in ,

Media Prima Berhad Terima Anugerah Media  Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara

Media Prima Berhad telah menerima lima anugerah di malam apresiasi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) baru-baru ini.

Anugerah Media Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara -anugerah yang diterima adalah sebagai penghargaan kementerian tersebut kepada pengamal-pengamal media yang sentiasa memberi sokongan kepada mereka.

Media Prima Berhad Terima  Anugerah Media  Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara

Anugerah Media JKKN 2021 ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Media Prima Berhad telah menerima dua kategori anugerah iaitu menerusi Kategori Media Elektronik Terbaik 2021 dan Kategori Media Cetak Terbaik 2021. 

Media Prima Berhad Terima  Anugerah Media  Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara

Kategori Media Elektronik Terbaik 2021 telah diberikan kepada program bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI), Borak Kopitiam (BK) dan program hiburan sensasi Melodi yang telah diwakili oleh Mohd Rose Abdullah. Sementara Kategori Media Cetak Terbaik 2021 diberikan kepada Pengarang Rencana Harian Metro iaitu Hartini Mat Nawi dan wartawan Berita Harian, Zubir Mohd Yunus. Masing-masing telah membawa pulang Plak dan Sijil Penghargaan dari JKKN.

Media Prima Berhad Terima  Anugerah Media  Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iqbal Zulkefli Nafi Terlibat Dalam Pengubahan Wang Haram

Cuckoo Malaysia Premier Futsal League (Mpfl) 2022 Disiarkan Di Tv9 Bermula Sirkit 7