in , ,

Menangi iPad dalam Peraduan Cornetto Show Your Love

Cerita Di Sebalik Lagu Wall’s Cornetto ‘Inilah Cinta’ di Astro RIA Bermula Oktober Ini!
Saksikan perkembangan hubungan antara Akim dan Juliana Evans yang kian menakjubkan

Istimewa bulan Oktober ini, Wall’s Cornetto bersama Astro RIA dengan bangganya mempersembahkan sebuah lagi rancangan drama mini bersiri hiburan terbaru berjudul Cornetto Inikah Cinta?

Drama mini bersiri 5 minit ini bakal menemui penonton 2 kali seminggu iaitu pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 8.55 malam bermula 9 Oktober 2010 menerusi saluran 104.

Akim Juliana Evans

Dipetik dari judul lagu yang di popularkan oleh Akim, “Inilah Cinta”, yang juga lagu tema kempen Wall’s Cornetto, drama mini bersiri ini mezahirkan rasa dan pengalaman cinta yang selari dengan bait-bait lirik yang tertera didalamnya. Dilakonkan sendiri oleh Akim bersama bintang muda yang semakin melonjok namanya, Juliana Evans, drama bersiri 16 episod ini berkisarkan kisah dua insan yang bertemu dalam keadaan yang tidak diduga dan melalui siri pengalaman yang menarik sehingga mereka jatuh cinta antara satu sama lain.

“Sebagai jenama yang melambangkan cinta dan persahabatan, kami sentiasa mendahului usaha untuk mengeratkan persaudaraan, mewujudkan peluang baru dan merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Sejak bertahun-tahun lamanya, kami memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memperlihatkan cinta mereka.

Akim Juliana Evans

Tahun ini, kami bukan sekadar mahu menggalakkan mereka menunjukkan cinta, malah merebut peluang dan mengambil langkah pertama untuk menunjukkan perasaan sebenar mereka,” kata Chan Meng Yang, Pengurus Kanan Jenama, Wall’s Ice cream, Unilever.

“Kami juga mahu mengambil peluang ini untuk menggambarkan ciri-ciri Wall’s Cornetto melalui situasi yang nyata dan sering dialami golongan pemuda masa kini.” tambah Chan.

Konsep drama mini bersiri ini adalah hasil kerja sama penaja Wall’s Cornetto and pihak Astro.

Pengurus Saluran Ria, Azlin Reza Azmi berkata, “Kami yakin pertaruhan untuk menggunakan tajuk lagu sebagai sebuah drama mini bersiri akan dapat menarik perhatian ramai peminat terutamanya peminat Akim kerana pengaruhnya yang kuat serta tayangan klip video yang kerap kali dimainkan.

Drama mini bersiri yang bakal ditayangkan ini mempunyai jalan cerita yang ringkas dan mudah diikuti bersesuaian dengan sasaran penonton.”

Akim memegang watak seorang pelajar kolej tahun akhir yang mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik dan bersama rakan-rakan bandnya, dia bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi satu masa nanti. Juliana pula merupakan seorang gadis yang baru sahaja berdepan dengan pengalaman pahit dalam percintaan yang membuatkannya hilang kepercayaan terhadap lelaki.

Kedua-duanya mempunyai latar belakang yang berbeza. Hanya satu persamaan yang mereka kongsi bersama iaitu kedua-duanya menggemari aiskrim Wall’s Cornetto.

Satu hari, mereka berdua bertemu dalam keadaan yang tidak dijangka seterusnya mengundang beberapa insiden yang membuatkan mereka bertelagah setiap kali bersua muka.

Namun, setelah melalui beberapa detik pertemuan, perasaan cinta mula berputik dalam hati mereka. Adakah mereka akhirnya berjaya disatukan dan menghadapi setiap cabaran yang mendatang?

Para peminat juga berpeluang untuk menyertai peraduan Cornetto Show Your Love yang bakal dilangsungkan dari tarikh 1 Oktober sehingga 31 Disember 2010.

Peserta-peserta hanya perlu menikmati aiskrim Wall’s Cornetto, kumpulkan sebanyak mungkin penutup aiskrim dan calon yang mengirimkan koleksi yang terbanyak akan dipilih sebagai pemenang.

Hadiah-hadiah seperti Ipad, Astro Beyond berserta pakej langganan saluran HD selama setahun, Ipod Touch 8Gb, T-shirt kekasih dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti pemenang-pemenang setiap bulan. Peserta digalakkan melayari www.facebook.com/iluvcornetto untuk maklumat lanjut.

Senarai hadiah bulanan:
Hadiah utama: iPad x 3 unit/bulan
Hadiah pertama: Astro Beyond Decoder x 3 unit/bulan
Hadiah kedua: iPod Touch 8GB x 10 unit/bulan
Hadiah ketiga: Wall’s T-shirt Kekasih x 100 set/bulan

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan drama mini bersiri Cornetto Inikah CInta? pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 8.55 malam bermula pada 9 Oktober ini, hanya di Astro RIA (saluran 104). Selamat menonton!

Akim Juliana Evans

Akim Juliana Evans
Akim Juliana Evans

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dynas Mokhtar Pengacara Si Kecilku Chakk

Sharifah Jasmine Soraya Gadis Melayu Kini Dah Insaf