in ,

Menang RM1 juta Dalam Jangan Lupa Lirik Musim Kedua

PELUANG UNTUK MENANGI RM1 JUTA KINI DIBUKA
Sesi ujibakat untuk Jangan Lupa Lirik Kembali Lagi!

Sebagai bukti sokongan Astro terhadap pembangunan seni tanahair dan meneruskan lagi kegemilangan serta tradisi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya, saluran Astro RIA (saluran 104) yang terus sinonim dengan penerbitan rancangan realiti kini terus membuka peluang kepada mereka yang ingin menyertai rancangan kuiz berbentuk hiburan, Jangan Lupa Lirik (musim kedua).

3315270657 Cfca549480 O | 4

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Khairul Mizan Shagul, “Kami amat berpuas hati dan berbangga apabila rancangan yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang luar biasa di kalangan para penonton pada musim pertama. Oleh itu, kami tidak teragak-agak untuk meneruskan rancangan ini yang memberi peluang untuk peserta memenangi RM1 juta dengan hanya melepasi 10 saringan lagu.”

“Mereka yang berminat tidak perlu mempunyai suara yang lunak tetapi memadai jika mereka dapat melontarkan suara mereka dengan baik mengikut alunan lagu. Paling penting, mereka haruslah mempunyai kebolehan untuk menghafal lirik lagu-lagu dengan baik dan juga mempunyai personaliti yang ceria,” ujar Khairul lagi.

Sesi ujibakat bagi mencari peserta rancangan kuiz berbentuk hiburan; Jangan Lupa Lirik ini akan diadakan pada 7 & 8 Mac 2009 di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan perlu mempunyai perwatakan dan personaliti yang menarik. Mereka yang berminat hanya perlu membawa sekeping gambar bersaiz 4R dan biodata masing-masing.

Kaunter pendaftaran dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan mereka yang berminat digalakkan hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Jangan Lupa Lirik ialah sebuah rancangan kuiz berbentuk hiburan yang akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104). Rancangan ini memberi peluang kepada para peserta untuk memenangi hadiah utama sebanyak RM1 juta jika berjaya melepasi 10 saringan buah lagu. Kuiz ini memerlukan kemampuan para peserta untuk menghafal lagu-lagu yang telah disediakan. Sebanyak sembilan kategori disediakan merangkumi lagu-lagu popular tempatan termasuk lagu-lagu sejak dari zaman 60-an lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert KLFM Alive Bakal Gegarkan Dataran Remaja, Kompleks Negara Bukit Jalil

Profile AB AF7