in

Mazuan Juara Pertandingan Akhir Juara Asyik 2009

Meski pun menyaksikan dominasi 5 finalis wanita berbanding 3 lelaki bertanding, Pertandingan Akhir Juara ASYIK 2009  yang berlangsung 26 Julai 2009 (Ahad) lalu di Auditorium Perdana, Angkasapuri membuktikan yang bakat serta kekuatan vokal adalah kayu pengukur utama dititikberatkan dalam sesebuah pertandingan nyanyian.

3761407523 8C09415Fc7 O | 4

Kejayaan peserta lelaki, Mazuan A/L Bah Gajah dinobatkan juara Pertandingan Akhir Asyik 2009 menggondol hadiah utama wang tunai RM10,000 ribu dan tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) pastinya cukup menggembirakan hati anak muda berasal Tapah, Perak ini. Nyata penampilan penuntut Tingkatan Enam di Sekolah Menengah kebangsaan Tapah ini cukup menyerlah dengan persermbahan lagu Hanya Dirimu Dalam Hatiku ciptaan Anizan A/L Rosli dan Penghujung Rindu, lagu popular Jamal Abdillah hingga dipilih juri sebagai pemenang tempat pertama.

3761407873 0330C15Bff | 5

Tempat kedua pula menyaksikan Maznah Majid, gadis berusia 24 tahun yang memilih mendendangkan lagu Aku Di Sini dan lagu pilihannya, Tak Mungkin Kerana Sayang bertuah membawa pulang wang tunai bernilai RM8,000 ribu. Manakala tempat ketiga pula menjadi milik gadis kecil molek bernama Wah Moliz A/P Bah Long yang memenangi wang tunai RM6,000 ribu dengan menyampaikan lagu Bintang dan lagu pilihannya, Kalis Rindu.

Meski pun penyanyi lagu ciptaannya sekadar menempah tempat ke tiga, Kategori Pencipta Lagu Terbaik dimenangi Long Exsan dari Bota, Perak yang menghasilkan lagu Bintang dinyanyikan Wah Moliz dengan memadamkan hasrat tujuh komposer amatur lain yang membariskan nama-nama OTG, Kak Ham, Nizam, Jaafar Salleh, Mustaffa, Anisa Rosli dan Remy dengan membawa pulang wang tunai RM6,000 ribu.

3761408457 263813D458 | 6

Begitu pun lima finalis lain yang bertanding memberikan persaingan kepada mereka melibatkan Noraini Abu, Azizi Jafri Awang, Noraliza Iskandar Zulkarnain, Ramlan Abak dan Nora Hafizah Nordin turut bertuah membawa pulang saguhati wang tunai RM1,000 ribu.   

Finalis dikenali Noraini tampil dengan lagu Epoujh (Ku Nanti) dan lagu pilihan Dan Sebenarnya (Yuna), Noraliza nyanyikan lagu Tinggal Kenangan dan lagu Dikir Puteri (Noraniza Idris), Ramlan pula sampaikan lagu Sinar Gemerlapan dan Gadis Bertudung Putih (Kumpulan May), Azizi dengan lagu Maafkan ku dan Situasi (Kumpulan Bunkface) dan Nora Hafizah mempertaruhkan lagu Yeacheded Penayak Hak Mayik (Cinta Palsu) dan Ku Intai Cinta Dalam Rahsia (Jeslina Hashim).

3762210450 Eb5F2A5792 O | 7

Sepanjang dua jam bersiaran secara langsung, penonton dihiburkan dengan celoteh dua pengacara yang menggandingkan juruhebah Asyik fm yang popular, Rozima dan personaliti RTM, Ivan Toh. Malah turut menampilkan persembahan artis undangan dengan beberapa dialek popular mereka persembahan Itam Jelmol dengan lagu dialek Temiar, Balei Peninjol, Agek dengan lagu dialek Semai, Wak Anuk, Belalang dengan lagu dialek Jakun, Joget Kapal Terbang,

3761409393 0B7Ecb4A88 O | 8

Juri-juri yang mengadili Pertandingan Akhir Juara ASYIK 2009 ini melibatkan Helen Yap, A.Ali, Khoo Fook Sin, Johari Teh dan Jimmy Ali (Ketua Juri).

Hadiah-hadiah kepada semua pemenang disampaikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, YBhg. Senator Heng Seai Kie dengan diiringi Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.

3762211298 9A1D6B23F2 O | 9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Iklan Funeral Hasil Karya Yasmin Ahmad

Teater Legasi & Naturalisasi Dalam Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume II