in

Media Prima Lancar Portal TONTON

Pada 6 Ogos 2010 lalu, Budiey berkesempatan untuk menyaksikan satu lagi sejarah – Media Prima melancarkan satu lagi portal video pintar dan bertaraf dunia – TONTON.

Majlis suprise yang menjadi tanda tanya itu telah diadakan di Pusat Konvesyen Sunway Pyramid itu dan Budiey lihat ramai sekali yang hadir termasuklah wakil syarikat penaja dan media.

TONTON adalah projek Alt Media, yang dibangunkan bersama Accenture syarikat pengurusan konsultasi, perkhidmatan teknologi, dan pengesanan sumber luar global beserta VioCorp, sebuah syarikat yang berpusat di Sydney yang menyediakan teknologi dan rekaan tercanggih. TONTON juga menerima sokongan jalur lingkaran daripada Akamai, penyedia perkhidmatan terkini di pasaran dalam penjanaan penuh aplikasi web serta kandungan mobile.

TONTON

Juara Showdown 2010, Wakaka mengegarkan pentas dengan opening gimik mereka.

Di majlis itu, penyanyi Faizal Tahir hadir ke pentas untuk menghiburkan penonton.

TONTON

Portal ini diberi nama TONTON, merupakan projek Alt Media, anak syarikat MPB yang bertanggungjawab dalam pembabitan dunia komunikasi serta penyiaran digital kumpulan gagasan media tersebut.

TONTON

Semasa portal ini diumumkan… Budiey terus menaip url website video ini di iPad untuk melihat reka bentuk dan kandungannya tapi sayang sekali, tak dapat layari sebab iPad tidak dapat menerima website yang mengandung FlashVideo.

Korang dah masuk tengok apa yang ada dalam portal TONTON? Kalau dah masuk sudah tentu akan dapat melihat kandungan video dengan latar belakang sinematik yang indah. Pemain videonya tersiap untuk paparan definisi tinggi (HD), sambil dipersembahkan dalam format menarik 16:9.

TONTON
Suprise! Sempena pelancaran TONTON ini, yang hadir turut berpeluang memenangi 2 buah iPad dengan menghantar email paling pantas. Tahniahlah kepada yang menang tu. Anda memang bertuah!

TONTON

Kata Ketua Eksekutif Operasi Alt Media, Ahmad Izham Omar – “TONTON agak menakjubkan! Kami tahu bahawa ramai yang menonton kandungan video secara online. Jadi kami ingin memberikan mereka satu pengalaman yang tidak terbanding. Kami mempunyai sebuah pemain video serta kandungan yang bertaraf dunia. Dengan TONTON, saya rasa kami akan mencetuskan satu revolusi dalam dunia penyiaran digital.”

TONTON
Turut buat presentation ialah General Manager Brand & Content, M.Zulkifli yang hadir ke pentas dengan imej The Rock. Ya, TONTON memang Rawk!

Apa tak rocknya, di TONTON memang banyak sekali content video yang boleh ditonton. Lebih dari apa yang ada di Catch-UP TV. Selain video daripada 4 stesen TV Media Prima, tonton juga akan menyediakan judul-judul terpilih Hollywood dalam perkhidmatan Catch UP TV percumanya dan ini termasuklah musim terbaru siri Private Practice, Grey’s Anatomy, Criminal Minds dan Ghost Whisperer.

TONTON juga akan menampilkan filem-filem Hollywood yang pernah memenangi pelbagai anugerah Academy seperti The Hurt Locker dan filem-filem antarabangsa lain yang menampilkan bintang-bintang tergah dunia seumpama JIm Carrey, Mike Myers, Mel Gibson dan Keanu Reeves. Tak ketinggalan, filem tempatan seperti Sepi, Nana Tanjung, KL Drift dan Mukhsin.

Ciri-ciri khas TONTON bukan sahaja diperkayakan pengalaman menonton tetapi juga membenarkan para pengguna untuk menyesuaikan sesi tontonan, memperibadikan senarai pilihan dan menyusun kandungan video mengikut citarasa masing-masing. TONTON juga menampilkan chat berlandasan lebar yang diintegrisikan ke rangkaian-rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter untuk pengalaman TV Sosial yang lengkap.

Jadi, tak kiralah samada anda menggunakan komputer peribadi atau TV atau telefon bimbit, pengalaman dengan TONTON tetap konsisten, elegan, seragam dan menarik secara visual.

Ia memang direka khas untuk menonton video dengan cara yang paling kita gemari, iaitu sambil bersantai dan bersandar di atas sofa.

Isu samada laju atau tak? bergantung pada bandwith dan internet di rumah anda. Isu jalur bandwith ditangani melalui dua cara. Dengan menempatkan video -video di sebuah lokasi, TONTON dapat menghindari kesesakkan jalur lingkaran yang datang dari laluan antarabangsa. TONTON menggunakan Adaptive Streaming, penghantaran mengikut kesesuaian yang mengubah kadar bit terhantar mengikut jalur lingkaran pengguna yang sedia ada.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Felix Jadi Pengembala Kerbau dalam drama TV1

Arrora Salwa Sanggup Berhenti Polis Jadi Penyanyi