in

Media Prima Umum Perancangan TV Menarik Untuk 2011

RANGKAIAN TELEVISYEN MEDIA PRIMA MENGUMUMKAN PERANCANGAN UNTUK 2011

Media Prima Berhad (Media Prima) semalam telah mengumumkan barisan kandungan yang bakal merangkul capaian lebih jauh dari capaian tradisi rangkaian televisyen dan mencipta kesan berganda yang tidak dijangka apabila mengorak langkah mengikuti corak penggunaan media baru dan teknologi definisi tinggi (HD).

Dsc_0053

Stesen-stesen Media Prima – TV3, ntv7, 8TV dan TV9 – bakal menawarkan rangkaian kandungan yang menarik sepanjang tahun hadapan, dari siri TV Amerika Syarikat (AS) yang pernah merangkul anugerah dan drama Asia terkemuka kepada program kegemaran keluaran tempatan, yang bakal memikat warga Malaysia dari semua peringkat umur dengan hiburan dan nilai pendidikan yang mengasyikkan.

Hati-Ke-Hati_Pix

“Media Prima berada di kedudukan yang sesuai untuk memasuki tahap keyakinan pengguna yang baru berikutan ekonomi yang mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang berterusan dengan mempengaruhi kedudukan kepimpinan aset media kami dan mengembangkan potensi jajaran pendapatan kami,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Dato’ Amrin Awaluddin di Kuala Lumpur hari ini.

“Kami terus melabur dalam program dan penjenamaan berkualiti yang mengekalkan penonton teras kami, di samping melebarkan capaian kami kepada penonton generasi baru di mana kami optimistik bahawa langkah untuk menjadikan kehadiran kami dirasai dalam landskap media baru bakal menjadi strategi jangka panjang yang berjaya,” tambah Amrin.

Secara kolektifnya, empat stesen Media Prima tersebut bakal melabur lebih RM200 juta bagi kandungan tempatan dan luar negara sambil terus memikat penonton dan menyediakan platform strategik buat para pengiklan untuk mendekati semua lapisan warga Malaysia.

Rangkaian TV Media Prima menguasai 49 peratus bahagian penonton di Malaysia dan kandungannya kini boleh dicapai melalui portal TonTon yang dilancarkan pada Ogos lalu. TonTon menawarkan pengalaman menonton berkualiti dalam talian yang termaju dengan kemudahan kandungan mengikut pesanan dan rangkaian sosial yang interaktif.

Nilapura_Pix

Selain itu, Amrin turut mengalu-alukan usul Bajet 2011 yang menggalakkan pembangunan ciptaan kandungan tempatan, menjadi hos kandungan tempatan dan membuka saluran baru bagi kandungan yang beliau katakan bakal menjadi perangsang kepada usaha Media Prima untuk menerbitkan rancangan yang lebih berselerakan tempatan.

“Media Prima sentiasa berusaha gigih untuk mengeluarkan kandungan yang menarik tetapi kini kami perlu menyampaikan kandungan dengan cara yang relevan menurut di mana penonton kami berada, yang semakin ramai beralih ke penggunaan online dan peralatan mudah alih,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima, Dato’ Seri Farid Ridzuan.

Dsc_0063

“Kemasukan kami ke ruang digital dan penawaran yang bersepadu buat kedua-dua pengguna dan pengiklan bermakna bahawa program-program kami akan terus ditonton dan disampaikan kepada khalayak yang lebih luas dalam satu dimensi yang baru secara keseluruhannya kepada persepaduan kandungan dan pemasaran. Masa depan yang terbentang buat kami begitu menarik,” tambah Farid.

Antara rancangan baru yang bakal disiarkan di stesen paling berpengaruh di Malaysia, TV3 adalah kisah cinta epik bersejarah Nilapura yang berkisar mengenai cinta, kuasa dan kesetiaan, siri AS yang diperkatakan ramai tentang sebuah keluarga yang memiliki kuasa besar iaitu No Ordinary Family, rancangan berbentuk permainan telematch Amekaw! dan komedi romantik pahit manis tentang seorang mekanik yang jatuh cinta pada seorang gadis kaya, Cintaku 120km/j. Impian Terakhir, program majalah mengenai warga berhati mulia yang cuba memenuhi impian mereka yang menghidap penyakit yang teruk juga bakal mula bersiaran tahun hadapan.

