in

Media Prima & MediaCorp Terbit Drama TV Kasih Berbisik

Media Prima Berhad (“Media Prima”) dan MediaCorp Pte. Ltd. (“MediaCorp”) hari ini menandatangani perjanjian untuk menerbitkan siri drama televisyen secara usaha sama di antara dua anak syarikatnya yang terlibat di dalam bidang penerbitan, iaitu Primeworks Studios (“Primeworks”) dan MediaCorp Eaglevision.

Usaha sama di antara Primeworks dan MediaCorp Eaglevision ini bertujuan untuk menerbitkan siri drama yang berkualiti tinggi yang dapat menarik minat para penonton di Malaysia dan Singapura, di samping menggabungkan kepakaran kedua-dua pihak dalam bidang penerbitan rancangan TV. Siri ini akan dirakamkan di dalam format definisi tinggi (HD).

[pullquote]Produksi drama Kasih Berbisik ini akan bermula pada bulan April dan berakhir pada penghujung bulan Julai. Produksi ini akan diletuai dan diselia dua Penerbit Ekekutif iaitu Encik Zulkeflee Said, Penerbit Eksekutif, Primeworks dan Puan Sabariah Ramilan, MediaCorp Eaglevision.[/pullquote]

Drama 13 episod ini disasarkan untuk ditayangkan pada separuh kedua tahun 2014 di TV3, saluran televisyen terestrial terunggul di Malaysia dan Suria MediaCorp, saluran televisyen bahasa Melayu yang unggul di Singapura. Drama ini akan menampilkan barisan pelakon antarabangsa dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Antara barisan pelakon berkenaan adalah Keith Foo, Nora Danish dan Tasha Shila dari Malaysia; Hisyam Hamid dan Nurul Aini dari Singapura; dan Isti Ayu Pratiwi dari Indonesia.

Berlatar belakang metropolitan Singapura, kehijauan panorama di Malaysia dan suasana eksotik Bali, Kasih Berbisik adalah kisah klasik cinta yang tidak kesampaian dan persahabatan yang menjadi keruh. Drama ini berkisar kehidupan Imran, seorang arkitek Singapura yang pergi ke Bali untuk bekerja tetapi menemui cinta hatinya, Sulastri, seorang penari Bali. Imran menyimpan rahsia perkahwinannya dengan Sulastri daripada isteri pertamanya selama 6 tahun, Tina. Setahun kemudian Sulastri melahirkan bayi perempuan bernama Eka.

Pada masa yang sama, Dharma, bekas teman lelaki Sulastri, telah bertekad untuk memilikinya semula walau dengan apa cara sekalipun. Perasaan dendam yang membara menguasai diri Dharma apabila mengetahui Imran telahpun mengahwini Sulastri dan merahsiakan perkahwinan pertamanya daripada Sulastri.

Pelbagai peristiwa yang tidak dijangka dan rahsia silam yang menyusul pasti akan membuatkan para penonton tidak lekang menonton drama 13 episod ini.

Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima dan Ketua Pegawai Eksekutif, Primeworks Studios berkata, Usaha sama ini melambangkan gabungan kemahiran Media Prima dan MediaCorp, mengambil peluang di atas keupayaan produksi kedua-dua pihak yang seterusnya merangsang usaha kami untuk memacu perkembangan industri di kedua-dua rantau dan menjangkauinya. Ini akhirnya kelak akan memudahkan usaha kami untuk menembusi pasaran global.”

“Menerbitkan kandungan yang berkualiti tinggi dan relevan yang popular di kalangan para penonton telah menjadi kenyataan jualan kami yang unik. Ia merupakan peluang kepada pihak- pihak yang yang terlibat untuk meluaskan pasaran melepasi pasaran domestik masing-masing,” tambah Ahmad Izham.

Puan Doreen Neo, Pengarah Urusan MediaCorp Studios berkata. “Usaha sama hari ini menggambarkan perhubungan selama ini yang terjalin di antara kedua-dua syarikat dan seterusnya mengukuhkan lagi kerjasama yang sedia ada. Ini merupakan peluang terbaik kepada kami untuk menggabungkan dua pasukan terbaik bersama bagi menerbitkan siri drama yang istimewa ini.”

Saya yakin ia akan menjadi pemangkin kepada terjalinnya lebih banyak usaha sama di masa hadapan kerana ia telah mewujudkan idea-idea baru dan peluang kepada kita semua. Dari sudut perniagaan pula, ia membolehkan kedua-dua pihak untuk melakukan sesuatu yang melebihi keupayaan masing-masing berbanding jika ia dilaksanakan secara bersendirian, ” tambah Doreen.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem The Journey Pecah Rekod Kutipan Filem Malaysia

Apa Kes Sharnaaz Ahmad Serang Nisdawati?