang menjadikan kita warga Malaysia – dari peniaga tempatan yang bertungkus-lumus menangani cabaran, sehinggalah ke pemandu dan rakan penghantaran di barisan hadapan yang bertugas dengan sesungguh hati. Bersempena Hari Malaysia ini, Grab memberi penghormatan kepada barisan individu istimewa dengan bekerjasama dengan talen tempatan merentas pelbagai sektor untuk menjadikan sambutan kali ini lebih bermakna.

Merai Segalanya Lokal Bersama Grab Di Hari Malaysia

Paparan Sajian Makan Terhebat Malaysia 

Dalam semua perkara, hanya satu yang dapat menyatukan kita – ‘hubungan cinta sejati’ kita kepada makanan. Ia adalah ciri sejati warga Malaysia. Kadang-kadang hal makan boleh jadi perbincangan panjang bahkan makanan juga boleh menyatukan kita tanpa mengira latar belakang masing-masing. Oleh itu, memulakan perayaan dengan mengetengah segala-galanya lokal adalah tema rakaman filem Grab untuk Hari Malaysia kali ini.  Diberi tajuk ‘Malaysia’s Greatest Makan Hits’, video tersebut memaparkan restoran tempatan terbaik di negara ini yang memperkenalkan lebih 400 Grab Signatures. Untuk merealisasikan filem ini, Grab turut mendapat kerjasama daripada barisan talen tempatan terkemuka dan sedang menempa nama di arena seni termasuk artis, penyanyi dan penulis lirik. 

Merai Segalanya Lokal Bersama Grab Di Hari Malaysia

Selain itu, Grab juga mempromosi ciptaan tempatan ini menerusi cabaran #GreatestMakanHits yang akan dilancarkan di TikTok mulai 15 September 2021. Cabaran ini akan memberi peluang kepada warga Malaysia merakam nyanyian dan tarian mengikut ciptaan dan olahan masing-masing, serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat bagi penghantaran/pos paling kreatif.

Untuk menonton filem Grab’s Greatest Makan Hits serta butiran lanjut mengenai inisiatif Hari Malaysia sila layari https://grb.to/MYmakanhits   

Dedeelaksmaa, Grab Delivery-Partner

Memberi Penghormatan Kepada Wira Tak Didendang Malaysia

Selain dari memaparkan makanan kegemaran rakyat Malaysia, Grab turut memberi penghargaan kepada komuniti pemandu dan rakan penghantaran yang memperlihatkan keikhlasan dan kemurahan hati mereka – sesuatu yang melambangkan erti sebenar semangat dan jiwa rakyat Malaysia.

Kami telah mengumpul dan ingin berkongsi pelbagai kisah menarik yang diperoleh daripada komuniti pemandu dan rider mengenai aneka ragam yang menggembirakan dan berjasa kepada para pelanggan. Demi merealisasikan aspirasi ini, kami bekerjasama dengan artis tempatan Jon Tham yang telah melakar visual penceritaan tersebut dalam bentuk karikatur riang ria lagi mencuit hati. Visual komik tersebut dipamer dalam beberapa siri – setiap satu bertemakan nilai berbeza yang mewakili maksud sebenar menjadi warga Malaysia.

Hamdini, Grab Delivery-Partner

Menyentuh tentang inisiatif berkaitan, Hassan Alsagoff, Ketua Pemasaran Grab Malaysia berkata, “Sebagai syarikat yang dibangunkan di Malaysia, kami ingin menonjolkan aspek orang Malaysia yang telah berusaha gigih memberi khidmat masyarakat. Ketabahan dan semangat juang yang dipamerkan adalah cerminan sebenar bagi mengungkap erti menjadi warga Malaysia. Aspek ini, buat kami, adalah yang terbaik untuk dipamerkan dalam menyambut Hari Malaysia. Sempena meraikan hari penuh bermakna ini, kami berharap mesej penghargaan ini dapat dijiwai setiap orang Malaysia supaya bergembira dan berbangga dengan ciri unik yang sememangnya milik kita bersama.

Sempena sambutan Hari Malaysia kali ini, Grab menawarkan peluang mendapat ganjaran mata 2X GrabRewards Points bagi setiap pesanan Signatures di GrabFood dan GrabMart.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Google | 23

YouTube Super Chat & Super Stickers Kini Dilancarkan di Malaysia

Ramlah Ram | 24

Ramlah Ram Risaukan Ibu & Adik Positif Covid-19, Mohon Doa Orang Ramai