Dengan strategi ‘waktu perdana setiap masa’, TV3 menyaksikan peningkatan ketara dalam bahagian masa pinggir dan 2011 bakal menyaksikan peningkatan bagi program gaya hidup bercorak kewanitaan di waktu pagi. Program berbentuk majalah yang menjadi kebanggaan TV3 seperti Majalah 3, 999, Bersamamu, KES, Nona dan 360 kekal bersiaran di waktu perdana, manakala rancangan hiburan dan variety seperti Melodi, Muzik Muzik, Jalan Jalan Cari Makan, Jangan Tidur Lagi dan Fuhhh! terus menduduki senarai program. TV3 juga bakal menyiarkan semula Mentor, yang terus memecah rekod dengan lebih 3 juta penonton setiap episod!

Cintaku_120Kmj_Pix

Mengukuhkan kedudukannya di pasaran Melayu, TV9 membawakan semula rancangan kegemaran ramai Galaksi yang menawarkan kisah eksklusif yang menggemparkan dan berita terbaru dalam industri hiburan, Mangkuk Tingkat di mana para penonton berpeluang menikmati makanan kegemaran mereka yang dimasak oleh para selebriti serta rancangan bual bicara hiburan Alahai.

Selain itu, TV9 juga bakal menyiarkan semula rancangan realiti utamanya seperti Idola Kecil dan Akademi Al–Quran, yang merupakan kegemaran di waktu perdana buat para belia Melayu, selain 6 Progresif, drama mengenai seorang budak lelaki bandar yang bagai ditimpa mimpi ngeri apabila ditukarkan ke sekolah tinggi awam dalam keadaan yang tidak bersedia dan Khatulistiwa yang memaparkan kisah lima sahabat yang mengembara merentasi masa ke zaman silam yang penuh mistik dan legenda.

Cerita-Cinta_Pix

Bersedialah untuk bertarung dalam Perang Chef apabila dua chef terkenal dan 12 bakal tukang masak bersaing dalam cabaran mingguan yang penuh debaran. Pasangan yang mencipta fenomena, Upin & Ipin, pula akan kembali dengan lebih keceriaan dan gelak ketawa pada 2011 dengan wujudnya Kelab Upin & Ipin yang baru dandijangka bakal menjadi kelab yang paling digilai – destinasi yang wajar buat mereka yang cool, hip dan muda!

Senarai program 2011 Media Prima juga bakal menampilkan rancangan kanak-kanak yang menarik dengan tajuk seperti Pokemon Diamond & Pearl, SpongeBob, Fan Boy dan Chum Chum, dan animasi 3D nombor satu di Malaysia, Upin & Ipin dengan musim barunya di TV9, manakala TV3 bakal menayangkan siri animasi baru Stitch!, sesuatu yang mengagumkan buat para gadis dalam Amazing Spiez dan siri animasi 3D tempatan pertama di Malaysia Boboi Boy! Ntv7 bakal menyiarkan Metajets dan rancangan anime bola sepak yang memberi inspirasi Inazuma Eleven serta kegemaran ramai sejak dulu Teenage Mutant Ninja Turtles.

Berikutan kejayaan yang memberangsangkan, rancangan School Attack dan The Reading Room di TV3 akan kembali pada 2011.

8TV, yang mengungguli pasaran belia bandar, bakal menyiarkan semula The Vampire Diaries, Gossip Girl , Criminal Minds, Desperate Housewives, NCIS, NCIS LA, 10 Things I Hate About You, American Idol 10, the American Music Awards, Teen Choice Awards, MTV Movie Awards dan MTV Video Music Awards.

Dsc_0073

8TV juga bakal memperkenalkan rancangan Hollywood baru seperti Hellcats yang berkisar mengenai seorang pelajar undang-undang yang menyertai pasukan sorak kolej, Pretty Little Liars mengenai empat orang gadis yang berusaha menyembunyikan rahsia besar dan Criminal Minds: Suspect Behaviour, rancangan yang dibintangi oleh Forest Whitaker. 8TV juga bakal memperkenalkan Best In the World, rancangan makanan tempatan, Tales of Darkness, yang menyentuh mengenai sesuatu yang aneh dan tidak diketahui, rancangan kembara Bantai Asia dan musim baru Shout! Awards.

