in , ,

Menang Piala Dunia 2022, Messi Hadiahkan 35 iPhone 14 Pro Bersalut Emas

Seperti yang kita tahu, Argentina adalah pemenang Piala Dunia Edisi 2022 selepas berjaya menewaskan Perancis dalam perlawanan akhir.

Pada perlawanan tersebut, Lionel Messi telah menjadi watak utama dalam kemenangan tersebut.

Berikutan dari kejayaan tersebut, Messi telah menghadiakan 35 unit iPhone 14 Pro yang bersalut dengan emas 24 karat kepada semua rakan sepasukan dan juga kakitangan yang terlibat dalam kempen Piala Dunia 2022 di Qatar.

Menang Piala Dunia 2022, Messi Hadiahkan 35 iPhone 14 Pro Bersalut Emas

iPhone tersebut direka khas dan mempunyai nama pemain, nombor jersi, nama kakitangan, logo Persatuan Bola Sepak Argentina dan juga logo iDesign Gold yang merupakan rakan kerjasama dalam menghasilkan iPhone 14 Pro edisi emas tersebut.

Menang Piala Dunia 2022, Messi Hadiahkan 35 iPhone 14 Pro Bersalut Emas

Menariknya lagi, setiap iPhone tersebut didatangkan dengan kotak mewah bersama dengan sijil ketulenan. Messi membelanjakan kira-kira RM760,920 ($170,000) untuk 35 unit iPhone 14 Pro emas dengan setiap satunya berharga RM21,547 (£4,000).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

WANI KAYRIE JANGAN TERLEPAS PANDANG

Wani Kayrie Bangkit Dengan FAJAR, Lagu Balada Moden Menyentuh Rasa

Sis Bell

Pengasas Beautyspells Sis Bell Nafi Pijak Ejen Untuk Kaya ‘Sorang-Sorang’