in , ,

Menangi Kereta Mercedes Mercedes-Benz CLA200 dalam Kempen ‘Pump N Win’

Salam semua pembaca Budiey.com, tahun 2016 pastinya anda antara korang yang berazam untuk beli kereta idaman kan? Budiey pun tengah intai-intai juga, kereta manalah yang nak dibeli ni.

Manalah tahu kalau-kalau ada rezeki tahun ini nak memiliki sebuah kereta mewah. Tapi tu la, duit tak cukup dalam bank. Nampaknya kena cuba cara lain. Hmmm… apa caranya? Yeah, nak tak nak kenalah sertai peraduan. Mana tahu untung nasib dapat sebuah kereta idaman!

Terkini, ada satu peraduan yang tengah viral di media sosial sekarang ini. Penganjur peraduan ini bukan calang-calang okay. Petronas Dagangan Berhad! Peraduan ini menawarkan sebuah sebuah Mercedes-Benz CLA200 bernilai RM233,888! Wow, teruja Budiey untuk menyertai peraduan ini.

Kempen 'Pump N Win'

[dropcap]Y[/dropcap]a, benar… sebuah Mercedes-Benz CLA200 bernilai RM233,888 merupakan hadiah utama dalam kempen ‘Pump N Win’ bagi ahli Kad Mesra Petronas yang bermula 5 Januari dan berakhir 29 Februari 2016.

Pada 5 Januari lalu, telah berlangsung Petronas Dagangan Berhad (PDB) melancarkan kempen ‘Pump N Win’ yang menawarkan peluang untuk memenangi bukan sahaja sebuah Mercedes-Benz CLA, malah lapan Proton Iriz kustom, 16 Piaggio Vespa dan 16 basikal lipat JAVA. Fuh! Lumayan benar!

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata kepada pemberita pada pelancaran kempen itu. hadiah lain termasuk sebuah Proton Iriz, sebuah Piaggio Vespa dan sebuah basikal lipat JAVA.

“Pemenang Mercedes-Benz, Proton Iriz dan Vespa, masing-masing juga akan menerima wang tunai RM1,000 dan minyak percuma bernilai RM500,” katanya kepada pemberita pada pelancaran kempen itu.

Beliau berkata juga terdapat 1,600 hadiah sagu hati dengan setiap pemenang akan menerima mata ganjaran kad Mesra 3,000.

Kempen 'Pump N Win'

BAGAIMANA CARANYA?

[dropcap]S[/dropcap]udah tentu sekarang anda semua tertanya, macamana nak menang kereta tu kan? Okay macam ni. Apa yang korang perlu buat ialah… of course kena ada kad Mesra PETRONAS. Jadi, kepada anda semua yang dah ada kad Mesra, memang rugi kalau tak menyertai peraduan ini.

Sememangnya, ahli Kad Mesra sudah tentu layak menyertai kempen ini. Kemudian, anda perlu membeli minyak bernilai minima RM40 di stesen Petronas dan jangan lupa pulak untuk meleret mengimbas Kad Mesra mereka. Itu sahaja! Sesenang itu, anda layak menyertai peraduan ini. Lagi banyak dan lagi kerap… maka lagi bertambahlah peluang anda untuk menang kereta Mercedes-Benz CLA200!

Menariknya selain menerima hadiah utama, pemenang Mercedes-Benz CLA, Proton Iriz dan Piaggio Vespa turut akan menerima bahan api percuma bernilai RM1,000 dan RM500 masing-masing, manakala 1,600 pemenang saguhati akan menerima 3,000 mata ganjaran Mesra.

Kepada yang belum ada kad Mesra PETRONAS, apa kata ambil peluang ini untuk mendaftar bagi menyertai kempen ini. Bukan sahaja kita dapat beli dengan harga berpatutan di kedai Mesra, malah kita juga akan dapat mengumpulkan mata serta dapat menebus kembali mata tu dengan mengisi minyak petrol atau barangan yang lain.

Tak rugi sebenarnya. Tunggu apa lagi, kunjungi kedai Mesra PETRONAS sekarang dan dapatkan Kad Mesra. borang. Tak sampai 5 minit je isi borang tu pun kan? Kemudian, daftarkan kad anda di laman web www.kad-mesra.com.my atau hubungi pihak khidmat pelanggan Mesralink di 1300 22 8888 / [email protected] Senang saja!

Mohd Ibrahimnuddin berkata kempen itu antara banyak inisiatif yang sedang diperkenalkan oleh syarikat bagi memberi nilai tambah kepada pelanggannya menerusi rangkaian peruncitan syarikat membabitkan lebih 1,000 stesen Petronas dan 750 ‘Kedai Mesra’ di seluruh negara.

Kempen 'Pump N Win'

[dropcap]M[/dropcap]enurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus, kempen ini dianjurkan untuk memberikan kegembiraan kepada pelanggan-pelanggan setia Petronas.

Selain pelancaran kempen pertama dari PDB untuk tahun ini, Ibrahimnuddin turut memberitahu kempen Petronas Coffee Break juga akan diadakan sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina di semua stesen Petronas.

Budiey kira, dengan adanya peraduan ini, sekurang-kurangnya menceriakan lagi pengguna PETRONAS dengan memberi ganjaran serta keseronokan yang penuh bermakna bagi mereka. Syabas PETRONAS!

Untuk maklumat lanjut tentang promosi terbaru di PETRONAS, layari www.mymesra.com.my atau muat turun app PETRONAS Pitstop di App Store untuk iOS atau Google Playstore untuk Android.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Akim Ahmad & Stacy Sah Nikah Bergelar Suami Isteri

Hotel Review Grand Hyatt Jakarta