Mengukuhkan lagi kandungan bahasa Cina di 8TV adalah Ultimate Power Star yang merupakan rancangan realiti nyanyian terbesar penyanyi berkumpulan atau solo. Kembali semula ke era 60-an dan saksikan sejarah pembikinan filem Malaysia dalam drama ulang tahun 8TV – A Time to Embrace.

Drama yang penuh debaran ini mendedahkan sisi gelap manusia melalui beberapa siri siasatan penipuan – The Adjusters 2. The Ring Mission, pula merupakan sebuah rancangan realiti yang menampilkan perancang perkahwinan serta The Brilliant Mind, rancangan gameshow baru yang menguji daya ingatan dan keupayaan mental.

Amekaw_Pic

Saksikan siri drama TVB blockbuster yang mendapat rating tinggi seperti Rosy Business, Beyond The Realm Of Conscience, Catch Me Now, Last One Standing, Just Love II, You’re Hired dan Burning Flame III. Dari Isnin hingga Jumaat pula disiarkan drama terbaru seperti drama aksi berbajet besar- All Men Are Brothers, yang berdasarkan novel ‘The Water Margin’ dengan 108 hero perompak yang menjalani hidup sentiasa berjuang menentang rasuahdan pegawai yang tamak haloba menggunakan kepintaran mereka.

Perangchef_Pix

Dengan mengetengahkan kisah asmara, komedi dan hal keluarga, drama-drama Korea paling popular – He’s Beautiful, Personal Taste, Dong Yi, The Fugitive: Plan B featuring Rain! dan Bread, Love & Dreams merupakan drama-drama yang mendapat rating tertinggi di Korea tahun ini!

Siri Hollywood baru di ntv7 turut menyenaraikan Nikita yang merupakan rancangan aksi perisik seksi yang dibintangi oleh Maggie Q dan siri seram kuasa ghaib The Gates di mana puntianak, serigala jadian, ahli sihir dan manusia tinggal di kawasan yang sama.

Dsc_0081

Berbekalkan rancangan popular seperti Glowing Embers, Age of Glory dan The Iron Lady, ntv7 bakal menerajui dengan kandungan bahasa Cina hebat pada waktu perdana tempatan yang meraih anugerah.

ntv7 bakal meningkatkan penawaran rancangan tempatannya dengan Tribulations Of Life, The Seeds Of Life, Footprints In The Sand, Woman’s Palm, My Family dan I’m No. 1. ntv7 juga bakal menghasilkan beberapa rancangan hiburan bahasa Cina yang menarik seperti Mr. Chinese Malaysia, rancangan bual bicara Kids Ask Big Questions dan sitkom Radio Life.

Drop-Dead-Diva-Pic

Selain itu, ntv7 juga akan terus menayangkan yang terbaik dari TVB dengan barisan para pelakon handalan dalam drama seperti E.U., Born Rich, Sweetness In The Salt, A Greatest Of A Hero dan The Threshold Of A Persona.

Terbitan tempatan yang kembali disiarkan adalah Finding Angels, Siasat Mandarin, e-7, Women’s Zone, Shout Out Its Showtime, Mandarin Battle Star, dan Star Live Concert 2011 yang menampilkan artis-artis terkenal Asia di mana sahaja. Acara Karnival Yuan juga dirancang lebih hebat pada tahun yang akan datang ini, dengan menjelajahi Malaysia Timur buat kali pertama.

Dalam mengotakan janji “Come Home To Feel Good”, ntv7 turut akan mengudarakan musim baru bagi V, Grey’s Anatomy, Private Practice, Lie To Me, The Mentalist, Bones, Fringe, American Gladiators dan Survivor. Rancangan kegemaran The Oprah Winfrey Show, The Martha Stewart Show, dan The Rachael Ray Show juga bakal bersiaran, selain rancangan bual bicara tempatan baru Bella.

Dsc_0102

Dsc_0142

Dsc_0147

Survivor6-Pic

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Media Prima Television Networks Screenings 2011

Pertandingan Akhir Bintang Kecil Kebangsaan 2010