in , ,

Menangi Tiket Menonton Konsert Andy Lau

Menangi pengalaman Always 10 untuk menyaksikan Andy Lau secara langsung di KL dengan Allianz Malaysia. Kempen berlangsung dari 23 Julai – 15 Ogos

Allianz Malaysia Berhad kini menawarkan pelanggannya peluang untuk memenangi pengalaman Always 10 untuk menyaksikan My Love Andy Lau World Tour – Kuala Lumpur 2019 di Axiata Arena Bukit Jalil pada 15 September 2019.

Sebagai salah satu penaja untuk konsert tersebut, Allianz Malaysia bakal menghadiahkan ratusan jemputan khas termasuk tiket VIP kepada pelanggannya yang bertuah.

AndyBanner

Untuk berpeluang memenangi, pelanggan harus melayari halaman pertandingan di allianz10.my/my-love-andy-lau dengan melengkapkan borang penyertaan dan menjawab dua soalan dengan tepat. Pemenang akan diumumkan di laman web pertandingan dan juga akan diberitahu melalui SMS dan emel pada 22 Ogos 2019.

Kempen akan dibuka secara eksklusif untuk pelanggan Allianz Malaysia yang berwarganegara Malaysia dan penduduk tetap di Malaysia berumur 18 tahun dan keatas (tertakluk kepada terma dan syarat).

“Salah seorang Four Heavenly Kings dari Hong Kong, Andy Lau merupakan seorang penghibur yang hebat dan artis yang berbakat. Mempunyai peluang untuk menyaksikan persembahan beliau secara langsung adalah sebuah pengalaman yang bukan semua rakyat Malaysia boleh lalui. Kita sangat bertuah. Andy bakal kembali beraksi di tanah air kita selepas menyepi selama 14 tahun. Dan oleh kerana beliau mempunyai ramai peminat di Malaysia, Allianz Malaysia ingin menghargai pelanggannya melalui kempen ini,” kata Amy Loke, Ketua Pegawai Pengurusan Pemasaran Allianz Malaysia Berhad.

My love Andy Lau World Tour bermula di Hong Kong Coliseum pada bulan Disember lepas. Konsert jelajah di Malaysia tersebut merupakan konsert pertama di luar Hong Kong.

Pengalaman seni selama 38 tahun Lau merangkumi 61 album, pelbagai lagu hit serta watak lakonan dalam 172 buah filem dan 28 siri televisyen. Konsert di KL dikatakan bakal menjadi sambutan kesenian Lau yang paling unggul. Peminat dijangka akan mengakhiri malam tersebut dengan kenangan yang sukar dilupakan yang disulami dengan persembahan koreografi yang dirancang dengan teliti dan produksi pentas yang memukau lengkap dengan 20 projektor laser yang dipancarkan ke langit untuk suasana visual yang gah.

My Love Andy Lau World Tour · Kuala Lumpur 2019 dianjurkan dengan kerjasama dari Star Planet, Entertainment Impact dan Focus Entertainment.

Mengenai Allianz di Malaysia

Syarikat pemegang pelaburan, Allianz Malaysia Berhad, subsidiari Allianz SE, mempunyai dua subsidiari insurans – Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) dan Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life).

Allianz General adalah salah satu syarikat insurans am di Malaysia dan mempunyai spektrum yang meluas bagi perkhidmatan dalam talian peribadi; perniagaan perusahaan sederhana dan kecil (SME) dan industri yang berisiko besar. Premium Bertulis Kasar (GWP) untuk perniagaan insurans am pada tahun kewangan 2018 telah mencapai RM2.12 bilion.     

Allianz Life menawarkan insurans hayat dan kesihatan dan produk-produk berkaitan pelaburan dan bagi tahun kewangan 2018, Allianz Life mencatatkan Premium Bertulis Kasar (GWP ) sebanyak RM2.38 bilion dan merupakan salah satu daripada penanggung insurans hayat yang paling pesat berkembang di Malaysia.  

Allianz Malaysia mempunyai 33 cawangan di seluruh negara.

Pada tahun 2018, Allianz Malaysia telah dianugerahkan Pengurusan Hubungan Pelanggan untuk Pusat Panggilan Terbaik (Perak) dan Anugerah Penggunaan Inovatif Terbaik (Merit), iklan Allianz Road Rangers: 24 Hours Call Centre oleh Allianz General juga telah memenangi Iklan Terbaik dalam Perkhidmatan dan Institusi Kewangan di Anugerah YouTube Malaysia 2018. Pada tahun 2017, Allianz Malaysia Berhad telah dianugerahkan Inisiatif Tanggungjawab Korporat Terbaik (permodalan pemasaran bawah RM10 bilion) pada Anugerah Kelab Bilion Ringgit The Edge (The Edge Billion Ringgit Club Awards) 2017, manakala Allianz General tekah diperakui sebagai Syarikat Takaful Motor Terbaik dan Syarikat Insurans Motor Terbaik pada 2016 oleh iBanding.com.

Untuk maklumat lanjut mengenai Allianz Malaysia, layari allianz.com.my  

Facebook: facebook.com/AllianzMalaysia/ | Instagram: instagram.com/allianzmalaysia/

Mengenai Allianz

Kumpulan Allianz merupakan salah satu syarikat insurans dan pengurus asset terbesar di dunia yang menyediakan perkhidmata untuk 92 juta pelanggan runcit dan korporat. Pelanggan Allianz mendapat manfaat daripada pelbagai perkhidmatan insurans peribadi dan korporat, yang terdiri daripada insurans harta dan kesihatan kepada perkhidmatan bantuan kepada insurans kredit dan insurans perniagaan global. Allianz merupakan salah satu pelabur terbesar yang menguruskan lebih 673 bilion euro bagi pihak pelanggan insuransnya. Selain itu, pengurus aset kami AllianzGI dan PIMCO mengurus lebih 1.4 trilion euro aset pihak ketiga. Terima kasih kepada penyepaduan kriteria ekologi dan sosial yang sistematik dalam proses perniagaan dan keputusan pelaburan kami, kami memegang kedudukan utama untuk penanggung insurans dalam Indeks Kelestarian Dow Jones (Dow Jones Sustainability Index). Pada 2018, lebih 142,000 pekerja di lebih 80 buah negara mencapai jumlah pendapatan sebanyak 131 billion euro dan keuntungan operasi sebanyak 11.5 bilion euro.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mattel BTS IDOL Dolls & UNO™ BTS are Now Available in Malaysia!

Menu Bersantai di Tepi Laut, Istimewa Dalam BACKYARD GRILL