in ,

Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat

[dropcap]S[/dropcap]alam semua, ingat lagi tak dengan program MENCARI RAMLI yang dianjurkan oleh TM. Haa, diam tak diam, program ini dah nak masuk musim kedua dah. Cepat kan masa berlalu. Harap korang masih ingat lagi siapa pemenang program ini untuk musim pertama.

Kepada yang rasa program ini menarik, haa, apa kata tonton TV3 setiap Jumaat, jam 7.30 malam hingga 8 malam. Kalau korang perasan, siaran program ini dah bertukar saluran dan masa. Tup-tup, tanpa kita sedar, Program Mencari Ramli yang bersiaran selama setengah jam ni rupanya dah bermula 19 April yang lalu.

Sekarang ini, program ini masih dalam peringkat ujibakat untuk mencari peserta hebat. Budiey duk tengah imagine macamana rupa peserta Mencari Ramli kali ini.

Korang rasa macamana? Agak-agak ada tak yang hebat macam jaguh bolasepak dunia?

Mencari Ramli

Kepada yang masih kurang jelas, Mencari Ramli adalah idea program ni lahir dari kisah kejayaan seorang anak muda yang bernama Ramli yang mengharumkan nama Malaysia apabila dapat beraksi dalam pasukan bola sepak tersohor, Manchester United.

Terbaru, Budiey dapat tahu daripada seorang kawan yang meminati program ini, khabarnya, program ini sedang mencari peserta baru menerusi ujibakat Mencari Ramli musim kedua.

Mencari Ramli

Apa yang paling ‘best’nya, Budiey rasa program realiti TV ini menawarkan ganjaran berlatih di Manchester selain menyaksikan Liga Perdana Inggeris (EPL jadi kepada sesiapa yang menang tu, kiranya bertuah.

Jadi siapakah ‘Ramli’ yang dicari itu? Haaa… itu yang menjadikan program ini menarik untuk ditonton. Apa yang penting, Mencari Ramli bukan setakat mencari penjaga gol terbaik, pemain pertahanan terbaik, pemain tengah terbaik atau penyerang terbaik, malah Ramli yang dicari adalah pemain paling berbakat. Siapakah?

Mencari Ramli

Kalau nak cerita pasal objektif, Budiey rasa semua orang dah tahu. Tengok episod pertama, korang sure akan melekat punya dan akan menonton lagi di minggu depan. Budiey lihat program ini harus diteruskan sebab ia menjadi platform kepada anak muda bawah 16 tahun yang berbakat besar dalam sukan bola sepak untuk diketengahkan sebagai pelapis pemain negara yang berwibawa. Yelah, sekarang kan, negara kita katanya kekurangan penyerang dan pemain yang betul-betul sempurna dan mantap.

Kita manalah tahu, dalam ramai-ramai peserta, pasti ada sorang dua yang menjadi pemain terhebat suatu masa nanti.

PELUANG TERBUKA KEPADA ANDA UNTUK JOIN MENCARI RAMLI

Jika anda rasa, anda layak menjadi Ramli, Budiey rasa peluang masih terbuka luas sebab sekarang ini masih berlangsung sesi ujibakat di empat lokasi. Ia bermula di Kuala Lumpur pada 20 – 22 April yang lalu.

[pullquote align=”right”]Mencari Ramli musim kedua boleh ditonton di  TV3 setiap Jumaat, jam 7.30 malam hingga 8 malam[/pullquote]

Kemudian, kepada anda yang berada di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, ujibakat Mencari Ramli akan diadakan pada 27 hingga 29 April. Lokasi ketiga akan singgah di Stadium Hang Tuah, Melaka pada 11 hingga 13 Mei 2013. Dan akhir sekali di Padang Yayasan Sarawak pada 18 hingga 20 Mei 2013.

Kalau tak silap Budiey, uji bakat kali ini sama sahaja dengan musim pertama di mana ia dilakukan oleh pihak TM sendiri bersama jurulatih FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia). Semua peserta berusia 16 tahun dan mereka pastinya yang terbaik akan dipilih. Sebelum ‘Ramli’ dipilih, mereka melalui latihan intensif dan mengharungi pelbagai halangan di bawah jurulatih FAM selama 13 minggu.

