Meet Uncle Hussain, Hafiz Hamidun, Waheeda @ Zoom In @ RTM Khas : Doaku Untukmu… Gaza

SIARAN LANGSUNG ZOOM IN @ RTM KHAS : DOAKU UNTUKMU…GAZA DI TV2

Masih tampil dengan konsep kemanusiaan dan persaudaraan sejagat khususnya bagi menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan secara langsung Zoom In @ RTM Khas : Doaku Untukmu…Gaza hujung minggu ini.

Zoom In @ RTM Khas : Doaku Untukmu…Gaza diadakan pada 08 Mac 2009 (Ahad), jam 9.00 malam bertempat di Auditorium Perdana, Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur dan dipancarkan secara langsung menerusi TV2.

Persembahan Zoom In @ RTM Khas : Doaku Untukmu…Gaza diserikan dengan kemunculan artis-artis termasuklah Aiman, Hafiz Hamidun, Waheeda, Kumpulan In Team, Meet Uncle Hussain dan Kumpulan Teater Bingkas Kebayan.

Lagu-lagu disampaikan bertemakan kemanusiaan, keamanan sejagat dan persaudaraan.

Meet Uncle Hussain

Persembahan dimulakan dengan deklamasi sajak yang berjudul Surat Dua Sahabat Zuriat Anbia yang akan memaparkan perbezaan keadaan kehidupan dua kanak-kanak di Malaysia dan Palestin oleh Kumpulan Teater Bingkas Kebayan selain sketsa Anak-Anak Di Bumi Anbia oleh kumpulan sama. Penonton turut dapat cuba merasai kepahitan hidup kanak-kanak di Palestin.

Seterusnya penyanyi Aiman akan menyampaikan dua buah lagu yang berjudul Damai Yang Hilang dan Dusta Berkalang sebelum diikuti oleh Kumpulan In Team yang akan mempersembahkan lagu berjudul Hanya Takdir. Persembahan diteruskan dengan lagu yang berjudul Bilakah Damai dan Haya Bil Jihad yang dinyanyikan oleh Hafiz Hamidun.

Menyusul persembahan Kumpulan indie popular, Meet Uncle Hussain juga tidak ketinggalan untuk memberikan persembahan bagi menunjukkan rasa simpati terhadap rakyat Palestin melalui dua buah iaitu Putihnya Lukisan dan Lagu Untukmu.

Selepas itu, Waheeda akan menyampaikan dua buah lagu berjudul Mata Fi Hubbillah dan Pendelik Cinta sebelum rancangan berakhir dengan persembahan sekali lagi Kumpulan In Team dengan lagu Dia Muhammad.

Waheeda

Aiman

Zoom In @ RTM Khas : Doaku Untukmu…Gaza ini diterbitkan oleh Azman Hashim, Unit Hiburan TV, RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majalah Sensasi Kini Bertukar Kepada Selebriti

How to Eat Fried Worms, Secondhand Lions, Gigli, Funky Monkey di 8TV