in

Menang Hadiah Lumayan dalam Lagu Berduit Suria

JANGAN PANIK! WANG TUNAI SEHINGGA RM30,000 UNTUK DIMENANGI MENERUSI LAGU BERDUIT SURIA!

Mulai 25 Mac ini sehingga 5 Mei 2018, stesen radio Suria memberi anda peluang untuk memenangi wang tunai sehingga RM30,000 dengan hanya meneka nama lagu dan nama penyanyi!

Jangan-Panik

Bagaimana caranya? Dengarkan klip audio ‘Lagu Berduit Suria’ di dalam lagu-lagu yang dimainkan ketika segmen Suria Pagi, Gaya Suria, Waroong Suria dan Suria Petang dan kenal pasti tajuk lagu dan nama penyanyinya. Kemudian, jadi pemanggil pertama di talian 03-77242115 selepas isyarat memanggil keudara dan berikan nama tajuk lagu dan nama penyanyi dengan tepat.

Jika jawapan yang diberikan adalah betul, RM250 akan menjadi milik anda! Sekiranya jawapan anda salah, wang akan digandakan ke segmen yang seterusnya.

LAGU-BERDUIT (1)

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk memenangi RM100 setiap hari menerusi peraduan Jangan Panik dengan hanya menjawab empat soalan mudah dalam masa 10 saat. Mulai 19 Mac sehingga 5 Mei 2018, dengarkan segmen Suria Pagi dan jadi pemanggil terpantas selepas mendengar isyarat memanggil keudara untuk menjawab soalan.

Senang bukan? Jadi, jangan panik! Dengarkan Suria setiap hari untuk memenangi sebahagian daripada RM30,000!

Layari laman web Suria FM di www.suriafm.com.my untuk maklumat lanjut mengenai Lagu Berduit Suria dan Jangan Panik serta peraduan-peraduan lain.

Mengenai Suria FM
Suria adalah sebuah stesen radio swasta yang dikendalikan oleh Kumpulan Radio Star Media, sebuah syarikat milik Star Publications (M) Berhad. Suria beroperasi secara rasminya pada tahun 2007. Suria mensasarkan pendengar Melayu yang berusia 24 hingga 34 tahun yang berada di bandar dan juga luar bandar. Stesen radio Suria FM yang mempunyai 2.2 juta jumlah pendengar ini menyiarkan campuran pelbagai lagu kegemaran sepanjang masa dari pertengahan 90-an sehingga yang terkini.

Kini Suria telah memperluaskan platform menerusi siri jelajah (on ground) & digital di mana pelbagai hiburan serta siri original berbentuk visual terdapat di laman rasmi www.suria.my yang boleh ditonton pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Ikuti Suria di frekuensi berikut:- 105.3 FM Lembah Klang | 106.9 FM Perlis, Kedah, Pulau Pinang | 91.7 FM Taiping | 96.0 FM Ipoh | 102.4 FM Kuala Terengganu | 106.1 FM Kota Bahru | 96.1 FM Kuantan | 88.5 FM Melaka, Johor Utara | 107.0 FM Seremban | 101.4 FM Johor Bahru | 105.9 FM Kota Kinabalu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pencarian Bakat Baharu Menerusi Pertandingan Nyanyian Sempena Konsert ONEREPUBLIC

Alvin Chong, Janna Nick & Joyce Chu Duta Vivo V9