in ,

McDonald’s Akan Mendermakan RM1 Untuk Setiap Hidangan Prosperity Burger

McDonald’s Akan Mendermakan RM1 Untuk Setiap Hidangan Prosperity Burger Pada Satu Hujung Minggu

Kempen tahunan Prosperity Gives Back anjuran McDonald’s lagi dimeriahkan sempena sambutan ulang tahun Prosperity Burger yang ke-20. Peminat hidangan Prosperity Burger McDonald’s kini boleh berkongsi erti sebenar Prosperity dengan komuniti setempat mereka melalui kempen Prosperity Gives Back (PGB), sempena kemunculan semula hidangan ini. Usaha kebajikan ini bertujuan menjalinkan dan mengeratkan hubungan antara penduduk Malaysia dan badan amal tempatan.

Mc Donalds
Inisiatif kemasyarakatan Prosperity Gives Back oleh McDonald’s membolehkan rakyat Malaysia menyumbang kepada komuniti setempat mereka

‘PROSPERITY’ membawa maksud 10 nilai yang dipegang kuat McDonald’s – Happiness (Kegembiraan), Friendship (Persahabatan), Love (Cinta), Satisfaction (Kepuasan), Peace (Keamanan), Abundance (Kelimpahan), Sharing (Perkongsian), Family (Kekeluargaan), Affection (Kasih Sayang) dan Joy (Keriangan).

Casanova berkata,

“McDonald’s memanglah dikenali di kalangan komuniti Malaysia yang berbilang kaum. Cara terbaik untuk menyokong komutiniti di mana McDonald’s menjalankan perniagaannya adalah dengan menganjurkan inisiatif kebajikan yang menyumbang kepada golongan kurang bernasib baik dalam kawasan itu,”

“Kami ingin menyemai erti sebenar PROSPERITY di kalangan rakyat Malaysia dan dalam segala perkara yang kita lakukan.

Salah satu nilai PROSPERITY adalah perkongsian dan Prosperity Gives Back memberi kita peluang untuk mengamalkan nilai tersebut.

Perkongsian bukan saja menyebar kegembiraan dan kebahagiaan di kalangan golongan kurang bernasib baik, pemberi sendiri juga akan berasa bangga.”

– Sarah Casanova, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia dan Pengurus Serantau McDonald’s Malaysia dan Singapura.

Tahun lepas, 10 sen daripada setiap hidangan Prosperity yang dibeli telah didermakan sepanjang tempoh kempen berlangsung. Jumlah yang dikumpul atas sokongan rakyat Malaysia telah dikongsi bersama 52 badan amal tempatan di seluruh negara. Sempena sambutan ulang tahun Prosperity Burger ke-20, McDonald’s ingin menggiatkan usahanya dalam kempen Prosperity Gives Back tahun ketiga kali ini.

McDonald telah memilih satu hujung minggu iaitu dari 19hb hingga 20hb Januari 2013 bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan tempatan yang sudah dikenal pasti. Pada kedua-dua hari itu, RM1 akan didermakan dengan pembelian mana-mana hidangan set Prosperity.

Sebagai usaha memupuk semangat Prosperity Gives Back, McDonald’s turut menyediakan laman untuk rakyat Malaysia berkongsi kisah benar yang menyentuh hati berdasarkan 10 nilai Prosperity yang dipegang McDonald’s. Kisah yang terpilih akan diterbitkan dalam akhbar untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia pada Februari 2013.

Layari www.mymcd.com.my/prosperity untuk berkongsi kisah anda mengenai makna sebenar kemakmuran.

Dapatkan lebih banyak maklumat mengenai Kempen Prosperity Gives Back dan Prosperity Burger McDonald’s di http://www.facebook.com/My.McDonalds

Mc Donalds
Mc Donalds

Mengenai Prosperity Burger McDonald’s

Prosperity Burger McDonald’s adalah ciptaan asli Malaysia untuk memenuhi citarasa rakyat Malaysia yang mengemari rasa lada hitam yang menyelerakan. Sejak diperkenalkan pada 1994, ia disambut baik sehingga turut diperkenalkan kepada peminatnya yang semakin bertambah di sekitar rantau ini seperti di Singapura dan Hong Kong.

Prosperity Burger McDonald’s terdiri daripada kepingan daging lembu atau ayam 100% yang dicelup dalam sos lada hitam istimewa dan dilapisi dengan potongan bawang yang rangup serta diapit roti bijan panas. Kunyahan pertama saja sudah cukup untuk merasai kelazatan sebenar Prosperity Burger McDonald’s. Hidangan Prosperity Burger McDonald’s turut dilengkapi dengan Kentang Goreng Twister yang rangupTwister Fries yang berperisa lazat dan minuman menyegarkan Prosperity McFizz yang menyegarkan..Prosperity Burger McDonald’s hanya terhad untuk tempoh masa dari 26hb November 2012 hingga 17 Februari 2013.

Mengenai McDonald’s

McDonald’s adalah restoran perkhidmatan segera utama dunia dengan lebih daripada 33,000 restoran di seluruh dunia, menyediakan hidangan kepada lebih daripada 68 juta pelanggan di 119 negara. Di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13 juta pelanggan setiap bulan di 241 restorannya di seluruh negara. McDonald’s menggaji lebih 12,000 rakyat Malaysia di restoran seluruh negara, menyediakan kerjaya, latihan dan peluang pembangunan. Bagi maklumat tambahan mengenai McDonald’s, sila layari www.mcdonalds.com.my

Mc Donalds

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fesyen Fancy Tux IZ Rekaan Maswira Farish di Malam Gala Cruise With Angkasawan

Video Temubual Eksklusif Bersama Black & RJ Anugerah Juara Lagu 27