Budiey sekarang duk bayangkan sorang-sorang, macamanalah gaya, karakter atau rupa Ramli yang dicari pada musim ini. Melihat pada realiti program ini, Budiey merasakan Ramli yang dicari dah tentunya pandai dan berbakat bermain bola sepak.

Kalau bolehlah, Ramli tu kenalah pandai melawak dan suka berceloteh, barulah program ini nampak lebih hidup. Penonton pun terhibur dan Budiey rasa seronokla bila kita tengok program realiti yang membuatkan kita ketawa. Tapi tak nak lah lawak sangat pun tak boleh jugak sebab program ini bukannya nak cari bakat melawak, ye tak? Badan? Haa, badan mestilah tegap macam Diego Maradona. Haha, boleh?

diego_maradona

Barulah ada feel nak tengok sebab jarang kita lihat pemain bola sepak yang fit macam legenda bolasepak tu, kan? Yelah, biasanya kalau kita kata pemain bola je, ramai yang duk bayang tubuh yang kurus keding. Tapi kali ni, Budiey nak peserta yang ada gaya tubuh tegap macam legenda bolasepak dunia ni. Tinggi, mmm… biarlah sederhana tinggi. Tak nak lah rendah sangat sebab Ramli ni kan akan bermain untuk Manchester United.

Kepada anda semua, jangan lupa ingatkan kawan-kawan, sedara mara yang berminat dan betul-betul berbakat untuk masuk ujibakat Mencari Ramli. Budiey pun dah tak sabar gak nak tengok siapa la agaknya yang jadi juara musim ni.

Mencari Ramli

PERADUAN UNDIAN TERBUKA KEPADA SEMUA

Untuk memeriahkan lagi program ini, TM telah menganjurkan satu peraduan undian mulai 24 Mei ( episod ke-6) hingga 28 Jun (episod ke-11). Ianya terbuka kepada semua penonton program Mencari Ramli di mana anda semua berpeluang untuk mengundi peserta pilihan kegemaran anda. Sebanyak 30 orang peserta ditampilkan dalam program ini dan anda bebas untuk buat pilihan peserta mana yang terbaik bagi anda.

Jangan risau, pastinya ada habuan berupa hadiah menarik untuk anda menangi menerusi peraduan ini. Taklah nanti balik-balik dengan tangan kosong je kan?

Nak tahu apa hadiahnya? Haaa, ya hadiah utamanya ialah anda akan dibawa terbang ke Manchester untuk menonton secara langsung perlawanan di beberapa buah negara samaada di Bangkok, Sydney, Yokohama, Osaka dan Hong Kong dengan segala perbelanjaan dan penginapan ditanggung oleh penganjur. Best kan?

Itu hadiah utama, manakala untuk hadiah mingguan pula, jika bertuah, anda akan dihadiahkan barangan merchandise Manchester United. Wow, best pulak rasanya, Budiey pun rasa nak join contest voting ni.

Caranya sangat mudah. Kita hanya perlu menghantar undian melalui SMS je.

Caranya ialah:
SMS VOTE[NUMBER OF VOTES : 5/10][SPACE]RAMLI[2 DIGIT NUMBER : 01-30] kepada 26268

Contohnya:

VOTE5 RAMLI05 –Hantar 5 undian kepada peserta Mencari Ramli 2 yang menggunakan nombor 05.

VOTE RAMLI07 – Hantar 1 undian untuk peserta Mencari Ramli 2 nombor 07.

Undian anda sah untuk tempoh ini iaitu 24 May – 28 June 2013 sahaja. Anda tak perlu bayar apa-apa untuk undian pertama yang dihantar. Ya, free of charge untuk undian pertama!

*Kos – 1 Vote = RM0.50, 5 Votes = RM2.00, 10 Votes = RM3.50

Untuk anda yang join contest ni, anda boleh melihat senarai pemenang mingguan di laman web ini: http://www.tm.com.my/teammalaysia/MR2

Antara gambar-gambar sekitar ujibakat yang diadakan:

Mencari Ramli

Mencari Ramli

Mencari Ramli

Mencari Ramli

Mencari Ramli

Mencari Ramli

Mencari Ramli

Mencari Ramli

Entri ini ditaja oleh TM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang

Gambar Sekitar Pengumuman Zizan Razak Sebagai Duta MAMEE Chef