in ,

Menu Kegemaran Asia Untuk Dicuba Dalam SWEET SAVORY

Sebut sahaja Nasi Lemak, boleh dikatakan satu dunia akan mengaitkannya dengan negara Malaysia yang sinonim menghidangkan menu ini. Malah Nasi Lemak menjadi makanan kebangsaan yang digemari seluruh rakyat Malaysia.

Paling utama menu ini boleh dilabel menjadi identiti dan juga ‘senjata utama’ rakyat di Malaysia untuk membuatkan para pelancong jatuh cinta dengan untuk mencuba sendiri Nasi Lemak di negara kita. 

Sama juga di negara-negara lain, makanan kebangsaan amatlah dihargai oleh penduduk mereka dan mereka ingin para pelancong untuk mencubanya. Pendekatan ini menarik perhatian Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program terbaharu bertajuk “Sweet Savory” yang bakal memperkenalkan penonton dengan makanan yang menjadi ‘trademark’negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Brunei.

Cef Naem...Hos Sweet Savory

Pencarian masakan berasaskan resipi popular dan pemanis mulut oleh Cef Naem yang juga hos program ini bermula dengan memperkenalkan menu istimewa milik orang Brunei Darussalam. Berada di lokasi Bandar Seri Begawan, Brunei menemubual Puan Nabila pengusaha Nasi Katok menyediakan menu sambal nasi katok dan buttermilk sauce.

Seterusnya di Bandar Songkhla, Thailand menyediakan resipi Kaeng Som Phad Thai bersama-sama cef Fadhilat, mencuba makanan di street food di Jakarta, Indonesia, memasak menu Masak Lemak Hijau, Belutuk dan lepat jagung manis di Brunei, dan mencari makanan viral di lokasi Pattani, Thailand.

Penggemar masakan Indonesia dapat berkongsi menu istimewa milik warung nasi ibu Imas, JLCihampelas di Bandung, Restoren masakan Padang, Street Food Jalan Kebun Sirih Indonesia di Kota Tua Jakarta, Kedai Roti Unyil Venus dan Restoren Jalanan, menu masakan Palembang dan menu Subari di Bandung.

Rasai keunikan makanan kebanggaan masyarakat Thailand turut dikongsikan dalam program ini dengan cef Naem mengunjungi Restoren Chabura, Pasar Kim Yong merasai dim sum istimewa mereka, dan juga beberapa restoren lain di sekitar Narathiwat dan Pattani, Thailand.

Sama-sama ikuti pencarian masakan popular Asia ini bermula 20 September ini, setiap Ahad, pukul 10.30 pagi di TV Okey. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Seleksi Kandungan PERCUMA di Dimsum Entertainment Sepanjang September 2020

Hannah Delisha Kongsi Foto Berhijab dengan Kapsyen ‘Bismillah’